Pages

Monday, October 22, 2012

Pengorbanan

Siti Hajar..
Tabahnya kau seorang isteri
Merelakan diri ditinggalkan pergi
Tanpa imammu,di sahara yang sepi
Bersama si kecil sang bayi
Tanpa tujuan kau meniti.

Siti Hajar..
Perginya suamimu kerana ALLAH
Imanmu tinggi menunjung perintah.
Keyakinan mu sedikit tidak goyah
Mengendong anak yang masih merah
Kerana kau yakin DIA lah sang PEMURAH.

Pengorbananmu terlalu tinggi..
Jika nak dibandingkan dengan generasi ini..

-ITQAN ZAWWINI-
Cairo,Egypt



Dah lama x jenguk blog sendiri,sedih pula melihatkan entry yang dah lama x berupdate,'ala kulli hal,cuba juga mencuri masa menulis di ruang ini.

Saidina Ali karramallahu wajhah mengatakan :

عقل الكاتب في قلمه

Maksudnya:Akal seorang penulis adalah terletak pada penanya

Kebetulan kehadiran figure-figure hebat di dewan solah kamil tadi benar-benar menyuntik semangat ini.Ha,siapa sangka seorang blogger yang aku ikuti selama ini adalah bp pmram..tabik lah.(muhasabah baru kenal)..

Tidak lama lagi seluruh muslimin muslimat bakal menyambut Eidul Adha.Di mesir,sudah terasa kehangatannya..dengan ibadah-ibadah sunat yang dilakukan pada 10 hari terawal zulhijjah,Lembu,kambing dan bebiri yang bertebaran di tepi jalan,suq hussin yang dipenuhi rakyat mesir (beli barang raya) dan sebagainya.



Satu perkara yang ana suka ingin ingatkan berkaitan Aidiladha ini tentulah tentang PENGORBANAN.

Bagaimana kisah Nabi ALLAH Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. tidak lama selepas kepulangannya yang lama setelah meninggalkan anak dan isteri .Permintaan ini sangat berat.

Sahabat-sahabat,jika difikir sengan logik akal,adakah seorang ayah sanggup menyembelih anaknya?Tidak..sudah tentu itu jawapannya.
Tetapi apabila Iman Nabi Ibrahim a.s yang berbicara,dan bilamana turunnya perintah ALLAH,maka tidak ada lagi keraguan dalam hatinya.Itulah sebenar hakikat PENGORBANAN .

Hari ini kita berkorban juga,tetapi di dua medan yang cukup berbeza.
Berkorban masa,tenaga,wang dan fikiran demi mempertahankan ISLAM tetapi sebagai style dan gaya seorang mahasiswa/wi .Pengorbanan kita hari ini terlalu mudah,dan belum lagi mencapai kesinambungan pengorbanan yang lalu.Ia memerlukan mujahadah yang terlalu tinggi.

Berkorban cukup sinonim dengan firman ALLAH S.w.t di dalam surah al-kauthar..maksud FirmanNYA

"Sungguh,Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak,Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu,dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH),Sungguh orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari Rahmat ALLAH)" (108:1-3)  

Hayatilah maksud firmanNYA ini baik-baik.Berkorban itu pahalanya disisi ALLAH.Berkorbanlah dan yakinlah bahawa ALLAH menilai pengorbanan hamba-hambaNYA.


SALAM AIDILADHA..

P/S:Pemergian seorang abang ipar ke lubnan,hari ini juga satu pengorbanan.Setahun di sana ,meninggalkan isterinya (kak long) yang sedang sarat mengandung.Tiba-tiba macam sama kisah nabi ibrahim meninggalkan siti hajar.Selamat berjuang ye abg long .nanti dah balik baby dah besar,boleh jalan sambut abinya  :)
Read more...

Monday, October 15, 2012

Pesanan buatmu..ukhtiku




Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri 

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezkinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya

Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan melata

Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walaupun perjuangan tak berjaya


KLIK SINI kalau nak tgok klipvideonya.

