Pages

Tuesday, March 11, 2014

Life is a test:Falnabda' Bianfusina


Ujian
Tanda ALLAH kasih pada  hambaNYA
Bukan sengaja DIA membuatmu menderita
Namun DIA merindukan syahdunya luahan hatimu
Tulusnya doamu
Ikhlasnya linangan air matamu

Ujian
Tidak mampu bergerak tangkas
Disekat Bebas
Tertangguh beban tugas
Saat kau merindu dahi mencecah ke sejadah,
 DIA memberimu rukhsah
Saat kau merindu hadiri liqo’ dan usrah seperti orang biasa,
DIA memberimu istimewa
Saat kau merindu ke kelas ilmiah,DIA memberimu ibrah dan hikmah
Saat kau merindu menghirup nyamannya udara luar,
DIA memberimu kasih ziarah dan doa manusia
Saat kau merindu dirimu yang biasanya bergerak pantas,
DIA memberi ketenangan bersunyian
Saat kau tidak bisa berwudhu’ melainkan tayammum pelengkapnya,
DIA memberimu ruang ilmu untuk praktikal

Bukan DIA sengaja merencana itu semua
Kerana DIA ingin meninggikan darjatmu
Kerana DIA ingin memupuk kesabaranmu
Kerana DIA ingin menilai ketaqwaanmu

Berbahagialah mereka yang diuji
Dan bersabar dengan ujian itu

ITQAN,Cairo


110314
2106

------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah ala kulli hal

Segala pujian-pujian dirafa’kan buat ALLAH penyelia seluruh alam,selawat serta salam buat junjungan mulia Rasullullah SAW ,keluarga baginda,seluruh para sahabat,tabi’in,tabi’ut tabi’in dan orang-orang yang saleh lagi muslih serta sidang pembaca yang saya kasihi kerana ALLAH.

Penulis di sini ingin mengajak kita semua untuk sentiasa mensyukuri nikmatNYA yang tidak terhingga.Nikmat yang tidak mampu dibilang dengan apa jua pembilang yang ada di atas muka bumi ini dek kerana terlalu banyaknya.Tiada rasa duka apabila ditarik salah satu nikmatnya kerana sebenarnya DIA telah memberi segalanya.

Semoga kita digolongkan dalam kalangan hamba-hambaNYA yang bersyukur.

Entri kali ini adalah mengenai sedikit khulasah yang saya ingin kongsikan mengenai bab pertama di dalam kitab “Falnabda’ Bianfusina” (Maka mulakanlah dengan diri kita).

Sebuah karya agung penulisan Dr Majdi al-Hilali.Terkandung di dalamnya 6 fasal yang dibahagikan dengan cermat.Sejujurnya apabila kita membaca kitab ini,ibarat satu tembakan tepat mengenai kepala.Kitab haraki yang bagi saya tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat (sederhana) dari segi gaya bahasa dan secara umumnya sesuai kepada semua sasaran pembaca.

Bab pertama menceritakan tentang syarat kemenangan.

Firman ALLAH swt di dalam surah Muhammad ayat ke 7

إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم

“Wahai orang-orang yang beriman,Jika kamu menolong (agama) ALLAH ,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Dr Majdi al-Hilali menjadikan ayat ini sebagai kayu ukur syarat kemenangan yang telah ALLAH sebutkan di dalam al-Quran dengan uslub yang sangat cantik iaitu adat syarat pada perkataan إن yang membawa maksud sekiranya.

Mudah saja formulanya 

Kita bantu agama ALLAH = ALLAH bantu kita semula.

Di dalam bab pertama ini 3 aspek penting yang ditekankan sebagai syarat untuk umat Islam menang dalam meniti arus globalisasi iaitu:

1)HATI
2)NAFSU
3)HAWA

Saat saya membaca kitab ini,terpegun sebentar bagaimana seorang tokoh gerakan ini meletakkan penyucian hati dan jiwa sebagai syarat untuk menang.Bukan kekuatan fizikal,senjata mahupun ekonomi nombor satu tetapi kekuatan ruhaniah.Inilah tokoh sufi haraki



HATI

Firman ALLAH swt di dalam surah ar-Ra’d ayat 28

ألا بذكر الله تطمئن القلوب

“Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang”

Banyak lagi ayat al-Quran berkisar tentang hati yang disebut di dalam kitab ini namun yang akan saya senaraikan hanya beberapa sahaja

Surah az-Zumar ayat 45
Surah al-Hadid ayat 27
Surah ali-Imran ayat 156
Surah at-Taubah ayat 15
Surah al-Hajj ayat 35
Surah al-Ahzab ayat 26

Hadis yang kita semua maklum mengenai hati yang diriwayatkan oleh Muttafaq ‘alaih daripada hadis Nu’man bin Basyar sabda Rasulullah SAW:

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ألا وهي القلب….

