Pages

Sunday, November 13, 2011

~Padang Dunia~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sambil meredah cuaca sejuk di bumi mesir ini..ada sedikit peringatan bersama.Dah lama nak tulis tapi x tertulis smpilah hari ini..sambil2 dgar ikim.fm online hehe =)

Hari ini aku memandang dunia
Dengan sudut pandang yang berbeza
Mungkin setiap kita x sama
Namun kita kan kembali jua pada DIA



Jom bukak tafsir surah al-baqarah (2:96)
Mafhum ayat:"Dan sungguh,engkau (Muhammad) akan mendapati mereka (org2 yahudi) manusia yg paling tamak akan kehidupan (dunia),bahkan (lebih tamak) dari org2 musyrik.Masing2 dari mereka ingin diberi umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab,dan ALLAH Maha Melihat apa yg mereka kerjakan"

Sahabt2ku..
Dalam ayat ini,org2 yahudi menginginkan usia yg panjang.Untuk apa??supaya mereka boleh duduk senang lenang dan mengumpul harta kekayaan dan kemewahan.kalaulah diberi mereka umur 1000 tahun sekali pun mereka tetap tidak akan beriman dgn ALLAH.
Bagaimanakah dgn kita??berapa umur kita..?dan sempurnakah iman kita?
Ana juga turut muhasabah kembali..kerana itu post kali ini bertajukkan 'padang dunia'
Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan..Percaya x?ianya ada disebut dlm al-qur'an


Bentuk2 permainan dunia

-Hiburan yg melalaikan..konsert2 rock,barat dan sbgnya
-Wanita..cinta,nafsu dan syahwat
-Harta..kekayaan sehingga timbul ujub dlm diri
-Hati..kdg2 hati juga berbolak balik,akidah boleh diselewengkan dgn mudah



Bnyk lagi bentuk permainan dunia..semua itu x bermakna buat org beriman..sedikit pun x diusik hatinya dgn tawaran2 dunia,kerana ada perniagaan yg lebih baik dari dunia dan pelaburannya iaitu pelaburan akhirat.Hiburan di syurga tentunya sgt2 mengagumkan,wanita iaitu bidadari di syurga pula berganda cantik dan lembutnya dari makwe makwe yg dimiliki,Harta x payah cakapla..nk dibayangkan x mmpu akal kita..dan pada hari itu diamankan segala hati2 kita dari sebarang perasaan dengki dan yg buruk2..

Penghujung setiap permainan dunia adalah KEMATIAN
Jadi,berdoalah agar kita x dimatikan dlm keadaan su'ul khotimah seperti Abu Lahab

Dia mati dalam keadaan hina,ia berlaku ketika umat islam memperoleh kemenangan dlm perang Badar.Setelah dipukul kepalanya dgn kayu oleh ummu al-fadl,dia jatuh sakit dan terkena penyakit kulit yg bahaya dan berjangkit.Semakin hari,sakitnya semakin parah.Akhirnya dia mati di dalam rumah,mayatnya mengembung dan menjadi busuk..sehingga anak2 dan isterinya x mahu menguruskan mayat dia.Akhirnya penduduk x tahan dgn bau tersebut,mereka menyembur air ke dalam rumah dan melontar batu sehingga tertimbus mayatnya..allah..begitulah kehidupan org yg terlalu mencintai dunia,x mahu beriman dgn ALLAH dan mendustakan nabi..

Buat akhirnya..
Ana nak ingtkan shbt2 kembali wasiat Rasulullah s.a.w
'Jagalah wanita...jagalah wanita...jagalah wanita'

Jaga disini,adalah memelihara maruahnya,menasihatinya ke arah islam,menegurnya dan mendidik dgn hukum islam,membela sekiranya dizalimi..tetapi ana sedih dgn waqi' yg berlaku sekarang ini,wanita diperlakukan sesuka hati..fahamilah wasiat ini..Bila anda menjaga wasiat ini,akan selamatlah ummat dari binasa.Pada wanita ada fitnah yg besar..jadi ghoddul basar yakni tundukkanlah pandangan,x perlulah cuba2 nak bercouple..anda sudah melanggar wasiat nabi kita..

