Pages

Thursday, September 20, 2012

:) Edisi Khas

Buat ahli bait yang sentiasa memahami diri ini..502 ^^

-Nor Ellyna Aqilah bt Mohamad Alias

 Seorang yang aktif,gelanggang bola jaring pencaknya berseni,bergerak kesana kemari,x lupa mencurah bakti pada sebuah gerakan islam,membina fikrah insani,telatahnya yang mencuit hati,kdg2 sdihnya dipendam sendiri,namun tawanya sering meriangkan diri ini.Aku bangga menjadi temanmu.Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^

-Nurul Syafiqah bt Shafie

Perkenalan di ILDAS,ALLAH panjangkan kesini.Pendiam,pemalu tetapi berisi.Ringan tulang dan banyak membantu di dalam menyusun kami di dalam mengikuti kelas Al-Qur'an.Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^

-Siti Nursaffiyah bt Adznan Shahidi

Bongsu perempuan di dalam keluarga,Kamera dan wire sudah sebati dalam jiwa.Sentuhan kek di dapur tidak dilupa.Penasihat dikala duka..Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^

-Siti Fadilah bt Suliman

Pendiam,tetapi hebat di medan kalam.Rajin mengulangkaji dan sentiasa dekat padaNYA di malam hari.Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^
-Nurul Dayana Mat Sahid

Seniorku,diawal pertemuan,dan sehingga kini sering menjadi penunjuk ajar.Qudwah yang ditunjuk kadangkala itulah yang lbih bemkna.. Sungguh,aku berterima kasih atas nikmat ini ^^


UKHUWAH yang terbina bersama..
takkan pernah untuk di lupa..
tak terlintas untuk dibiarkan begitu saja..
 
malah,

tak sanggup untuk membiarkan ianya menyepi walaupun hanya seketika..
di dalamnya ada gelak ketawa..
penuh dengan gurauan senda..
terselit juga sedih duka..

aku juga bisa jatuh
aku juga bisa kuat
dengan sendiri
kalian senantiasa di hati :)

sentiasalah sematkan ukhuwah itu dihati..
ukhuwah kita hari ini dalam redha ILLAHI

doa tak putus-putus sesama diri..
peringatan demi peringatan sentiasa diberi..
kerana kita berukhuwah bukan kerana duniawi..

tapi kerana ukhrawi..


Read more...

Saturday, September 15, 2012

Projek Raksasa

JAHIL  ------------ >  FAHAM
BATIL  ------------ > BENAR
MANUSIA HINA -----------> MUKMIN RABBANI



Inilah projek yang paling besar sekali..cuba teka apakah ia??

Menukarkan si jahil kepada 'arif fahim(org yg mengetahui lg memahami) , menundukkan perkara batil kepada perkara yang benar, mentransformasikan manusia yang hina kepada mukmin yang rabbani..

Jawapan:Perajurit dakwah.

....................................................................................

Bismillahi walhamdulillah..
Membelah kesibukan diri dengan minat yang tiada penghujung ini.MENULIS!sekian lama blog ini sunyi dari kalam diri,harini ana memecahkan minda untuk menghasilkan nukilan ini.Dakwah!

'sikit-sikit dakwah..sikit-sikit dakwah wat benda lain boleh x?!!' satu lantunan suara bergema.

Dengan senyuman semanis gula, kesabaran setinggi gunung si da'i menjawab di dalam hatinya

'X boleh!!!aku kata x boleh..x boleh la..'! ..senyuman masih dikekalkan

Suara itu datang lagi

'Kau tengok..apa akibat dakwah pada kau.Orang benci kau,orang musuhi kau,orang pulaukan kau..kau x serik ke?' Suara itu makin kuat menerjah gegendang telinganya,bukan setakat suara,bayangan wajah menjelekkan mula menjelma..





'ha ha ha ha!!' dia yakin dan tanpa putus asa menghasut si da'i untuk rebah tersungkur di persada mehnah

'Aku yakin ALLAH bantu aku!' suara si da'i mula meninggi

'Ha ha ha..kalau ALLAH bantu kau,DIA x akan buat kau susah..!' Suara dan wajah bergabung menyelinap ke dalam hati si da'i..

Si da'i mula ragu-ragu..MISSION COMPLETE! si da'i mulai jauh dan jauh di persada dakwah..hanya kerana satu bisikan.

Kini ada dua jalan..2 jalan...duaaa jalan sahaja!