“Ketahuilah di dalam jasad manusia ini ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan iaitulah HATI”

Hati yang tidak membenci seseorang melainkan kerana ALLAH telah membencinya
Hati yang tidak sedih melainkan kerana ia jauh dari ALLAH
Hati yang tidak mengharap selain kepada ALLAH
Hati yang tidak takut selain kepada ALLAH
Hati yang tidak khusyu’ melainkan untuk ALLAH
Hati yang bertawakkal hanya kepada ALLAH

Sesempurna manusia dari segi ubudiahnya adalah apabila  seluruh perasaan dan jiwanya kulluha lillah (semua untuk ALLAH)

Subhanallah,cantik susunan bahasa Dr Majdi ini.

Hati yang buta akan menatijahkan kemaksiatan berterusan..Wana’uzubillah min dzalik

2)NAFSU

Allah telah menciptakan nafsu dalam diri setiap manusia namun untuk apakah ia diciptakan??Untuk menguji sejauh mana bukti kebenaran ubudiah kita kepada rabbul izzati.

Nafsu ‘ammarah bissu’ akan cenderung kepada kejahatan,ia tidak suka masyaqqah (benda yang susah) dan ia amat benci kepada taklif (satu tanggungjawab)

Contoh sikap yang lahir dari nafsu ini ialah

-Zalim
-Jahil
-Kedekut/bakhil

Dalam sebuah hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad dari Jabir Bin Abdillah,bahawa Rasulullah mengingatkan kita supaya berhati-hati terhadap kezaliman kerana kezaliman adalah salah satu kegelapan pada hari kiamat,dan takutlah kita semua akan penyakit bakhil kerana ianya telah memusnahkan manusia sebelum zaman ini,kerana sifat itu juga mereka saling menumpahkan darah dan menghalalkan apa yang haram.

3)HAWA

Pernah terfikir atau tidak,apakah beza hawa dan nafsu.?Itulah juga apa yang terlintas dalam fikiran saya.Hawa dan nafsu sebenarnya hampir sama.Hawa akan mendorong nafsu ke mana nafsu itu akan pergi

Ok.Mungkin sukar difahami.Contoh:

Hawa memujuk nafsu agar bermalasan.Maka natijah nafsu yang lahir darinya adalah malas

*Hawa berbentuk hissiah (tersurat)
-Suka makan dan minum
-Suka kerehatan dan syahwat
-Suka mengumpul harta

*Hawa berbentuk maknawi (tersirat)
-Suka kan kedudukan dan pangkat
-Suka apabila manusia melihat kelebihannya
-Tidak suka apabila manusia melihat keburukannya

 Bilangan perkataan sudah menunjukkan 824 perkataan,dan saya juga sudah semakin perlahan menaip.Namun ada perkara lagi yang ingin disampaikan oleh Dr Majdi al-Hilali yang akan saya kongsikan di dalam entri seterusnya.InsyaALLAH mudah-mudahan


Terima kasih lah kepada siapa yang membaca sehingga penghujungnya(kalau ada)..hehe mungkin hanya seorang dua kerana panjang sangat entri kali ini.. dan kerana saya juga mengambil masa yang lama untuk menaip entri ini.Maafkan kedhaifan diri ini dalam menyampaikan.Semoga kita mendapat manfaat dari kitab ini.Hanyalah khulasah ringkas dari diri yg serba kekurangan.Semoga kita diberi kekuatan untuk beramal dengannya.

Doakan diri ini,insyaALLAH menghitung hari untuk membuka balutan simen di kaki yang diusung ke sana kemari dengan tongkat yang setia menanti.Tidak sabar untuk aktif semula.ALLAH..terima kasih untuk pengalaman berharga ini.Dalam sedar tidak sedar  sudah 8 hari disimen dan tidak keluar rumah.Berbondong-bondong orang menziarahi,macam-macam jenis buah-buahan  diberikan.Segan pun ada.

Kata ahli bet “Orang sakit ni murah rezeki..”Alhamdulillah.Terima kasih kepada semua yang mendoakan,yang membantu memudahkan urusan,yang membantu saya mengambil wudhu’ dan mengutip debu tayammum (bersih dah balkoni rumah..hehe),yang mengambil giliran memasak.

Bila semua orang x ada di rumah,misi bersiar-siar dengan tongkat..turun dur bawah,naik dur atas,membasuh baju,menyeterika (walaupun dilarang),kerana hakikatnya siapalah yang boleh tahan terperap dalam bilik menghadap laptop selang seli buka buku.Sebab itulah digelar degil..hehe ok kerana saya tahu tiada yang membaca sampai habis..Jadi saya sudah mula menulis yang bukan2 di hujung entri ini.ala kulli hal..puas dapat menulis.

