Pages

Monday, May 28, 2012

Kuasa terbesar !!





Bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum w.b.t


7 rejab 1433H..


Apa khabar hati dan iman??moga2 semakin kita menghampiri Ramadhan,semakin kta mempersiapkan hati dan badan untk mghadapi bulan itu =) 


Masing2 ada cara masing2 untuk bersiap siaga mnghadapi Ramadhan..
Ada yang dah mula countdown,ada yang mula lazimi puasa dan bangun malam..semua tu adalah latihan yang bagi ana mmg power la..hehe


Ok tapi jangan lupa shbt2..ALLAH tidak menerima yang sunat selagi yang fardhu x sempurna.Tapi x apa,yang sunat itu boleh men'top up' kembali lompong2 ibadah fardhu,jadi keduanya harus seimbang dan stabil.Tak ada hak yg dikurangkan pada fardhu dan x ada sunat yg kita lebihkan melebihi fardhu ^^




Di mesir,azan subuh berkumandang jam 3.15pagi.


Pada waktu itu..ada yang bingkas bangun..ada juga yang sebaliknya.^^ hehe benar kan?Kalau yang mmg bangun qiam tu mmg muka dia aja lah yg tekan loceng lama2 n ketuk setiap pintu rumah.Ada juga muslimah yg hammasah menjerit


'bangun2!!!sahur!!subuh!!'hehehe..1km pun boleh dgr..sgt suka cara itu.


Subuh! itulah kekuatan kita..Itulah kuasa terbesar kita.Sekiranya umat islam beramai-ramai,berpusu-pusu,berbondong-bondong bersaff-saff menunaikan solat subuh nescaya itulah yg lebih baik dari dunia dan seisinya.


Tapi amat sedihla jika kita lebih layan mengantuk..itu sejentik cuma dari godaan syaitan.Waqi' di malaysia mgkin lain pula,subuh di mesir jauh lebih awal dari di Malaysia lebih2 lagi skrg musim soif (panas) malam lebih pendek.Jadi jentera2 penggerak subuh perlu diperhebat dan dimantapkan lagi untuk melawan jentera2 pemusnah (syaitan).




2 solat yang dikatakan berat oleh Rasulullah s.aw. adalah solat subuh dan isya'.Kalaulah  kita tahu akan kelebihannya nescaya kita akan mendatangi 2 solat tersebut walaupun dgn merangkak..subhanallah..inilah mafhum hadith..boleh la cari matan hadith ni..


Jadi..ana ingin mengajak sahabt2 dan diri ini..kita melatih diri untuk bangun lebih awal..mgkin 30 minit sebelum azan,atau 15 minit sebelum azan.mesyi..
Masa tu kita boleh gunakan untuk tahajud dan witir..kita boleh menghafaz..masak dan sbgnya..


akhir kalam..moga2 kita sama2 dapt ambil manfaat dan amalkan ^^ wasalam



Read more...

Friday, May 18, 2012

Lebih Terang dari Matahari... ^^







Matahari itu besar kan...
Subhanallah..

Matahari itu terang kan
Subhanallah

Matahari itu umpama Guru..
Ia menerangi alam dgn cahayanya
Malah cahaya yang terbit dari seorang guru
Lebih terang dari MATAHARI.. ^^

Itqan Zawwini
Cairo,Egypt




Alhamdulillah,setelah 2 hari baru dapat mengupdate entry tentang hari guru..16 Mei Tanggal  istimewa buat seorang pendidik,ada hari yg khusus untuk kita raikannya.

Teringat zaman sekolah,zaman ada uniform..

Darjah1-darjah6 (Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya sksj)
1Maju
2Maju
3Maju
4Jaya
5Maju 
6Maju..

Haha,masa tu budak hingusan lagi,darjah satu menangis sampai ayah kena tggu dekat luar kelas...almaklumlah budak2.Masih ingat lagi gelaran yg cikgu Noorul  hafiza (cikgu math) panggil ana "siti"..beliau baik tapi 'seram' bila part soal kami semua sifir.Ana ingat semua nama guru kelas.. 99(Cikgu rokiah) 2000 (Cikgu Lisa) 2001 (Cikgu Noorul) 2002 (Cikgu Hairun nizam) 2003 (Cikgu Rahimah) 2004 (Cikgu Rafidah).Alhamdulillah keluar dgn keputusan yg menyenyumkan para guru..