Beberapa minggu lalu terbaca entry kakak sulungku yang mengatakan kerinduannya padaku. KLIK SINI,hati mana yang tak sedih,hiba dan sayu bila terkenangkan mesra gurau bersamanya.Tarbiyah yang bermula di rumah,kak long lah yang memulakannya.Kami adik2 adalah mad'unya.Rindu nak solat jemaah sama2,kejut qiam,dan ma'thurat bersama,usrah adik beradik membuka kitab tanbihul ghafilin,keluar jalan2,main bowling huu :')

Beliau membina baitmuslim sewaktu keberadaanku di bumi mesir ni..Tanggal 28 April,x dapat melihat saat bahagia itu berlalu.Kini hampir 6 bulan usia perkahwinan abg long dan kak long...abg long ditugaskan ke lubnan,menjalani tugas penting misi keamanan selama setahun.

Seminggu lagi,22 oktober perpisahan itu akan berlaku..Moga kak long tabah,setabah hati maryam ibunya Isa alaihissalam.Sang mujahid kecil yang berusia 5 bulan di dalam kandungan juga pasti berbangga ayahnya pergi berjuang.Kelahirannya nanti adalah kebanggaan Islam walaupun abinya tiada disisi.Umminya hebat..umminya akan jadi qudwah.Liana tak sabar nk jadi maksu.:D hee

KAK LONG..Pasti ada ganjaran bagi isteri sesolehah kak long,sabar dan redha malah turut yakin ALLAH kan menjaga abg amri.Kita tahu gerakan sebuah amal islami,Isteri lah yang akan menjadi sayap kiri perjuangan suaminya.:D semoga abg long selamat sampai,selamat bertugas,selamat menjadi da'i,dan selamat kembali..amin 

Hayatilah lirik lagu tu ye,lagu tema yana gi tamrin baru2 ni. Tetibe teringat tamrin kat malaysia,jauh lebih dahsyat dan hebat,besen yang terkena kpl tu masih ingt smpi skrg,rendam dalam air sg kul 3 pagi tu masih segar di ingtn,bumping di tanah berlumpur,heeee sekali lagi redha menerima tarbiah di sini,sangat suka pada tarbiyah..tapi lebih perit lagi penderitaan Nabi dan para sahabat.Kak long doakanlah yana. :') yang merindui keluarga dari kejauhan...ITQAN.
Read more...

Wednesday, October 3, 2012

HIJRAH SANG PEMUDA

::Iman ::Taqwa
::Tegas ::Tangkas
::Bijak ::Matang
::Pemurah ::Pemaaf
::Kasih ::Mesra

Sebuah proses membina diri
 Hanya DIA yang tahu

Hasilnya...memang cantik,hebat
Prosesnya perit dan penat
Berubah ingat mudah..
Aku tahu ia susah payah
Meruntuhkan ego
Itulah kemuncaknya.

Mengetuk kelalaian saat ia merajai fikiran
Mencantas nafsu saat ia menguasai diri
Memandu jiwa saat ia menyimpang ke kiri
Haluan yang tidak jelas 
Matlamat yang tiada sandaran
Kini ia di JALAN menuju ALLAH

falhamdulillah
-itqan zawwini-
cairo egypt



3 OKTOBER 2012

Seminggu merasa kehadiran keluarga baru di dalam asrama Selangor,seronok dan teruja.Semangat mereka pembakar semangat kami..senyum dan tawa mereka menceriakan kami.Hee ditambah dengan bekalan-bekalan rempah ratus dari Malaysia cukup mengenangkan memori setahun lalu.

Kesan sekolah menengah yang masih terkesan dalam pemikiran dan tindakan.Saat terus berlalu dan meninggalkan kesan2 itu lantas membina sebuah pemikiran yang lebih matang.Malaysia yang tenang dan senang ditinggalkan HIJRAH ke bumi mesir yang penuh dengan ujian.

