Pages

Friday, August 16, 2013

Kaca Mata Dunia : Mesir bukan sekadar isu

3000 Syahid
10 000 Cedera

Cemburu bukan??
Mereka sakit kerana mempertahankan syariah
Seorang Presiden yang sah
Dr Muhammad Mursi

-Itqan Zawwini-
Cairo,Egypt

-----------------------------------------------------------------------------

Kerajaan kudeta telah mengisytiharkan Mesir darurat selama sebulan dan perintah berkurung bermula jam 7malam sehingga 6 pagi.Siapa yang berani cari nahas di negara republik ni ha?

7 Syawal yang sepatutnya aku dan teman-teman saling berziarah terpaksa dibatalkan rentetan serangan mengejut pihak polis dan kerjasama tentera di dataran Raba'ah.Satu kenyataan pantas dari PMRAM agar kami seluruh mahasiswa/wi Malaysia agar tidak keluar dari kediaman.



Shock!Itu yang kami rasai..Aku melihat dengan mata kepala sendiri dari saluran kaca Tv rumah pegawai HEP Selangor Mesir.Kebetulan isterinya Kak Nor ajak untuk kami saksikan detik-detik cemas serangan demi serangan terhadap penyokong Dr Muhammad Mursi.Darah di mana-mana,seperti di Palestin pun ada.


Angka pada awalnya hanya 150 yang syahid bertambah setiap sejam sehingga mencapai tahap 3000 orang.Terdetik dalam hati 'eh gila ke apa tentera ni?'.Takkan nak menyuraikan perhimpunan sampai sanggup menggadaikan nyawa seramai itu?Tidak cukup dengan itu,hospital dan masjid turut menjadi sasaran.

Sedangkan semuanya berlaku tidak jauh dari kami,lebih kurang 5 Km.Masjid yang biasa kami berprogram turut dibakar,sedih..rabak hati.


Apa yang perlu kita lakukan..?Sudah pasti Qunut Nazilah,Doa dan Solat Hajat .Setiap malam kami pelajar Selangor akan membacakan surah al-Fath (pembukaan/kemenangan) secara berjemaah.
Semoga ALLAH mendengar rintihan hamba2NYA..

Beruntung kerana diberi peluang ilmu Manzur (ilmu secara dilihat) dan berada di negara ini.Perjuangan mereka terasa dekat.Kita harus berjuang meski berbeza cara.

Aku pernah merasai saat ketika Dr Muhammad Mursi diumumkan menang pilihanraya lalu ..suasananya gembira dalam penuh kesyukuran.Dan aku juga dapat melihat saat beliau digulingkan dengan cara yang paling tidak adil..kepiluan seluruh rakyat Mesir turut dirasai bersama.

Alhamdulillah seluruh pelajar Malaysia di Mesir selamat

Untuk update isu terkini boleh layari:
Read more...

Sunday, August 4, 2013

Harini Ulangtahun Ayah!

Sewaktu kecilku kau tatang penuh kasih sayang
Duit belanja sentiasa cukup malah kadang2 berlebih
Kau jaga ratu hatiku (emak) dan adik beradikku baik-baik

Kau memilihkan aku untuk bersekolah agama
Kau membesarkan aku dalam suasana agama
Kau membenarkan aku sambung pelajaran di Mesir
Terima kasih ayah

Ya ALLAH ampunkan dosa ayahku yang lalu dan yang akan datang
Ya ALLAH panjangkan umur ayahku dalam keimanan
Agar dapat sama-sama kami melabuhkan ibadah padaMU

Maafkan diri ini wahai ayah
Kegagalan x pernah sunyi daripada puterimu
Tatkala itu,kau menyokong dan menguatkan

Maafkan andai ada kata-kata dan perbuatan yang mengguris
Maafkan diri ini,kerana tidak dapat lagi bersua pada syawal yang bakal tiba

Terima kasih Ayah kerana sangat memahami 
Aku tidak malu untuk mengatakan

"Ayah adalah hero dalam hidupku.."