J

Sehingga bertemu lagi..insyaALLAH

Jazakumullah khair jaza’

-ITQAN-
Read more...

Friday, February 28, 2014

Kasih Ibu Membawa ke Syurga


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”. (Q.S Al Israa’, 17:23)

Selaut kesyukuran aku panjatkan hanya padaNYA
Dengan rahmat dan inayahNYA
Dididik dalam sebuah keluarga yang sederhana
Penuh bahagia..

Bahtera yang dikemudi seorang ayah
Dibantu oleh emak
Kasih mereka tidak pernah lekang
Dalam ketegasan ada kelembutan

Esok 1 Mac,genaplah usia emak yang menginjak 55 tahun.
Cinta yang tidak pernah belah bahagi..sepenuhnya untuknya,untuknya,untuknya kemudian untuk ayahku.

Sebelum aku mengenal dunia dengan lebih jauh,sentuhan mereka yang ku terima.Emak yang mengajarkanku alif ba dan ta sehingga aku pandai membaca mushaf al-Quran.Yang mendukung dan menyokongku dari depan,belakang,kiri dan kanan.Wanita yang aku cintai selama hidupku..

Emak anak ke 7 dari 8 orang adikberadik,berasal dari Kedah.Bernikah dengan ayah pada usia 24 tahun dan terus menetap di Selangor sehingga ke hari ini.Seawal usia 7 tahun emak sudah kehilangan seorang ayah (tok wan).Kuatnya emak..semoga kekuatan itu turut mengalir dalam darahku.

Pengorbananmu terlalu besar dan banyak
Mengandungkan aku,membawa ku ke hulu hilir selama 9 bulan
Bersalinkan aku sehingga terkoyak jasadmu,putus urat2 kecilmu
Menjaga sakit demamku
Menjaga makan minum pakaiku
Memberi didikan agama padaku

Jika disenaraikan tugasmu,tidak akan ku mampu

Syukur..dan hanya mampu bersyukur pada ALLAH atas anugerah yang tidak terhingga ini.Akulah anak bongsu yang teramat nakal,suka mencari pasal dengan kakak no dua.Sabarnya lah emak.Namun usia ku kini berganjak remaja dan akan menjadi dewasa.Andai diberi peluang saat ini,ingin ku terbang sebentar menyalami tangannya,mendakap erat tubuhnya,mencium dahi dan pipinya.Namun keterbatasan jarak dan waktu.

30 minit berskype dari jauh ku tatap puas wajah suci itu.

"Mak nak hadiah apa?"

"X nak apa-apa pun.Cukuplah jadi anak solehah dan berjaya itu dah hadiah besar bagi mak"

Buatmu emakku Norizan Binti Shafie..semoga ALLAH memberi kebahagiaan padamu di dunia dan akhirat.Semoga kita berpimpinan tangan menuju syurgaNya yang abadi. :)Sanah Helwah With lots of love fillah

-ITQAN,CAIRO-




Dalil-dalil mengenai kewajipan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Q.S Al Israa’, 17:24

“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Q.S Al ‘Ankabuut, 29:8)

“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Q.S Luqman, 31:15)

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Q.S Ibrahim, 14:41)


“…”Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Q.S Al Israa’, 17:24)
Read more...

Monday, February 24, 2014

Secebis ingatan

Apabila membelek entry2 lama..tersenyum sendirian
Betapa tidak matangnya diri ini dalam menukil ayat dan kata
Semuanya kebudakan
Mana tidaknya,selepas form 5 tertubuhnya blog ini
Shortform sana sini..smiley sana sini

Alhamdulillah..meniti usia.22 tahun aku bersyukur
Penulisan perlu matang ^^

Selamat beramal

Read more...

Sunday, February 23, 2014

DZU ANATIN (Yang Mempunyai Kesabaran)

Cerpen ni sudah lama disiapkan.Hajat asal nak dihantar semasa pengumpulan karya kreatif program Itqan.Alih2 berkepuk dalam my documents.Kisah benar dengan sedikit olahan.Idea muncul hasil bacaan kitab falnabda' bianfusina pada fasal ke 2 generasi yang menang.Agak panjang..maka bersabarlah dalam pembacaan.

Itqan,Cairo
0024


---------------------------------------------------------------------------------------
Kedinginan musim sejuk di perlembahan Nil ini terasa mencucuk sehingga ke tulang belulang,namun digagahkan juga dirinya untuk bangun di sepertiga malam.Baginya,melayani tilam empuk di kamarnya ibarat membiarkan masanya terbuang begitu sahaja sedangkan ramai saudara-saudara seakidahnya di luar merintih memerlukan doa darinya.

