Semoga kita bertemu semula di syurgaNYA
Tuesday, August 5, 2014
Ayah Hero Kami
Semoga kita bertemu semula di syurgaNYA
Thursday, July 10, 2014
be TouGh
Ramadan kali ni ramai sahabat2 yang pulang ke Malaysia.Imarah yang biasanya riuh semakin sunyi.
Teringat perbualan dengan mak melalui viber
"Mak restu kan liana x balik tahun ni?"
"Sejak 2011 liana ke Mesir x pernah lagi balik puasa ataupun raya Aidilfitri"Ada nada sayu di situ
3 tahun berturut Ramadan dan Syawal tanpa mereka disisi.
Sekalipun pulang tahun lepas kerana evakuasi..Mak ayah pula pergi menunaikan haji.Tinggallah bersendiri.
Ala kulli hal.Ada perasaan yang kita korbankan untuk satu maslahah yang besar.Ada rindu yang perlu ditahan sbab ada orang lebih dahsyat dari itu..ada yang x balik 5/6 tahun.
Semoga ditabahkan hati kita semua..Demi perjalanan seorang penuntu ilmu
Mode:Menulis sambil melihat orang kemas barang nak flight
Monday, July 7, 2014
Cinta Itu Bagaimana??
Orang bercinta
Ibaratnya bagaimana?
Sering rindu
Tertanya khabar.
Sering ingin mengenal
Mendekati
Sering risau andai dibenci
Andai aib diketahui
Sepatutnya begitulah rasanya
Bila meletakkan Allah sbg cinta utama
Aku ingin mengenaliNya sedalamnya
Merasa rindu bertemu denganNya
Merasa malu jika bermaksiat
Selalu ingin mengingati dan diingati
Ya Allah cintaMu tiada bertepi
Meski hambaMu ini seorang pendosa
Izinkan aku mncintaiMu Allah...
9 Ramadan
Itqan,Cairo
Tuesday, July 1, 2014
Ramadan kali ini...
Segala puji bagi Allah yang sehingga hari ini masih menghidupkan aku..memberi duka mahupun bahagia untukku lalui.Selawat juga salam buat junjungan mulia Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,keluarga dan para sahabat baginda.
Ramadhan ini sudah masuk Ramadhan ke 3 di Mesir,walaupun berjauhan dari keluarga,sahabat2 yang solehah tetap berada di sisi.Sekurangnya tidaklah terasa kosong.Bicara mengenai Ramadan pasti setiap orang ada target masing-masing.
Ada yang ingin hafaz juz 'amma
Ada yang ingin hafaz hadis 40
Ada yang ingin khatam 2x
Ada yang ingin baca buku sebanyaknya
Ada yang ingin infaq banyak2
Ada yang ingin berubah
Ada yang ingin memeluk islam,,mengucap syahadah
Semoga target itu berhasil dengan jayanya disertai dengan redhaNYA
Ramadan yang sebelum ini kita nantikan sudah tiba dihadapan mata,sementara sedang kita lalui dan sebelum ia berlalu pergi maka manfaatkanlah.
Pahala yang tiada dinafikan maha banyaknya
Malaikat yang juga tidak kurang banyaknya berebut-rebut mahu mencatat amalan hamba-hambaNya
Rugilah bagi mereka yang terasa kosong Ramadhannya
Yang masih lagi dengan gamenya
Yang masih lagi dengan movienya
Ampunkan dosa kami ya Allah
Yang masih belum khusyu' mentaatiMU
Yang masih sombong tunduk sujud padaMU
Berilah hidayah pada Kami
Alangkah celakalah kami andai sesaat terlepas dari RahmatMU
Alangkah sesalnya kami jika hidup kami tidak dipandu
Malam yang kau berikan pada kami dilalui dengan lalainya
Sedang bila kami duji barulah mencari mu
Menangisi sepanjang hari
Siang yang panjang dilepasi dengan angkuhnya
Sedang bila tersungkur
Baru tunduk dengan rendah hatinya
Itulah yang namanya Manusia
Ya Allah bantulah kami mengingatimu
Dalam setiap helaan nafas dan degupan jantung..
Thursday, June 19, 2014
Al-Quran di Hati
Lusa 21 Jun 2014
Jam 9 Pagi (Waktu Mesir)
Jam 2 Petang (Waktu Malaysia)
Imtihan Syafawi (Lisan)
Madah al-Quran
Syariah Islamiah
Tahun 2
Universiti Al-Azhar Kaherah
Ya Allah mudah2an apa yang dihafaz menjadi syafaat bagi kami.
Mudah2an betul tajwid bacaan kami
Mudah2an lembut lidah kami melantunkan ayat2 yang kami hafaz ini dalam setiap solat kami.
Jauhkan kami tergolong dan berperangai seperti Bani Israel yang diceritakan
Jadikan kami orang yang memohon pertolongan dariMu dengan sabar dan solat
Dua juzu' 40 Muka surat
Payah hendak dijaga
Apatah lagi yg hafiz 30 Juzu'
Madah Al-Quran adalah madah syafaat di Al-Azhar.
Jika mumtaz madah ini,maka mudahlah madah lain turut mumtaz.
Dan ada kisah sahabat dirafa'kan (dinaikkan) markah kat subjek lain disebabkan al-Qurannya mumtaz.
Allah
Mohon tembakan doa buat diri yg serba lemah ini..
Dan juga khas buat sahabat2 tahun 2 Syariah.
Orang lain dah habis exam..kami masih setia ada dua madah lagi.Syukur..Alhmdulillah
:)
Sunday, June 15, 2014
Silent Is Better
Ada sesetengah keadaan..
Berterus terang lebih baik
Namun ada sesetengah keadaan
Berdiam itu lebih baik
Ia lebih menjaga
Menjamin hati
Dari prasangka
Syak Wasangka
Dan segala macam hal
Semoga Allah meredhai
Semoga aku berjaya dalam Ramadhan Kali ini
Via:Tangan kitab...fikiran menerawang.Update blog..Imtihan belum habis.Kerja banyak..masa singkat.Cakap x perlu banyak..namun perlu tindakan
Hayyu Asyir