Kafa integrasi Ummul qura

1-6 Akhdor
Ustazah mazidah dan ustazah seri amanon..dua insan yang ana sangat rapat sehingga ke hari ini.Hatta sebelum terbang ke mesir pun,ana sempat mengajar semula di sekolah lama ana ni.Ustazah mazidah bnyk membantu bila dapat tahu ana akan ke mesir,beliau memberi kalam motivasi dan semangat,sampaikan kenduri doa selamat pun,ustzah tolong masak2 T_T tacing..sob3..alhmdulillah dgn keputusan Psra dan Upsr yg telah diperolehi..ditawarkan pula ke SAMER..next destination..

2005-2009

Beg besar berisi baju2 ditarik
Dengan muka cuak,masuk ke dorm surau yang paling panjang sekali dalam asrama...Maka bermulalah pengembaraan sang hamba ni duduk di ASRAMA!!! heee mcm x nak je bunyi.Tapi alhamdulillah ada kakak ana tyme tu f3.Jadi x takut la.SAMER cuma 20 minit je perjalanan dari rumah.Sekolah atas bukit,indah dan sebenarnya tenang..

Bumi tarbiyah ana panggil..dalam tu ada dua jenis ilmu,ukhrawi dan duniawi.Pengalaman menjadi seorang pelajar sekolah menengah memang best..zaman ramaja yg dilalui terasa bermakna.Kematangan mula terserlah...^^

2005 (1hambali-ustzh normawati)
2006 (2hanafi-ustzh ruslina hamzah)
2007 (3hanafi-ustzh Amaliah)
2008 (4hanafi-ustzh Nurasyimah)
2009 (5hanafi-ustzh Rusnani)


Blok A..atas tu ada kelas ana masa form 5 dgn munirah (mujtahidah solehah).
Rindu2...masa nilah belajar jadi pimpinan,belajar berkawan,belajar segala-galanya.Syukur atas kurniaan guru2 yang banyk bersabar dgn kerenah diri ini.Kdg2 pernah x masuk kelas tuisyen sbb ada urusan asrama..ada kes histeria.Di bumi ini pernah ana pernah merasai kejayaan dan pernah juga merasai kegagalan..tapi harus bangkit.Ustazah noraini jasman antara guru yg bnyk memberi dorogan ketika itu,beliau merupakan guru Bahasa Arab Tinggi,ketua warden,dan Gpk hal ehwal pelajar.

Kemudian,sambung pula ke SAMTKKB 


Terletak di Hulu selangor,perjalanan dari rumah ke sini memakan masa sejam.Jadi ana pun tinggallah di asrama..sekolah yang dikelilingi hutan,dan jauh dari perumahan.Huish,seram bunyinya,tapi best..sebab ana sambung Ting 6 STAM.Jumpa dgn shbt2 dari sekolah lain..Tapi x sampai 4 bulan ana duduk rumah sewa.^^ hee ngengada je tu.Nak cuba berdikari lah konon.Tinggallah di taman teratai..

Guru2 stam
-Ustazah fatimah
-Ustzah rosnaini
-Ustzah khatijah
-Ustzah noorlelawati
-Ustzah sharmila
-Ustaz yusof
-Ustaz najah sallam
-Ustazh khairuddin
-Ustaz Harnain
-Ustaz Muhammad 

^^ itulah cerita sekolah...kemudian ana mndpt keputusan STAM,merancang pula ke mesir..Sebelum itu ke ildas..untuk latihan pemerkasaan bahasa arab selama 3 minggu.Berguru dgn guru2 bekas pelajar ma'had gontor darussalam..

 ni ada linknya tentang cerita kami sepanjang di ILDAS.PELANGI2 ILDAS

Setelah itu,ana dan shbt2 berjaya menjejakkan kaki di bumi mesir ini..Ardhul kinanah,mihbatul anbiya'..
Guru2 dekat cni adalah para masyaikh..yang thiqah2 belaka.Sangat banyak ilmunya,rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan waktu di mesir ini.Universiti Al-azhar,kiblat ilmu..semua orang mengidamkan untuk melanjutkan pelajaran ke sana.Dan bersyukur kerana menjadi pilihan ALLAH untuk sampai di sini.Pertama kali tiba,melihat menara masjid Al-Azhar pun sudah cukup meruntun pilu...masjid yang tertua,dan disinilah gedung ilmu.
 Belajar dengan syeikh,hati ke hati..Doakanlah ana dan shbt2 dapat megutip segala permata ilmu disini,agar dapat dimanfaatkan sebaiknya di Malaysia..