اللهمّ لا تجعل مصيبتنا في ديننا ولا تجعل الدنيا أكبر همّنا ولا مبلغ علمنا
Read more...

Thursday, November 10, 2011

Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah, ALLAH memberi ana ilham untuk mencoret sesuatu di sini. Sedang ana berkemas-kemas, mak ana menyerahkan sesuatu.. "Kak, apa yang tertulis kat kertas ni?" Ana pun pandanglah kertas yang mak tunjukkan..

Tersenyum ana melihatnya. Suatu kenangan terimbas di benak ana..

"Itu tulisan sahabat baik ana."
"Rindu nak melihat tulisan tangannya kala ini."




Zoom lagi..

Mun! kite g kawad eh =) Salam


Setelah tamat SPM 2009, masing-masing mempunyai hala tuju tersendiri. Jika ana merindui pengisian dari sahabat baik ana iaitu itqan (admin blog ini), ana akan baca blog ini..

Peristiwa di atas, membuatkan ana termenung sendirian.. Semasa kita masih di sekolah yang sama, bertemu muka.. kadang-kadang kita alpa akan sebahagian nikmat yang ALLAH berikan melalui sahabat kita, misalnya dapat bertemu wajah, bersembang, gelak-ketawa, sedih sama-sama, dapat tengok tulisan tangannya, jalan sama-sama, dan lain-lain..

Tetapi apabila sudah berjauhan, ia menjadi sebuah kenangan.. Kalau dulu, dapat menatap tulisan tangannya, dan kini, kita hanya dapat menatap taipan tangannya di blog misalnya..

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Apa yang ada di sekeliling kita. Mungkin kita tidak dapat bertemu sahabat lama, tetapi di sekeliling kita sekarang, yang mungkin persekitaran baru, ada sahabat-sahabat yang baru dikenali.. Hargailah mereka. Jika kita masih ada ibu bapa, hargailah mereka. Jika kita ada adik-beradik, hargailah mereka. Jika kita ada rumah berteduh, hargailah ia. Jika kita ada macam-macam, hargailah ia.. Bersyukurlah kepada ALLAH, Yang Maha Pemberi Rezeki! Ar-Razzaq..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Tanda syukur kita pada-NYA, bertasbih dan bertahmidlah padaNYA, dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah ALLAH serta meninggalkan larangan-NYA! Koreksi kembali, kualiti dan kuantiti segala amal perbuatan kita dalam kehidupan ini.. Setiap masa kita, ke arah mana kita habiskan.. Kehidupan di akhirat adalah yang kekal abadi..

Kadang-kadang, kita lebih menangisi apa yang hilang berbanding menghargai apa yang masih di sisi..

Namun begitu, ambillah pengajaran daripada setiap yang berlaku dalam hidup kita. Sebagai penambahbaikan untuk masa yang akan datang. Segala yang baik, adalah daripada ALLAH.. Dan segala yang buruk, adalah kerana kesilapan, kekhilafan kita pada perintah-perintahNYA..

Wallahua'lam. Ana minta maaf, dan terima kasih kerana sudi membaca coretan ini, dan menegur apa yang salah, dengan cara yang berhemah ^^
Read more...

Wednesday, October 26, 2011

Afsyu as-salam



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu!"

Assalamualaikum w.b.t

Hikmah hari ini..

Afsyussalam=sebarkan salam

Kuliah dah seminggu bermula.Hari2 melangkah ke universiti al-Azhar dgn menaiki bas hijau panjang dgn harga segenih setengah le 1.50,kadang2 segenih rubu' le 1.25..ataupun naik tremco dgn harga yg sama..

Meneliti kehidupan masy arab banyak buatkan ana berfikir..Sedikit gambaran tntg tempat yg ana tggal sekarang brsama seluruh mahasiswa malaysia di sini yakni di hayyu asyir,madinah nasr toob el-ramly..

Kadang2 dpt dilihat ada org bawa barang atas keldai atau kereta kuda melalui jalan..ada juga kanak2 arab main bola kat dataran depan bkan selangor..ada juga org jual sayur dgn kereta tolak smbil jerit 'beqiaaa' hee.. semua tu mebuatkan kita rasa teruja dekat tmpat org,kdg2 benda yg x pernah kita jumpa wujud dpn mata..