-Itqan Zawwini-
Cairo,Egypt
_________________________________________________________________________________

-Mak dan ayah-

5 Ogos 1957-5 Ogos 2013

Usia yang menginjak 56 tahun.Uban-uban mula mewarnai rambut ayah,kedutan di dahi jelas kelihatan,kini ayah sudah bergelar atuk.Atuk yang cool..haha.Kalau dahulu selepas subuh sudah keluar bekerja di ibu kota demi mencari rezeki, kini ayah sudah bersara dan menjadi atuk sepenuh masa.Menjaga cucu sulong yang berusia 5 bulan lebih.

-Ayah bersama cucu sulong yang baru lahir-

Pantang ayah melihat anak-anak perempuannya mengangkat barang-barang berat,ayah mesti suruh letak balik.'Darah manis' katanya.Padahal kat Mesir ni mmg dah jadi macam lelaki dah,angkat tv,slide projector sampai sutuh..ikan ayam sayur berkilo-kilo dari pasar(jalan kaki pulaktu).Dalam hati..kalau ada ayah,mesti kena marah ni.Nak buat camne survive negara orang.Mana boleh manja lembik2..kang kena buli ngan arab.

Ayah adalah orang paling berhemah di jalan raya.Mana pernah kena saman.Kalau bawa tu steady and cool..best je.Dan akulah orang yang menemani ayah sepanjang perjalanan (sbb semua org tido)..perkara yang paling lazim dilakukan ialah membacakan signboard jalan raya (sbb aku nampak jarak jauh).Maka,aku akan memberitahu ayah berapa jauh lagi nak sampai ke destinasi.

Aku tahu ayah mengharapkan untukku menyambung dalam bidang Sains,memandangkan tawaran untuk asasi Sains di Matrikulasi terhampar depan mata,ketika itu aku sedang berada di dalam STAM.Puas aku pujuk,berat juga ayah..tapi akhirnya dia akur kerana itu kehendak puteri bongsunya.Terima kasih ayah..liana akan study hard.

Masa zaman sekolah menengah dulu,mak ayah rajin melawat,rumah dahla dekat,tapi datang setiap minggu ..sabtu datang..ahad datang lagi.Heh..sebab saya 'Ticik Tali' ayah 'Ting Ting' ayah..(hnya ayah dan mak je yg tahu apa itu ticik tali dan ting ting)

Kini anakmu sedang membesar di perantauan
Jauh dari depan matamu
Anakmu sedang belajar kehidupan
Mengenal erti perjuangan


-Ayah memantau anak-anak nya bermain di kolam renang-(Cikgo Besor)

-In memory sebelum ke Mesir 2011-

-Duit raya dari ayah hehehehe-

Akhir kalam..Sanah Helwah Abi
Selamat Hari lahir buat insan bernama ayah
Doa kami 3 beradik untuk mak dan ayah
Setiap hari,setiap usai solat kami
Setiap detik..

Kerana doa dari mu dan emak juga pasti tidak lekang buat kami.

5 / 8 / 2013
From:Cairo
Read more...

Tuesday, July 30, 2013

isu ummah isu kita !! ~mesir bumi tercinta.



Saya pandang sebelah kiri,
nampak rakan rakan yang fikir hidup sendiri je.

Fikir study depa, family depa, pasangan hidup.
bende bende yang klise yang jadi norma.

Saya pandang sebelah kanan,
nampak rakan rakan yang fikir hidup ummah.

Fikirkan perjuangan Islam, fikirkan keadilan untuk rakyat, beraktivis.
bende bende yang 'menyusahkan' hidup depa.

Kadang kadang terfikir, beruntunglah rakan rakan di sebelah kiri.
Tak perlu susah susah fikirkan orang lain.
Hidup macam biasa, dan mati pun macam biasa.

