Pages

Monday, July 4, 2016

RAMADAN : Kekasih yang bakal pergi

Bismillah walhamdulillah

Mencoret tinta setelah setahun meninggalkan blog ini bersawang lamanya
Zaman la ni,dah x ada orang nak baca blog2 ini,fb belaka
Ala kulli hal,meninta tidak semestinya minta dibaca..

Hampir sebulan berada di tanahair
Mula dipagut rindu pada bumi kota seribu menara
Inilah manusia
Bila di Mesir,nak balik Malaysia
Bila di Malaysia,nak balik Mesir pula
senyum sendiri

Benarlah kata orang
Siapa mampu hidup di bumi Mesir
Campakkanlah ia ke mana sahaja,dia pasti boleh hidup (survive)

Ramadhan kali ini terasa pantas berlalu,bezanya bagaimana kita mengisi Ramadan
Ada yang pergi menghadap illahi..membenarkan janji


Hati yang bersih pasti akan menangisi kekasih yang bakal pergi
Setiap waktu dimanfaatkan sebaiknya kerana selepas ini tiada lagi bonus-bonus boleh diraih

Ramadan persis kekasih
Kekasih yang sentiada dirindui
Kehadirannya dinanti
Pemergiannya ditangisi

muhasabah diri,jentik sedikit iman dalam hati
Adakah Ramadan yang hampir ke penghujungnya ini benar-benar aku hargai?

Seputar pelajaran dan Tarbiah Ramadan buat diri ini :

1)Mengutamakan kepentingan islam berbanding kepentingan diri

Bicara baginda menjelaskan secara langsung :


“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”

Tugas kita banyak,waktu kita sedikit.
Sungguh aku kagumi pejuang-pejuang Islam di Palestin sana.Ramadan mereka pasti berkualiti!

2) Berasa mulia dengan kebenaran islam

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali Imran:139)

Pulang ke Malaysia dengan penampilan muslimah , pemegang title pelajar Universiti al-Azhar.Tidaklah ada kemuliaan diri apabila dicabutnya kefahaman islam yang jitu,sekalipun di sekeliling kita berhadapan dengan golongan-golongan yang masih belum menerima hidayahNYA.

3) Bekerja untuk islam bersama pekerja-pekerja islam yang lain 

Apabila kita mengaku muslim,maka kita mesti bekerja untuk islam.
Perang Badar dan Ain Jalut menjadi motivasi kepada rabbaniyyin sekalian dalam menghadapi tarbiah Ramadan kali ini

“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)

Untuk akhirnya sebagai penutup,marilah sama-sama kita menghabiskan baki Ramadhan ini membentuk peribadi dan jati diri.Sebagaimana kita benar-benar merasakan Ramadan sebagai kekasih hati,seperti itu jualah kita menghabiskan setiap masa dgn manfaatnya.

Buat teman-teman di mana jua kita berada,nasihat buat diri juga.

“Wahai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Al-Infitar: 6-8)

p/s : Ringankan tangan membantu orangtuamu..menyambung silah arrahmi dengan sanak saudaramu :) Semoga Ramadan ini Ramadan yang paling diingati 

Read more...