Tapi apa yg membuatkan ana rasa taajub..cuba perhatikan apa yg ada dcini yg xde di malaysia
1.Kemana-mana kita akan dengar alunan al-qur'an..
cntoh-supermarket yg jual barang2 basah mcm giant,tesco.
-kedai pakaian dan elektrik perkakas
-dalam tremco (van sewa)
-motor bawak delivery piza atau ayam..
(semua pasang ayat al-qur'an)

2.Sebarkan salam...

Ini yg ana dan shbt2 tgh nk praktiskan..setiap kali jumpe muslim yg lalu..dorg akan bagi salam..kalao nak naik tremnco atau bas,,masa kat tgga lagi dorg dah bagi salam..kdg2 malu je,sbb x buat..in'ALLAH akan diperbaiki lagi..masuk lif pun bagi salam..huhu..bagusnye bi'ah ni,,

Dari Abu Dzar ra., la berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah sekah-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu.” (HR. Muslim)

Ini satu peringatan buat kita semua..x semestinye mesir negara yg mundur x mmpu jadi lebih baik dari kita malaysia.Mereka sgt2 bagus dlm sstgh perkara..kalo dorg jumpe org malaysia,dorg akan mendoakan kerana dorg kata org malaysia ni cintakan ilmu..hee.amin2..

oklah sama2 kita amalkan ye afsyussalam..
Read more...

Saturday, October 22, 2011

Setelah Genap Sebulan..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Tangan rancak menaip,tanda sudah lama x menulis kat cni.
Apa khabar semua??Ana alhamdulillah sihat..hehe.Sekarang pukul 3 petang mesir,maknanya kat malaysia dalam pukul 9 malam.Selamat malam malaysia yg dirindui..


Alhamdulillah,telah sebulan ana berada di bumi mesir.Kira-kira 22sept lepas,selamat sampai disini selepas transit sehari kat bahrain (Golden Tulip Hotel).GULF AIR..awanan biru menjadi saksi..kih3.Segalanya pengalamn yg manis.. saat berada kat airport,buat pertama kalinya berpisah sgt2 jauh dari keluarga yg tercinta,segalanya yg saya sayangi tertinggal di malaysia..cewah..huhu hanya yg dbawa wajah2 org yg tercinta mak ayah adik beradik,kalam2 semangat keluarga,guru,kawan2 dan sekeping hati yg rindu untuk mengutip segala khazanah di mesir..

Wajah mak ayah segar dalam ingatan,adik beradik juga bermain di fikiran.. :D hari2 ana pasti akan tgok gambar dorg..haha cam kanak2 kan??xpe..lagi sebulan barula hilang homesick nye tu.Bila mengenangkan kembali tugas2 berat di cni,menuntut ilmu..segera dibuang jauh2 perasaan ngada2..haa.Alhamdulillah2..saat berada di atas kapal terbang,kecut perut..segera niat di pasakkan..doa dikumat kamit..moga2 keluarga semua di bawah rahmat ALLAH..Roda kapal terbang bergolek,hati ana juga turut dibawa pergi..layanan dalam kapal terbang memang terbaek la...:D



Sehari transit dekat bahrain,Golden Tulip Bahrain,tapi kitorg x dibenarkan keluar hotel..boleh jalan2 sekitar kawasan hotel je.Yelah duit dye dinar..mahal tuu..satu lagi dye ckp bahasa lain.Mula2 agak pelik..kitorg naik flight pukul 10 pagi..perjalanan lebih kurang 8 jam..tapi turun2 kat airport bahrain baru pukul 1tghhari.Aduih..dah kena set jam waktu lain..bayangkan isya' dye pukul 6 petang tapi waktu malaysia sebenarnya dah pukul 12malam..kitorg yg masih baru ni dah ngantok2..sampai terlepas makan malam..'mata malaysia' lagi..Subuhnnya pukul 4 pagi..padahal pukul 10 malam bahrain sama dgn 6 pagi malaysia.Bila terjaga pukul 10 malam sana,xtaw nak wat apa dah...tgok tv semua bahasa arab,even kartun pun..layan je lah.pengalaman2