Tapi bila fikir jauh lagi,
beruntunglah rakan rakan di sebelah kanan dengan keuntungan dua kali lipat.
(atau lebih!)

Mereka hidup luar biasa, dan insyaALLAH mati pun luar biasa.

Adakah kau lupa kita (Muslims) pernah memayungi dua pertiga dunia?
Takkan lah semua tu boleh dicapai dengan kehidupan yang klise, kan?


 ******************************************************

 Kesensitifan kita pada umat harus lebih dari sekadar ambil tahu.

Kalau ambil tahu pun tidak, itu tanda hati kita tak sensitif dengan apa yang berlaku dengan islam.

Eh?

Kita kata kita muslim?

Kesensitifan kita pada umat harus lebih dari sekadar berdoa.

Kalau berdoa pun tidak, itu tanda hati kita tak ambil endah dengan saudara semuslim kita.

Oh.

Kita kan tak pernah kisah dengan orang lain selain ibu ayah kita, adik beradik kita, suami/isteri kita dan anak-anak kita.

Kita kan terlalu sibuk uruskan ahli keluarga kita.

Kita kan tak kisah sangat dengan so-called saudara islam kita yang lain tu.

Cukup-cukuplah hidup dengan diri sendiri.
Cukup-cukuplah berfikir hanya untuk diri sendiri dan keluarga sendiri.

Kita punya masalah yang lebih besar.
Jauh lebih besar dari masalah nak makan apa untuk berbuka, nak pakai apa untuk beraya, nak tengok movie apa, nak stalk artis mana dan sebagainya.

Ingatlah.

Satu hari nanti, di mahsyar itu, beribu malah jutaan manusia boleh tuntut hak-hak mereka pada kita.

Umat islam di syria, umat islam di palestin, umat islam di mesir, dan seluruh dunia bakal tuntut apa yang kita lakukan untuk bantu mereka menegakkan islam.

Cukup ke sekadar berfikir nak makan apa, nak pakai baju apa dan sebagainya untuk menjawab segala pertanyaan Allah nanti?

~ muhasabah untuk diri sendiri yang hina ini...

~Astagfirullahala'zim....Ampunkan kami ya Rabb.
moga terus diberi taufiq dan hidayah dari Allah.


_____________________________________________________


 malam 23 Ramadhan.. :)

 Alhamdulillah.
Kami mengagumi aturan dan perancanganNya yang pasti tidak sia-sia.

-----------------------------

Mesir.
Bumi anbia' yg penuh dengan tarbiyah yang tersendiri. MasyaAllah, semakin hari, semakin sayang, semakin cinta akan bumi yang penuh barakah ini.

Kekacauan yang berlaku sedikit pun tak melunturkan semangat kami untuk terus menuntut ilmu di bumi kinanah ini.


~Jatuh cinta pada bumi Mesir.

Doakan agar kami dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa di Mesir.

Doakan buat ikhwah akhawat ,mujahidin mujahidat yang sedang berjuang mempertahankan agama Allah walau di mana mereka berada.


Jauh dari sudut hati yang lemah ini, kagum dan sedikit cemburu dengan semangat mereka, pesan setiap dari mereka. "doakan kami dikurniakan syahid!! " 

LIHATLAH WAHAI DUNIA...langsung tidak ade gentar dalam jiwa mereka,, 
~ moga kita dapat menjejaki mereka.
moga kita juga terlindung dari penyakit "al-wahn".. penyakit cinta akan dunia dan takut akan kematian, nau'zubillah.

Tidak lupa, titipkan doa juga buat muslimin muslimat di Malaysia supaya tidak hanyut dengan hiburan dan leka dengan kesenangan yang sementara.


Ramadhan bakal meninggalkan kita,
Masuk fasa terakhir.
Fasa paling penting.

Alhamdulillah,
Dia masih bagi peluang untuk kita memburu lailatul qadr.

Mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita,
moga jadi booster untuk terus melaju dalam amal.

Saling mendoakan.