Akhirnya..hormatilah guru anda,beradablah dgn mereka dan doakan mereka dimana pun anda berada.^^
Rasulullah s.a.w adalah seorang murobbi yang Agung dulu,kini dan selamanya..
salam juang,salam mujahadah
Read more...

Saturday, May 12, 2012

coretan hati..~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Dgn Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM..ALHAMDULILLAH..
SYUKUR ATAS SYUKUR..

syukur yg pertama kerana ALLAH masih menyayangi kite dgn  nikmat yg dikurniakan..nikmat sihat..masa lapang..nikmat berukhwah,nikmat bernafas,makanan yg sedap dan yg mengenyangkan perut ini sehingga masih mampu bergerak dan menambah amal kita InsyaAllah.

dan syukur yg kedua kerana..kita ni BERSYUKUR..
ALHAMDULILLAH..ya ALLAH..moga2 kita termasuk dalam golongan org yg bersyukur..

sahabat2 yang disayangi,jom sama2 kita bina kampung akhirat,kerana kehidupan di sanalah yang kekal abadi, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara,jom cari bekalan secukupnya,jgn sesekali kita yg merobohkan atau menghancurkan kehidupan di akhirat nnti..

apepun masalah yg singgah dlm kehidupan kita ni,anggaplah UJIAN dr Allah untuk jadikan kita insan yg LEBIH BAIK..be optimis..!! selalulah berfikiran terbuka,berfikiran jauh,
jgn hanya berfikir untuk lari dari masalah,
tetapi kuncinya HHN..

HADAPI....HAYATI dan NIKMATI..!!
apepun yg berlaku pasti ada hikmahnya! PERCAYALAH..! YAKINLAH..!!
Inna ma'al u'sri yusro..setiap kesusahan pasti ade kemudahan..pasti ada kesenangan..jgn cepat berputus asa, jgn cepat mengalah. bukan senang nak jadi senang ,bukan susah juga sebenarnya nak jadi susah,

setiap kesusahan..yg kita hadapt dgn SABAR dan TABAH, pasti ade ganjarannya.ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH menilai semuanya walaupun sekecil kecil amal.

lagi2,dlm fatrah imtihan ni,bilamana kita perlu hidup bermasyarakat,hidup dalam jemaah,mcm2 kerenah yg perlu kita hadapi,ada kalanya menguji kesabaran kita.

yang penting JANGAN BERTINDAK ikut EMOSI,
BERFIKIR sebelum BERTINDAK..

apabila timbul rasa terasa hati dgn shbt2,,cuba check hati sendiri.pujuk hati untuk bersangka baik,pujuk diri untuk bersabar,adakala hubungan kita dgn manusia xsettle sbb hubungan kita dgn ALLAH masih belum kukuh.
apapun yang kita buat kat dunia ni kan semuanya hanya untuk mencari REDHA ALLAH,
BUKAN MENGHARAPKAN PUJIAN DAN SANJUNGAN MANUSIA.
ingat,org yg paling gagah ialah org yang dapat menahan MARAHNYA.

apabila timbul rasa marah.
apabila sedang berdiri,duduk la.apabila tgh duduk, baringla.untuk hilangkan kemarahan tu,
.cepat2 ambil wudu' atau beredar dr tempat tersebut.takut2 kita akan menyakiti hati org lain.
INGAT HABLU MINALALLAH WA HABLU MINANNAS,
JAGA HUBUNGAN DGN ALLAH DAN JAGA HUBUNGAN DGN MANUSIA.

jgn hanya bicara di bibir, tapi sama2 kita belajar dan BUKTIKAN CINTA dan SAYANG kita pada ALLAH dan RASULULLAH S.A.W.

MUJAHDAH SEMEMANGNYA PAHIT
memerlukan PENGORBANAN yg tinggi...kerana SYURGA itu MANIS..
bersabar la!!semuanya di nilai oleh ALLAH.


akhir kalam..
sayangilah org yg menyayangi kita tetapi jgn menyakiti org yg menyakiti kita.
salam ukhwah fillah.
SEGALANYA HANYA KERANA MENCARI KEREDHAAN ALLAH...:)

Read more...