Seorang tokoh pemuda yang cukup ku kagumi.. berHIJRAH dari kekufuran kepada keimanan
Siapa lagi kalau bukan MUS'AB BIN UMAIR..
Alangkah indahnya alam ini jika lahir lagi pemuda2 sepertinya

Rasulullah bermuram durja pada hari itu..
Satu hari yang cukup menyayat hati dalam lipatan sejarah umat ISLAM
PERANG UHUD,melakarkan memori hitam
Bukanlah diiktibarkan sebagai kekalahan
cuma sekadar TEGURAN dari ALLAH

Sekujur tubuh yang dahulunya diliputi kemewahan
Terbaring kaku dan berdebu wajahnya
Syahid berjaya dicapai
Maka beruntunglah
Rasululah menundukkan sedikit tubuhnya
Menyapu dengan tanggannya yang mulia
Membuang debu-debu.
Kain yang menutupi tubuh itu disingkap hingga ke kepala
Terlihat kakinya
Ditarik pula menutupi kakinya
Tersingkap pula bahagian kepalanya
Rasulullah menangis...
MUS'AB BIN UMAIR berHIJRAH dari dunia kemewahannya
sehingga terserlah kezuhudannya di saat2 akhir hidupnya
ISLAM dipilih..HIJRAH walau merintih

Pemuda itu memang aku kagumi..

BERHIJRAH Lah...

SHARING kalam pimpinan,merangkap ketua yang ana segani.

Hebatnya tarbiah itu bagi orang yang minat mendalaminya,
Manisnya tarbiah itu bagi orang yang bersedia mengubahkan diri,
Lagi menarik,bagi mereka yang bersama menyatakan ukhuwah dalam mempraktikkan nya bersama.

Tanpa tarbiah manusia akan alpa,
tanpa tarbiah ego mudah bermaharajalela,
tanpra tarbiah juga mudah menangguhkan taklifan.

Jauhkan sifat sedemikian,
terus berjuang di mana jua posisi kamu
berada,
Moga dengan usaha yang jitu,istiqamah dan mengharap blasn dariNYA.
Kita mampu merancang,Allah jualah tempat kita berserah.

Orang yang faham mampu menurunkan egonya,
orang yang ikhlas mampu menolak nafsunya,
dan orang yang beramal (berkorban) mampu mengubah segalanya.

"Belajar daripada tauladan"
"Bersatu Berbakti"
 
-ustaz salihin. S/U AGUNG,BKASM 12/13 -
 
"Sulami jalan perjuangan ini dengan benang ukhuwah,
nescaya kau akan merasai betapa tak berseorangan dalam meniti ranjau durinya,
dan kau akan mendapati disebalik racun duri itu ada terselit kemanisan.."

Mujahadah perlukan pengorbanan..
Pengorbanan perlukan kekuatan..
Kekuatan perlukan semangat, ketabahan dan kefahaman..
Moga terus thabat dalam perjuangan..

-ustazah Hafizah. T.S/U AGUNG 2,BKASM 12/13 -
 
 


Read more...

Thursday, September 20, 2012

:) Edisi Khas

Buat ahli bait yang sentiasa memahami diri ini..502 ^^

-Nor Ellyna Aqilah bt Mohamad Alias

 Seorang yang aktif,gelanggang bola jaring pencaknya berseni,bergerak kesana kemari,x lupa mencurah bakti pada sebuah gerakan islam,membina fikrah insani,telatahnya yang mencuit hati,kdg2 sdihnya dipendam sendiri,namun tawanya sering meriangkan diri ini.Aku bangga menjadi temanmu.Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^

-Nurul Syafiqah bt Shafie

Perkenalan di ILDAS,ALLAH panjangkan kesini.Pendiam,pemalu tetapi berisi.Ringan tulang dan banyak membantu di dalam menyusun kami di dalam mengikuti kelas Al-Qur'an.Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^

-Siti Nursaffiyah bt Adznan Shahidi

Bongsu perempuan di dalam keluarga,Kamera dan wire sudah sebati dalam jiwa.Sentuhan kek di dapur tidak dilupa.Penasihat dikala duka..Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^

-Siti Fadilah bt Suliman

Pendiam,tetapi hebat di medan kalam.Rajin mengulangkaji dan sentiasa dekat padaNYA di malam hari.Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^
-Nurul Dayana Mat Sahid

Seniorku,diawal pertemuan,dan sehingga kini sering menjadi penunjuk ajar.Qudwah yang ditunjuk kadangkala itulah yang lbih bemkna.. Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^