Allahumma barik lana fi Ramadhan warzuqna lailatal qadr.Allahumma amin..



Read more...

Ramadhan kami

Meniti hari-hari di penghujung Ramadhan
Bekalan masih belum penuh
Menjadi tamak untuk merebut semua ganjaran
Tarbiah Ramadhan Tunjang Generasi ar-Rayyan

Beberapa generasi telah pergi menemui illahi
Syahid cita-cita tertinggi
Beruntunglah wahai mujahidin
Senyum tika syahid mu menjadi satu yang perlu dicemburui
Syahidmu tika Ramadhan
Syahidmu bukan kekesalan malah kebanggaan

-Itqan Zawwini-
Cairo
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan bakal berlalu pergi.Episod-episod luka di perlembahan nil terus melakar beberapa siri dan babak-babak memilukan seluruh penduduk Mesir terus dilayarkan .Harini tak perlu lagi kita ingin bermimpi ke medan Badr,medan Raba'ah sudah cukup sebagai gambaran.Pengorbanan,Jihad,Wala' dan Ketaatan ada di sana.Jihad untuk mereka mempertahankan tanahair mereka dari genggaman musuh,wafidin/at (foreigners) pula masih sama seperti biasa menjalankan kehidupan dengan tenang dan aman kerana kita bukan sasaran.

Jiwa 'rujulah' (kepemudaan) terus mengalir di dalam diri mereka yang sedang berhimpun,baik yang muda mahupun golongan berusia.Mereka tidak akan berganjak selagi Dr Mursi tidak dikembalikan,dan kita tidak mampu meramalkan namun yang pasti kebenaran pasti tersingkap dalam beberapa siri lagi.Allah membuat tapisan demi tapisan untuk menyingkirkan mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan,tika itu ketaatan jundi  (rakyat) pada qiadi (pimpinan) mula teruji.

Beberapa kali kenyataan dibuat pelajar Malaysia selamat.Ya..itu sudah pasti.Kedudukan logistik yang jauh daripada kawasan perhimpunan tidak perlu dirisaukan oleh bunda dan ayahanda di Malaysia.Kehidupan kami seperti biasa,menuntut ilmu dengan kelas2 kemahiran dan tafaqquh kitab,aktiviti Ramadhan yang tak kurang meriahnya,tadarus al-Qur'an,bazar kecil-kecilan dan sebagainya.Walaupun beberapa keadaan tidak mengizinkan untuk kami keluar bertahsin al-quran (memperelokkan bacaan al-quran bersama syeikh),syeikh sendiri mendengar bacaan kami melalui coroang telefon.Isu Mesir tetap di dalam perhatian,dan tidak sekalipun berani-berani kami melanggar ketetapan Kedutaan dan persatuan induk di sini iaitu PMRAM.Malang tidak berbau dan langkah berjaga-jaga sentiasa di ambil.

Bagi mendapatkan sumber yang benar mengenai isu mesir boleh layari


Semoga Ramadhan kita lebih bermakna
Semoga keikhlasan kita diterima

Dalam kesempatan bersama teman-teman pada setiap hari untuk mengisi masa-masa lapang dengan aktiviti persatuan BKASM dan kemasyarakatan bersama ahli beit (ahli seisi rumah)

Tiada apa yang boleh dibazirkan dengan masa melainkan kepada perkara-perkara yang kita sukai dan bermanfaat.

Galeri Ramadhan Anak Selangor di Mesir

-Pembentangan Kitab Ayyuhal Walad-


-Bengkel Penulisan-

-Bersama teman-teman menghasilkan sushi-

-Kutaiyif Mesir dihasilkan buat pertama kali-


-Kelas khat Komputer-

-KIND'13 (Kursus Intensif Duat)

Sumber Gambar
-Persendirian

Dapatkan lagi galeri RAMADHAN di MESIR


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah,kami selamat tenang disini,pelajar-pelajar yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di sini juga usah gusar dan bimbang kerana keadaan yang teruk bukan penghalang.Pelajar Malaysia bukan sasaran tentera.