Esoknya,jam 7 pagi..bertolak semula ke bahrain airport untuk ke cairo.Perjalanan hanya memakan masa 3 jam..sepanjang perjalanan tajdid ni
at lagi..sgt2 penting mnjaga niat.Dalam flight mendgr lagu kembara ilmu..sebak sebaik saja menghayati lagu tu..

kembara ilmu selaut cahaya

milik Tuhan tiada bertepi

diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu

hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda

kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan




22sept jam 12 tgahhari,roda kapal terbang di keluarkan kan..tali keledar diikat kemas..diintai sedikit luar,coklat..saujana memandang pasir..bangunan kotak2.. 'Ya ALLAH,HambaMu ini sudah sampai...aku sudah sampai' dilihat shbt2ku menadah tgn berdoa..sebaknya situasi itu,hamdalah diucapkan..inilah bumi di mana berjalan di atasnya Imam syafie..disinilah letaknya kubu salahuddin ayyubi..disini telah tumpah darah ulama',syuhada'..disini juga bumi Musa A.S..ya ALLAH,seolah x percaya...dan sehingga kini..ana masih x percaya..

Saat menuruni tangga...airmata bergenang.(wallah sedih nyee).Kami disambut gembira senior2 dari BKASM,PMRAM..kami sudah jadi satu keluarga disini..wadah perjuangan kami,menuntut ilmu,berukhuwah,mempersiapkan diri untuk malaysia yg kami cintai..kamilah da'i..Mesir ini bumi yg penuh mehnah dan tribulasi..hati org2 yg tinggal di bumi mesir ini hanya hati yg kuat.Saban hari melihat keletah org arab yg pelbagai..melihat dunia dari sudut pandang yg berbeza.Duduk di mesir ni,tiada masa lagi main2..sedari bagun tidur hingga ke tidur semula,aktiviti perlu dipenuhkan lebih2 lagi ana memegang dermasiswa zakat..duit dari kamu,kamu dan kamu...amanah perlu di tunaikan.Ilmu perlu dicurahkan..di mesirlah bakat kepimpinan diasah,bakat berucap diasah,bakat menulis dicungkil,kuliah hari2..menadah kitab,memperelokkan bacaan qur'an,lazimi untuk meghafaz al-Qur'an..hingga bila ana balik nnti duit zakat itu dpt disumbangkan pada malaysia,masy muslim khususnya..


Ok..sampai sini saja...nukilan ana..sekejap lagi,di depan asrama kami akan datang seorg ulama' besar HABIB UMAR,keturunan Nabi Muhammad s.a.w..x sabar untuk melihat,mendengar,mengambil ibrah darinya...Wahai sekalian kamu...ana duduk disini,saban hari melihat helikopter ulang alik,terasa sprti dekat dgn palestin..di satu sudut memandang matahari terbenam,yg ana nampak hanyalah mekkah..jadi ana kirim soa buat kamu..agar turut rasai apa yg ana rasai..pembebasan al-quds dan tunaikan haji.. :) in'ALLAH sehingga berkesempatan..ana akan menulis lagi..
assalamualaikum semua
Read more...

Sunday, October 16, 2011

Langkah ku...


Alhamdulillah3 x..kini aku di bumi barakah..mesir :)

Saat ini..semangat yg x pernah pudar,kalam tasyji' dari ibunda ayahanda dan kakanda2 tercinta..menemani diri

X boleh nk panjang2,sbb dalam cc @_@ in'ALLAH akan diupdate cerita tentang di mesir.Mohon doa sahabt2 sekalian,ana (itqan) akan exam hari selasa ini.Moga ALLAH memudahkan...aminnn
Read more...

Saturday, October 1, 2011

Arnab dan Kura-Kura



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.. Dan tidak lupa ucapkanlah selawat serta salam buat kekasih Allah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.

Sahabat-sahabat (yang singgah di blog ini) apa khabar? Rindu kalian kerana Allah.. (",)

InsyaALLAH pada entri kali ini, ana akan menceritakan sebuah kisah.. Kisah yang sangat menarik ana kira ^^,

Sahabat-sahabat pernah mendengar kisah arnab dan kura-kura? Kisah perlumbaan yang akhirnya dimenangi oleh kura-kura..kan? Ahaa, kisahnya tidak terhenti sampai di situ sahaja. Ayuh bersama saya menyusuri kisah mereka selanjutnya! ^_^

Seperti yang semua sedia maklum, sang arnab over confident akan kebolehannya berlari pantas.. Oleh itu, dia tidak kisah untuk berlumba lari dengan kura-kura. Namun akhirnya, perlumbaan itu dimenangi oleh kura-kura. Daripada kisah ini, antara ibrahnya adalah slow and steady.