-Membenarkan kata-kata syaitan
-Tegas dengan pendirian!

PILIHLAH JALANMU HAI PERAJURIT DAKWAH!

..............................................................................................................................................

Rentetan dari Kolokium Ilmuan (Q Pmram) siri ke 4 yang dijalankan oleh Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan,PMRAM baru-baru ini,banyak ilmu baru yang ana perolehi.

Dakwah adalah satu projek besar!Ana tak melihat ianya sekecil semut di atas tapak tangan.Firman ALLAH S.W.T

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (‘Ali Imran: 104)

Namun ramai hari ini meninggalkan usaha dakwah.Malah,ada yang tersangkut di tengah jalan..hampir-hampir sahaja ana begitu,namun teman seperjuangan yang menguatkan,di pelbagai sudut.

Kadang-kadang masalahnya satu sahaja,tetapi bisikan demi bisikan membuatkan yang satu itu menjadi besar.
Bilamana si da'i menghadapi mehnah dengan dakwahnya,mad'unya dan uslubnya..sebenarnya itulah hadiah dari ALLAH,spesial punya.Anda tidak dirugikan walau sedikitpun kerana hadith Rasulullah ada mengatakan:

"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk niscaya untuknya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, hal itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun." (HR. Muslim)



FirmanNYA lagi :'“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil, dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS At Taubah: 111)

So,that's why la ana katakan projek ini bukan satu projek biasa-biasa,truly.. berdakwah merupakan projek raksasa a.k.a mega,hinggakan ALLAH menawarkan syurga bagi mereka.

Ok..bila kefahaman tentang berdakwah sudah jelas..Jom kita intai dan amati apakah karakter seorang perajurit dakwah?

*Bersedia Membina diri (tarbiyah dzatiyah) 
-Komited dalam berdakwah,serahkan jadual 24jam anda untuk dakwah..berani?! heee
dan yang paling penting dari semua yang penting,dakwah mesti tulus dan lurus.. :D

* Transaksi dengan ALLAH secara redha..
-Lakukanlah pertukaran dengan ALLAH secara rela tanpa dipaksa..
serahkan harta untuk dakwah demi SYURGA.. serahkan jiwa di jalan dakwah untuk REDHANYA .. inilah perukaran yang paling membahagiakan kerana ALLAH lah perantaranya.Korbankan apa yang kita sayang demi maslahat yang lebih besar.

*Sabar!!Jangan serah hati anda..
-Iya,tugas ini berat,kadang-kadang over temper,bila orang malas nak layan kita yang berusaha lakukan usaha dakwah,bak kata sorang sahabat ana ni 'apa kata kau lempang je dia' wow..itu bukanlah karakter perajurit dakwah..heee sabar,dan teruslah sabar.Ada orang pandai ucap sabar itu indah..tapi hakikatnya dia x pandai mempraktikkannya , sikap nya yang tidak sabar sudah jelas di hadapan mata.Memang mulut tidak pernah selari dengan tindakan

* Berani!!Ambil risiko
- Itulah totaliti dalam sebuah perjuangan. :D 





Sedikit perkongsian dari diri yang dha'if ini.Semoga kite terus iltizam dan memasakkan diri di jalan dakwah.Meskipun terpaksa meninggalkan apa yang kita sayang,meskipun kita terpaksa beruzlah dan mencari negara baru untuk diduduki demi sebuah kelangsungan dakwah.

P/s:Malam ini..pengenalan calon .
Lepastu :Di ambang MAT
Lepastu :Mesyuarat Agung Tahunan BKASM ke 37

Disini pencak ku berdakwah.. Campakkan dirimu di mana2,asalkan ISLAM dibawa bersama untuk kau julang keizzahannya.Hebatnya seseorang muslim bukan untuk diriya'kan pada muslim yang lain akan tetapi untuk berbangga dengan musuh2 islam.

Salam juang .. 

-itqan zawwini-
cairo..



Read more...

Friday, September 14, 2012

Nasyid @ PMHK :)


:) Nasyid selangor yang menjuarai pertandingan semalam..
Alfu mabruk lakum jami'an ^^

Nasyid sebagai medium dakwah.
klik untuk mendengarnya..
selamat menghayati
Read more...

Friday, August 31, 2012

Antara dua Sempadan..