30 Julai 2013
Madinah Nasr,Cairo
Egypt

Salam Ramadhan semua.
Read more...

BAGAIMANA JIKA ANAK SAYA MATI...!!!!!!!!




Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi atas urusan perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

jawapan jururawat tu bikin Bapa budak tu tiba2 tergamam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah kita salah seorang daripadanya ?


***


 
Read more...

Saturday, June 29, 2013

Tamarrud vs Tajarrud | Kuffar vs Islam

30 Jun 2013

Gerakan yang dikenal 'Tamarrud' (Rebell) ataupun dalam erti kata yang lain adalah pemberontak mengadakan kempen untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada di Mesir ini,iaitu pemerintahan Dr Mursi.Mereka memilih tarikh ini adalah kerana telah genap setahun pemerintahan beliau di Republik Arab Mesir.Satu perkara yang ingin ditekankan disini ialah pada hakikatnya,mereka adalah pro-sekular yang juga penyokong tegar kpd individu2 tertentu berfahaman Sekular seperti Amr Musa,Hamdain Sobahi,Syafiq dll.Mereka memilih dataran Tahrir sebagai tempat untuk berhimpun secara besar-besaran,

Manakala penyokong (muayyidun) Dr Mursi pula berhimpun di dataran Raba'ah al-Adawiyah.Pihak penyokong pula mengadakan solat hajat dan munajat supaya ALLAH mengekalkan keamanan bumi Kinanah ini di bawah lembayung pemerintahan Islam.



Berita setakat ini melaporkan 8 kematian termasuk seorang wartawan daripada Amerika.


Angka yang berkumpul di dataran Raba'ah al-Adawiyah mencecah jutaan.

Setahun yang lalu,menyaksikan kejayaan Dr Mursi di dalam pilihanraya Mesir,dan pada saat ini,melihat bagaimana sebahagian mereka yang 'istikjal' tergesa-gesa inginkan perubahan tanpa meMahami tuntutan berusaha menggulingkan kepimpinan ini.

Kami di peringkat pelajar-pelajar Malaysia Mesir alhmdulillah,berada di dalam selamat dan tidak ada yang perlu dirisaukan oleh ibubapa.Bilik gerakan khas ditubuhkan atas inisiatif persatuan pelajar dengan kerjasama Pegawai Negeri.Di samping bergilir-gilir bertugas di bilik gerakan,saya tidak melepaskan peluang untuk terus mengkaji pergolakan yang berlaku di tanah tempat menuntut ilmu ini.

Seandai masih ada yang belum jelas mengenai apa yang berlaku di Mesir ini,silakanlah mengkaji.Tamarrud (pemberontak) vs Tajarrud (Pemurnian) adalah sebenarnya diibaratkan pertembungan di antara Islam dan Kuffar.

Esok perhimpunan yang dikatakan aman oleh media Tamarrud sebenarnya dusta belaka.Kejadian yang melibatkan kematian kini difatwakan oleh Darul Ifta' Mesir sebagai satu dosa dan 'Haram' bagi rakyat Mesir keluar dengan niat untuk menyakiti sesiapa pun.



Read more...

Monday, June 17, 2013

Sanah Helwah

Saya ada seorang teman

Hari ini hari lahir beliau

Ya ALLAH

Suburkan kecintaan kami kepadaMU
Labuhkan cinta kami hanya untukMU

Semoga semua pembaca mendoakan kejayaan beliau di dunia dan akhirat <3 p="">Beliaulah sahabat saya,teman sebilik saya dahulu

Nor Ellyna Aqilah Mohamad Alias (diataksukaorangsalahejanamanya) hehe


Ukhti..saya memohon maaf atas salah silap
Semoga ALLAH memberkati usia remajamu
Disumbangkan curah bakti untuk Islam

Semoga kita dipertemukan kembali di Syurga sana!

Read more...