UKHUWAH yang terbina bersama..
takkan pernah untuk di lupa..
tak terlintas untuk dibiarkan begitu saja..
 
malah,

tak sanggup untuk membiarkan ianya menyepi walaupun hanya seketika..
di dalamnya ada gelak ketawa..
penuh dengan gurauan senda..
terselit juga sedih duka..

aku juga bisa jatuh
aku juga bisa kuat
dengan sendiri
kalian senantiasa di hati :)

sentiasalah sematkan ukhuwah itu dihati..
ukhuwah kita hari ini dalam redha ILLAHI

doa tak putus-putus sesama diri..
peringatan demi peringatan sentiasa diberi..
kerana kita berukhuwah bukan kerana duniawi..

tapi kerana ukhrawi..


Read more...

Saturday, September 15, 2012

Projek Raksasa

JAHIL  ------------ >  FAHAM
BATIL  ------------ > BENAR
MANUSIA HINA -----------> MUKMIN RABBANI



Inilah projek yang paling besar sekali..cuba teka apakah ia??

Menukarkan si jahil kepada 'arif fahim(org yg mengetahui lg memahami) , menundukkan perkara batil kepada perkara yang benar, mentransformasikan manusia yang hina kepada mukmin yang rabbani..

Jawapan:Perajurit dakwah.

....................................................................................

Bismillahi walhamdulillah..
Membelah kesibukan diri dengan minat yang tiada penghujung ini.MENULIS!sekian lama blog ini sunyi dari kalam diri,harini ana memecahkan minda untuk menghasilkan nukilan ini.Dakwah!

'sikit-sikit dakwah..sikit-sikit dakwah wat benda lain boleh x?!!' satu lantunan suara bergema.

Dengan senyuman semanis gula, kesabaran setinggi gunung si da'i menjawab di dalam hatinya

'X boleh!!!aku kata x boleh..x boleh la..'! ..senyuman masih dikekalkan

Suara itu datang lagi

'Kau tengok..apa akibat dakwah pada kau.Orang benci kau,orang musuhi kau,orang pulaukan kau..kau x serik ke?' Suara itu makin kuat menerjah gegendang telinganya,bukan setakat suara,bayangan wajah menjelekkan mula menjelma..





'ha ha ha ha!!' dia yakin dan tanpa putus asa menghasut si da'i untuk rebah tersungkur di persada mehnah

'Aku yakin ALLAH bantu aku!' suara si da'i mula meninggi

'Ha ha ha..kalau ALLAH bantu kau,DIA x akan buat kau susah..!' Suara dan wajah bergabung menyelinap ke dalam hati si da'i..

Si da'i mula ragu-ragu..MISSION COMPLETE! si da'i mulai jauh dan jauh di persada dakwah..hanya kerana satu bisikan.

Kini ada dua jalan..2 jalan...duaaa jalan sahaja!

-Membenarkan kata-kata syaitan
-Tegas dengan pendirian!

PILIHLAH JALANMU HAI PERAJURIT DAKWAH!

..............................................................................................................................................

Rentetan dari Kolokium Ilmuan (Q Pmram) siri ke 4 yang dijalankan oleh Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan,PMRAM baru-baru ini,banyak ilmu baru yang ana perolehi.

Dakwah adalah satu projek besar!Ana tak melihat ianya sekecil semut di atas tapak tangan.Firman ALLAH S.W.T

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (‘Ali Imran: 104)

Namun ramai hari ini meninggalkan usaha dakwah.Malah,ada yang tersangkut di tengah jalan..hampir-hampir sahaja ana begitu,namun teman seperjuangan yang menguatkan,di pelbagai sudut.

Kadang-kadang masalahnya satu sahaja,tetapi bisikan demi bisikan membuatkan yang satu itu menjadi besar.
Bilamana si da'i menghadapi mehnah dengan dakwahnya,mad'unya dan uslubnya..sebenarnya itulah hadiah dari ALLAH,spesial punya.Anda tidak dirugikan walau sedikitpun kerana hadith Rasulullah ada mengatakan:

"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk niscaya untuknya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, hal itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun." (HR. Muslim)



FirmanNYA lagi :'“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil, dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS At Taubah: 111)

So,that's why la ana katakan projek ini bukan satu projek biasa-biasa,truly.. berdakwah merupakan projek raksasa a.k.a mega,hinggakan ALLAH menawarkan syurga bagi mereka.