Di persimpangan ini aku berdiri

Memandang sepi tanah perkuburan yang sunyi itu..
Lama aku merenung.
Disitu jasad-jasad bersemadi menemui cinta illahi

Di kananku pula sibuk manusia dengan urusan jual belinya.
Kedai mee jawa yang glemer la katakan
Terpampang besar di hadapan toko itu "Mee Jawa Pak Amat"
Beratur manusia mahu mendapatkan nya


Jalanraya utama yang memisahkan tanah perkuburan dengan deretan gerai itu sentiasa sibuk dengan kenderaan
 Bising bingit..
Aku bingung sendirian

Haruskah begini..?satu tanda tanya
 Yang hidup memang teruskan survival kehidupan
Tetapi adakah tanah perkuburan yg terbentang dihadapan matamu itu cuma satu tontonan..?

'Orang yang PALING BIJAK adalah mereka yang mengINGATI MATI dan BERSIAP SIAGA menghadapinya'

mode:Cari idea menulis... ^^

13 syawal 1433H
Cairo,Egypt
Read more...

Wednesday, August 29, 2012

Raya di perantauan

11 Syawal1433H
29 Ogos 2012M

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,setinggi dan selaut kesyukuran dan pujian hanya buat Sang Penguasa Alam ALLAH S.W.T
Hari ini dah masuk minggu ke dua dalam bulan syawal,barulah berpeluang menulis sedikit coretan tentang Aidilfitri di bumi mesir.X perasan pula post tentang diri ana yang dinukilkan oleh sahabat Mujtahidah Solehah :)

29 Ramadhan..
Dalam kesibukan beribadah mencari sisa keberkatan dihujung-hujung ramadhan,rewang-rewang dah pun dimulakan,ada yang memotong bawang,ada yang buat kuih,ada yang merebus nasi himpit di dalam hostel selangor.Lagu raya dipasang,mood raya lah plak.Sempat ana menghubungi mak ayah di malaysia melalui skype Sejam lebih berbual,memohon maaf dan minta dihalalkan segala perkara..sebak juga rupanya raya berjauhan dengan family ni.

1 Syawal..
Takbir raya sudah pun bergema di corong-corong pembesar suara masjid di madinah,nasr.Bezanya takbir raya melayu mendayi-dayu dan sedih aje bunyinya.Selepas subuh ana mengambil tugas menggosok semua baju teman2 dur 5.Hari itu kami sedondon,jubah coklat yang ditempah dekat ammu .Kami bersolat hari raya di masjid musa annusairi hayyu sabi' yang diimamkan sendiri oleh pelajar melayu dan khutbah dalam bahasa melayu yg disampaikan oleh tuan presiden PMRAM ust Abdul Aziz b Ali.Kemudian bersalam-salaman sesama pelajar malaysia dari seluruh pelusuk negeri,dan bergambar di tengah-tengah ruang solat masjid


Rumah terbuka x dilupa,raya di mesir pun still ada rendang,masak lodeh macam kat malaysia.Terubat la sikit rindu..

Berkumpul kami seluruh anak-anak selangor,dah rasa macam berkumpul sesama sanak saudara. :) DJ memeriahkan lagi suasana..


Laman dur dihias dengan cantik-cantik :) 


Open house ke rumah luar pula :) seniorita bkasm..@ perkampungan walidain

Cuma sedikit gambar raya di mesir..:)kullu 'am wa antum bikhair.

Dalam menyambut syawal,hati  teruja yang amat sangat menerima kunjungan sahabat ana yang pernah satu sekolah rendah.satu sekolah menengah kejap.Kini beliau belajar di jordan..datang beraya di mesir.:)) Hazirah Bt Zainol Azam ^^

Menemaninya pusing2 satu mesir..yeay!hee

Read more...

Monday, August 20, 2012

Buat liana ^^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kullu 'am wa antum bikhoir! Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H.. ^_^

Pada tarikh 20 0gos ini, saya ingin mengucapkan 'Sanah Helwah' buat sahabat hati yang tercinta, Siti Nurliana Zainudin aka Itqan Zawwini.

Selamat Hari Lahir ya ukhti habibati, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri =)

Doakan kesejahteraan saya dan keluarga.. =')

-Nurul Munirah Munir aka Mujtahidah Solehah-
Read more...