Monday, May 7, 2012

Hanya seekor lalat


Seekor LALAT...

'Isk..kacau je lalat ni..'

'Aku fire kang!!!wachaaa!'

Macam-macam gelagat,sahabt2 yang di'usik' seekor LALAT
Lebih2 lagi jika sesiapa yg tgh mengalami musim panas di mesir ni

Ujian pertama musim soif ni adalah PANAS dan kedua LALAT..hehe

Alhamdulillah,syukur padaNYA dengan segala peluang dan ruang yang ada
ana mengupdate entry yg setelah sekian lama x diupdate

Agak2 kenapa ya enrty pasal lalat yang menjadi pilihan.Ana kadang-kadang geram juga dgn lalat mesir ni,muka tempat diattacknya,time solat yang paling x tahan.Nak tampar muka sendiri je rasa.Tapi sabar...sabar..tgh menghadap ALLAH.

Teringat satu kisah..sahabat ana Munirah Munir yang menceritakan pada ana sewaktu Form 5.
Kisah ini ana ingat sampai sekarang,dan sebab tu lah ana rasa x sampai hati nak bunuh lalat ni,walaupun dia dah menari-nari di atas muka kita tyme solat

Seorang alim bermimpi..ketika tidurnya dia bertemu dengan Imam Al-Ghazali
Didalam mimpi tersebut,Imam Ghazali sedang bergembira senang lenang berada di dalam syurga
Kemudian Alim tu bertanya

"wahai wali ALLAH,apakah yang menyebabkan engkau boleh masuk ke dalam syurga?"

Imam al-Ghazali tersenyum..

"Tentu ramai orang menganggap aku ke syurga kerana berapa banyak tulisan yang aku titipkan menjadi kitab-kitab tebal yang menjadi rujukan manusia hingga ke hari ini..tetapi sebenarnya tidak...

ketika sedang aku tekun menulis kitab..datang seekor lalat.
ia datang dan duduk di atas bekas dakwatku..lalu ia meminum dakwat tersebut sehingga habis..
Aku membiarkan saja sehingga ia kekenyangan..dan perbuatan itulah yang paling ALLAH suka
yakni berbuat ihsan kepada makhlukNYA'...

bicara ini membuatkan ana berfikir panjang..ma sya ALLAH
betapa hanya seekor lalat pun kita mampu mendapat redha ALLAH

Jadi pada shbt2..yang kdg2 x sabar dgn kerenah lalat,ingtlah kembali cerita ini...^^ ok
jadi salam juang,salam mujahadah..
wallahu a'lam.

7mei2012
15 jamadil akhir 1433H
Cairo
Read more...

Thursday, April 26, 2012

amal mane yg berkualiti...


Pada suatu hari sahabat-sahabat Rasulullah meminta supaya baginda menceritakan kisah-kisah orang dahulu kala yang menarik.

Baginda pun menceritakan tentang kisah tiga orang yang pergi ke suatu tempat. Pada malam hari mereka bertiga berteduh di dalam sebuah gua. Sedang merka tidur, tiba-tiba seketul batu besar dari gunung telah jatuh menutupi pintu masuk ke gua tersebut.

Ketiga-tiga orang itupun berbincanglah antara satu sama lain bahawa mereka tidak akan dapat keluar dari gua itu melainkan mereka mengisahkan perkara yang mereka tidak ingini untuk dipertimbangkan Allah.

Orang pertama menceritakan bahawa dia mempunyai ibu bapa dan tidak mempunyai harta lain melainkan seekor kambing yang mana susu kambing itulah yang selalu diperahnya untuk diberikan kepada kedua ibu bapanya.

Setiap hari dia mengumpulkan kayu api dan menjualnya dan membelanjakan hasil pendapatannya itu untuk membeli makanan untuk kedua orang tuanya. Pada suatu malam dia pulang ke rumah sedikit lewat. Belum sempat dia memerah susu kambingnya untuk dimasukkan ke dalam makanan, ibu bapanya sudah tidur. Lalu dipegangnya makanan kedua orang tuanya itu dan berdiri berhampiran dengan mereka. Dia berdiri hingga ke pagi tanpa mengusik makanan tersebut. Apabila kedua orang tuanya sedar dari tidur, mereka pun memakan makanan tersebut.