Setelah arnab kalah, dia pulang ke rumah dan memuhasabah diri.. Dia sedar, yang dia tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama lagi. Oleh itu, sang arnab pun mengajak kura-kura untuk berlumba sekali lagi.. Dan sahabat-sahabat boleh agak keputusannya? Pada kali ini, sang arnab berlari dengan sangat pantas, dan tanpa henti-henti. Dan akhirnya, sang arnab yang memenangi perlumbaan ini.. Ibrahnya, fast and consistent (istiqamah) ^^,

Kisah ini tidak habis lagi.. (",) Kura-kura sedar, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kekurangannya, dia berjalan lambat, manakala arnab boleh berlari pantas. Setelah kura-kura berfikir untuk beberapa ketika, kura-kura mendapat satu idea.

Keesokannya, kura-kura mengajak arnab untuk berlumba lagi, tetapi dengan laluan/track yang lain. Arnab pun bersetuju dengan permintaan kura-kura. Maka, apabila perlumbaan dimulakan, arnab pun berlari laju dengan sekuat hati..dan tiba-tiba, arnab berhenti!!

Arnab tidak meneruskan perjalanan..dia berdiri membatu di tempat dia berhenti sekarang.. Dan tidak lama kemudian, kura-kura pun sampai di sebelah arnab. Apakah yang menyebabkan arnab berhenti?? Ada sungai di hadapannya.. Kura-kura yang dikenali sebagai haiwan yang boleh berenang di dalam air, menyeberang sungai itu dengan selamat.. Dan akhirnya, kura-kura yang memenangi perlumbaan kali ini (",)

Keesokan hari pula, arnab mengajak kura-kura untuk berlumba di laluan seperti semalam..tetapi bukan sebagai pesaing, mereka berlumba sebagai satu pasukan. Maksudnya? Dari permulaan track perlumbaan, arnab berlari pantas sambil membawa kura-kura bersamanya.. dan apabila mereka tiba di sungai, kura-kura pula membawa arnab menyeberangi sungai bersama-samanya.. Dan akhirnya, mereka sampai ke penghujung track secara bersama-sama, tetapi dengan masa yang lebih singkat daripada 3 perlumbaan sebelum ini! Subhanallah.. Apa yang penting? Kerjasama! ^_^

Subhanallah, banyak kan ibrah (pengajaran) yang kita dapat daripada kisah ini? Jadi, apa lagi.. mari kita praktikkan apa yang baik dalam hidup kita, dalam menggapai REDHA ALLAH dan syurga-NYA, rahmat-NYA, serta ampunan-NYA, amin.. (",) Beriman dengan Allah, ikutlah cara Nabi Muhammad dalam setiap aspek hidup kita.. seperti bersukan, menuntut ilmu, bekerja, beribadah, dan lain-lain..

Wallahua'lam, moga perkongsian ini ada manfaatnya buat kita semua, amin ^^, ilal liqa' insyaALLAH, di taman syurga (majlis ilmu) ini.
Read more...

Wednesday, September 14, 2011

Remaja Terbilang..!

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..wa syukurlillah :D
ya ALLAH,anta robbuna..wa nahnu 'abduka..(3x) T_T


Remaja - teenage - youth - syabab - fata - Anak muda - adolescent

~Istilah pelbagai tapi memberi makna yg satu..~

Adakah antum yg membaca ni seorg remaja..?? ya!? Tidak!?
majoriti yang guna blog2 ni masih berusia remaja atau awal dewasa..sohih??
jarang2 ana jumpa org berusia nak tulis2 blog ni..
Kalaupun antum sudah berumahtgga,antum pernah melalui usia remaja..mgkinkah 5 ke 10 tahun dulu.Pokok pangkalnya,kita semua melalui usia remaja.

Allah rakamkan perkataan 'fata' yakni pemuda/remaja di dlm Al-Qur'an..

“Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.”(Al-Kahfi 13-14)

Setiapkali disebut pemuda..@ remaja teringat ana pada hadis masyhur yg diriwayatkan Imam Abu daud dan Ibn Majah tentang 7 golongan yang mendapat naungan ALLAH di akhirat nanti.Jom kita check..pilih2..kita di golongan yang mana !! @_@




1.Pemimpin yang adil
2.Orang muda yang membesar dalam ketaatan pada ALLAH
3.Orang2 yang hatinya tertaut pada masjid
4.2 insan yang berkasih kerana ALLAH (bertemu berpisah demi redha ALLAH)
5.Lelaki yg dipujuk berzina oleh wanita rupawan kemudian dia menolak kerana takut pada ALLAH
6.Orang yang ikhlas bersedeqah
7.Org2 yang mengingati ALLAH,kemudian menitiskan air mata

Subhanallah..jadi memandangkan kita yang masih muda remaja ini,moleklah kita fokuskan point no 2 yang disebutkan dalam hadith.Orang muda yang masa remajanya,taat beriman kepada ALLAH..pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi halangan2 tersebut dgn amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.Hayya nakunu hakaza!!in'ALLAH..

Masa imam muda2 final dulu,IM Hassan dapat hadith ini..beliau mensyarahkan pnjng lebar pada pemimpin yang adil,tetapi diselit pula oleh panel bahawasanya pemimpin yg adil saja x cukup untuk membangunkan sebuah negara islam kalau anak2 mudanya rosak akhlak..ana setuju sgt2.Pemimpin yg adil + rakyat dlm klngn anak remajanya beriman..in'ALLAH negara malaysia mampu membentuk sebuah baldatun toyyibatun wa robbun ghafur.




Remaja perlu menghayati 10 muwasofat tarbiyyah,bukan je hayati..tapi kenala amalkan :D ianya agak berat kalau nak terus lakukan,jadi lakukan sikit2,perlahan2..kerana perubahan itu memakan masa,biarlah sedikit tetapi istiqamah (berterusan).

10 Muwasofat Tarbiyyah

1.Aqidah yang sejahtera (Salimul aqidah)
2.Ibadah yang betul (Sohihul ibadah)
3.Kuat tubuh badan (Qowiyyul jism)
4.Akhlak yang mantap (Matinul khuluq)
5.Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
6.Mampu berusaha (Qadiran 'ala kasbi)
7.Berusaha melawan nafsu (Mujahadah 'ala nafsi)
8.Memelihara waktunya (Haarithun 'ala waqtihi)
9.Tersusun dalam urusannya (Munazzomun fi syu'unihi)
10.Bermanfaat untuk org lain (Nafi'un lighoirihi)

Remaja hari ini yang tidak kuat asas agamanya,senang2 dipujuk dunia.Fesbuk yang ada seringkali diupdate dengan status2 mcm ni..

'aku rindu kat dia..buah hati aku...si...bla bla bla..'

'aku kecewa dgn tutt,apa kurangnya aku??mgkinkah ada ruang kemaafan dari tutt bla bla bla'

'wow,man utd menang lagi..bla bla bla..'

'aku geram betol dgn mamat ni...bla bla bla'

sampai bila??remaja muslim mukmin harus beginikah??Cinta dipuja,musuh dihina,hidup mengagungkan hiburan,bola dan sebagainya..come onlah remaja!!come onlah muslim youth..macam2 benda berfaedah kita boleh lakukan dengan fesbuk tu..fihi fawaid kabirah...hihihi. Sebenarnya entry ni ana nak cerita tentang abna' Afra'(anak2 afra')..remaja yg sangat ana kagumi,menjadikan rasulullah cinta mereka..

Ana tahu ramai yg dah tahu cerita ni..macam mana cintanya pada nabi sehinggakan sanggup mencabut tangan sendiri.kita sayang nabi x??ana pun sayang...tapi snggupkah cabut tgn sendiri??hee fikir 2/3 kali kot.Jadi adik beradik afra' dua org ni ada bran???! memang ada Bran!In'ALLAH akan ana ceritakan kisah mereka berdua...kerana merakalah contoh remaja terbilang!!
Read more...