Ok..bila kefahaman tentang berdakwah sudah jelas..Jom kita intai dan amati apakah karakter seorang perajurit dakwah?

*Bersedia Membina diri (tarbiyah dzatiyah) 
-Komited dalam berdakwah,serahkan jadual 24jam anda untuk dakwah..berani?! heee
dan yang paling penting dari semua yang penting,dakwah mesti tulus dan lurus.. :D

* Transaksi dengan ALLAH secara redha..
-Lakukanlah pertukaran dengan ALLAH secara rela tanpa dipaksa..
serahkan harta untuk dakwah demi SYURGA.. serahkan jiwa di jalan dakwah untuk REDHANYA .. inilah perukaran yang paling membahagiakan kerana ALLAH lah perantaranya.Korbankan apa yang kita sayang demi maslahat yang lebih besar.

*Sabar!!Jangan serah hati anda..
-Iya,tugas ini berat,kadang-kadang over temper,bila orang malas nak layan kita yang berusaha lakukan usaha dakwah,bak kata sorang sahabat ana ni 'apa kata kau lempang je dia' wow..itu bukanlah karakter perajurit dakwah..heee sabar,dan teruslah sabar.Ada orang pandai ucap sabar itu indah..tapi hakikatnya dia x pandai mempraktikkannya , sikap nya yang tidak sabar sudah jelas di hadapan mata.Memang mulut tidak pernah selari dengan tindakan

* Berani!!Ambil risiko
- Itulah totaliti dalam sebuah perjuangan. :D 





Sedikit perkongsian dari diri yang dha'if ini.Semoga kite terus iltizam dan memasakkan diri di jalan dakwah.Meskipun terpaksa meninggalkan apa yang kita sayang,meskipun kita terpaksa beruzlah dan mencari negara baru untuk diduduki demi sebuah kelangsungan dakwah.

P/s:Malam ini..pengenalan calon .
Lepastu :Di ambang MAT
Lepastu :Mesyuarat Agung Tahunan BKASM ke 37

Disini pencak ku berdakwah.. Campakkan dirimu di mana2,asalkan ISLAM dibawa bersama untuk kau julang keizzahannya.Hebatnya seseorang muslim bukan untuk diriya'kan pada muslim yang lain akan tetapi untuk berbangga dengan musuh2 islam.

Salam juang .. 

-itqan zawwini-
cairo..



Read more...

Friday, September 14, 2012

Nasyid @ PMHK :)


:) Nasyid selangor yang menjuarai pertandingan semalam..
Alfu mabruk lakum jami'an ^^

Nasyid sebagai medium dakwah.
klik untuk mendengarnya..
selamat menghayati
Read more...

Friday, August 31, 2012

Antara dua Sempadan..





Di persimpangan ini aku berdiri

Memandang sepi tanah perkuburan yang sunyi itu..
Lama aku merenung.
Disitu jasad-jasad bersemadi menemui cinta illahi

Di kananku pula sibuk manusia dengan urusan jual belinya.
Kedai mee jawa yang glemer la katakan
Terpampang besar di hadapan toko itu "Mee Jawa Pak Amat"
Beratur manusia mahu mendapatkan nya


Jalanraya utama yang memisahkan tanah perkuburan dengan deretan gerai itu sentiasa sibuk dengan kenderaan
 Bising bingit..
Aku bingung sendirian

Haruskah begini..?satu tanda tanya
 Yang hidup memang teruskan survival kehidupan
Tetapi adakah tanah perkuburan yg terbentang dihadapan matamu itu cuma satu tontonan..?

'Orang yang PALING BIJAK adalah mereka yang mengINGATI MATI dan BERSIAP SIAGA menghadapinya'

mode:Cari idea menulis... ^^

13 syawal 1433H
Cairo,Egypt
Read more...