Setelah habis cerita itu, maka batu yang menutupi pintu gua terbuka sedikit.

Kemudian giliran orang kedua pula menceritakan kisahnya. Orang kedua itu menceritakan bahawa di suatu masa dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis buta yang cantik,tetapi gadis itu tidak membalas cintanya. Oleh sebab itu dia telah memberikan wang kepada gadis tersebut sebanyak seratus dua puluh dinar dengan janji bahawa gadis itu sanggup bersamanya selama satu malam.

Gadis tersebut telah bersetuju. Apabila gadis itu datang menemuinya, tiba-tiba timbul perasaan takut kepada Allah.  Lalu dia pun menyuruh gadis itu balik dan ambillah wang yang telah diberikan itu.

Setelah cerita itu habis, batu besar di pintu gua itu pun bergerak dan membuka sedikit ruang yang menutupi pintu gua. Namun begitu, ianya masih juga tidak boleh dilolosi oleh mereka bertiga.

Akhir sekali tibalah giliran orang ketiga untuk bercerita. Menurut ceritanya, bahawa dia mempunyai beberapa orang pekerja. Setelah pekerja-pekerjanya habis menjalankan tugas masing-masing, maka mereka pun diberi gaji. Tetapi seorang daripada pekerja tersebut telah hilang sebelum mengambil gajinya.

Lalu dia pun membeli seekor kambing dari gaji pekerja yang hilang itu. Pada tahun hadapannya, kambing tersebut bertambah menjadi dua dan beberapa bulan selepasnya bertambah menjadi empat serta akhirnya jumlah kambing-kambing tersebut telah bertambah dengan banyaknya.

Beberapa tahu kemudian, pekerja yang hilang itu muncul dan meminta gajinya. Lalu dia pun menyuruh pekerja itu mengambil kesemua kambing-kambing tersebut. Pekerja itu berasa hairan dan dia menyangka bahawa dia hendak dipermain-mainkan. Lalu dia pun menceritakan hal sebenarnya kepada pekerja itu sambil mengatakan bahawa kambing-kambing tersebut adalah hak miliknya.

Setelah mereka bertiga menceritakan keadaan masing-masing, lalu mereka pun menyeru kepada Allah ;

" Ya Allah, jika kami bercerita dengan benar, bebaskanlah kami."

Tidak lama selepas itu, maka batu besar yang menutupi pintu gua itu pun bergerak dan beredar dari pintu gua.  Ketiga-tiga orang itu pun keluar.

Subhanallah.

Cerita ini benar-benar menggetar jiwa saya. Sebab apa?

Sebab saya terbayang jika saya adalah salah seorang dari mereka yang terperangkap dalam gua itu, amalan apa yang akan saya ceritakan..?

Allahuakhbar.

Terasa kerdil diri ini...
wallahua'lam..

sama2 kite tingkatkan amal kite..
walau sekecil-kecil amal..kerana nnti di akhirat kelak..sekecil-kecil amal inilah yg akn kite cari untuk bantu kite di padang mahsyar nnti..

jadi..jgn berkira dlm bramal..jgn jemu dlm mmbuat kebaikan.,.kerana Allah tidak pernah jemu dalam memberi pahala kepada kita...
tidak kira walau sekecil-kecil amal..buang sampah..senyum..sedekah..beri salam..menyapu atau bertugas..walaupun bukan dalam waktu tugasan kite.dan lain2..
yg penting IKHLAS kan hati..!!!! hidup ini hanyalah untuk mencari REDHANYA..INSYAALLAH!!!

akhir kalam..moga2 Allah mudahkan semua urusan sahabat2 dunia akhirat..
xkira tika hadapi imtihan didunia ini atau imtihan di akhirat kelah..InsyaAllah..amin ya Allah..:)
assalamualaikum..w.b.t...
Read more...

Saturday, April 21, 2012

Saat Lafaz Sakinah

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

(luahan ayah)
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

(luahan menantu)
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Tanggal 28 april 2012..
Dua hati bakal disatukan
Dan aku lah orang yang paling sedih krn tidak dpt menyaksikan
dan aku jua paling gembira krn akan menerima ahli keluarga yg baru...
Ah,andainya boleh ku pulang sebentar....
Read more...

Saturday, April 7, 2012

Ingat ALLAH, Cinta ALLAH ^^


Read more...