Saturday, August 11, 2012

Singkap 5 RAHSIA *_*

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah selaut pujian kepada ALLAH Yang Maha Esa
Wassolatu wassalam..aku titipkan buat baginda yang tercinta serta ahli keluarga dan sahabatnya


Hari ini di Mesir sudah pun 23 Ramadhan 1433H
Tanpa disedari,Madrasah Tarbiyah ini hampir melabuhkan tirainya
Sudah tentulah sedih..
Ada lagi target yang belum tercapai
Tapi ana terjumpa hikmah yang sangat besar..
Benar shbt2,ALLAH x akan tarik sesuatu nikmat dalam diri kita melainkan DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.Kita sentiasa tak dapat yang terbaik..iya itu ana yakini,tapi ana menjadikan segalanya yang ana dapat itulah yang terbaik.^^



Inilah pengalaman pertama bersahur,berpuasa dan berbuka jauh dari keluarga
Yang ada hanyalah teman2..
'Ala kulli hal..alhamdulillah.
Kami di Mesir berpuasa lebih kurang 15 jam memandangkan sekarang di sini sedang musim soif (panas @ summer),siangnya lebih panjang dari malam
Azan subuh berkumandang sekitar jam 3.30 pagi dan maghrib pula sekitar jam 7 malam

Menghadapi bulan puasa pada musim panas memang sngt menguji keimanan
Suhu yang mencecah 40 drjah celcius yang membawa angin panas satu ujian buat hamba2NYA..
Orang Arab Mesir dah biasa..cuma rkyat Malaysia ni ha yg lembik2..^^
 Jangan harapla nak keluar naik bas,teksi beraircond saja menjadi pilihan..hee

Entry kali ini tentang 5 RAHSIA!
Ana dah sebulan tak menulis,rasa macam tak kena pula..seolah-olah melawan rutin

Sedikit perkongsian..antum n antunna boleh la membuka tafsir surah luqman ayat terakhir iaitu ayat 34


Maksudnya : " Sesungguhnya hanya disisi ALLAH ilmu tentang hari Kiamat;dan DIA yang menurunkan hujan,dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.Dan  tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui  di bumi mana dia akan mati.Sungguh,ALLAH Maha Mengetahui,Maha Mengenal." (QS31:34)

Ok baik..sekarang kita keluarkan apakah 5 Rahsia tersebut..

1)Hari kiamat

Hanya disisi ALLAH tentang tarikh dan masa berlakunya hari kiamat.Kita pernah digemparkan dengan satu filem 2012 kononnya kiamat akan berlaku pada tahun ini,tetapi ingatlah bahawa segala pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah urusan ALLAH,hatta para malaikat pun tidak mengetahuinya

2.Hujan





Pakar kaji cuaca hanya meramalkan

"Cuaca di daerah hulu klang diramalkan akan turun hujan di sebelah petang..bla bla bla"ujar seorang peramal kaji cuaca

Tiba waktu petangnya,cuaca cerah,terang lagi benderang..sinar mentari menjengah menaungi alam
Hujan itulah rahsia ALLAH..
Pepatah melayu ada menyebut 'Ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahhari'

3.Kandungan di dalam rahim.




Pernah x kita jumpa pasangan yang kahwin bertahun-tahun tetapi x dikurniakan anak??itulah antara bukti bahawa ALLAH lah yang lebih mengetahui apa yang dikandung di dalam rahim seseorang wanita.
Dan ada pula,yang mengandung tanpa disangka dan dirancang.Maha hebat ALLAH

4.Apa yang kita lakukan esok




"Esok aku nak buat...gitu gini lah.." dengan yakin Aisyah menanam azam

Esok..
suatu kejadian telah berlaku,Aisyah dimasukkan ke dalam wad,dan dia tidak mampu melaksanakan apa yang dihajatnya semalam.

Kerana itulah bilamana kita ingin lakukan sesuatu,hendaklah dihiasi dengan kalimah In Sya ALLAH.

5.Bumi mana kita akan mati



"Nak tau satu berita tak..anak pak Mat hujung kampung tu,meninggal..muda lagi " Mak Jah memulakan bicara.Semua yang disisinya memberi tumpuan

"meninggal di mana??"satu suara bertanya

"di mesir,tempat dia belajar.."

Itulah rahsia ALLAH..kita x jangka dimana kita akan mati dan bagaimana pula caranya.Mudah2an di tempat yang baik..amin


Sengaja ana membawa 5 rahsia ALLAH ni,supaya kita sentiasa redha dengan apa yang berlaku.ALLAH lebih mengetahui..serahkan segalanya pada DIA..

SALAM RAMADHAN..PECUTAN LAILATUL QADR !! 

Read more...