Jarum jam pantas berdetik menunjukkan waktu yang baru sahaja melintasi 3 pagi.Suhu Kaherah pada ketika itu adalah 10 darjah selsius.Dia bingkas bangun menuju ke bilik air,lantas berwudhu’.Terasa aura segar memberikan cas-cas positif di segenap urat sarafnya.

Usai tahajjud,dicapainya senaskhah al-Qur’an.Surah At-Taubah menjadi pilihan,dan kebiasaannya dia akan mentadabbur ayat-ayat cinta ALLAH buatnya  dengan kitab tafsir lain seperti At-Tobari dan Ibn Kathir.Itulah lumrah seorang penuntut di Jabatan Syariah.Kefahaman yang diingini adalah kefahaman yang sahih bukanlah kefahaman nafsu hatinya.

" انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمَوَالِكُمْ وَأَنْفُسَكُمْ فِي سَبِيْلِ الله ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُم إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat ,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”1

Bergetar hati apabila dia sampai di ayat ini.Suara nya semakin perlahan seolah tertahan,sebak.
Terngiang-ngiang di telinganya ketika menghadiri halaqah mingguan bersama naqibahnya Dukturah Asmaa’ seorang pensyarah di Universiti Kaherah.Ayat itu jugalah yang dibacanya sewaktu halaqah.

“Muslimah tidak terkecuali dalam hal ini.Perjuangan yang kita bawa bukan untuk golongan muslimin sahaja.Tidakkah ayatNYA jelas mengatakan

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." 2 

8 pasang mata tertumpu pada Dukturah Asmaa’.Zikir terkumat-kamit membasahi lidah sambil mendengar mutiara kata naqibah.Mereka kesemuanya berusia dalam lingkungan 20-an,hafizah al-Qur’an.Maka tidak ada masalah dalam memori mereka untuk mengingati dimanakah kedudukan ayat tersebut di dalam al-Qur’an.

Masing-masing terdidik di dalam sebuah keluarga yang sederhana.Mereka mencintai ALLAH dan sesama mereka,dan sudah pasti ALLAH juga mencintai mereka.

“Tapi kita harus lakukan bagaimana?Apakah bukti kita bersama mereka?Aku mahu menyertai mereka”tanya Sarah.Sinar wajahnya nampak serius,bebola matanya bercahaya.

Dukturah Asmaa tersenyum,terbit kagum pada pemudi luhur ini.Susah benar mencari jiwa-jiwa muda seperti mereka.Sufiah dan harakiah,bukan itu sahaja malah cemerlang sahsiah dan akademik.Menjadi qudwah teman-teman di Jami’ah.Bukanlah semua ini syarat untuk bersama perjuangan,tapi telahannya mungkin kerana mereka berada dalam perjuangan ini lalu mereka diberi hadiah oleh ALLAH.Itulah manisnya berjemaah.Kelebihan dikongsi,kekurangan ditampung bersama.

“Kamu tetap lah di jalan ini.Pertingkatkan keimanan dalam diri,kuatkan hati,kebalkan jiwa kerana kamu pasti akan diuji.Hentaman dari depan,belakang,kiri dan kanan,malah boleh jadi atas dan bawah sehingga kamu merasakan dimanakah pertolongan ALLAH.Ketika itu kamu sebenarnya di jalan yang benar.”Dukturah Asmaa menyambung bicaranya.

Kader-kader dakwah adalah aset berharga ummah.

Lamunan Sarah terhenti namun Dukturah Asma’ tetap dalam ingatan.Dia meneruskan bacaan pada ayat yang seterusnya.

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيْبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّة*وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُوْنَ*"
“Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh nescaya mereka mengikutimu,tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka.Mereka akan bersumpah dengan (nama) ALLAH,”Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersama-samamu.”Mereka membinasakan diri sendiri dan ALLAH mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.”3

Kali ini air mata yang bertakung di kelopak matanya gagal dibendung,akhirnya menitis laju di pipi mulusnya.Laju dan semakin laju,dadanya berombak,menahan hiba.Maksud ayat yang dibacakan tadi benar-benar menikam dadanya.Sekali lagi senyuman Dukturah Asmaa’ hadir dalam ingatan.


“Kenapa ALLAH memilihmu?Kenapa bukan aku?”isak kecilnya sambil mendakap al-Qur’an kecil berwarna biru muda.Akhirnya dia terlena di birai katil sehingga azan Subuh dari arah Masjid Ar-Rahman berkumandang.

“Anakku,bangun nak.Azan sudah berkumandang”terasa hangat tangan ibunya memegang bahu.

“Kamu menangis??”tanya ibunya Najlaa setelah melihat kesan sembap pada bawah matanya.

“Tidak ummi”disembunyikan di dalam hati,senyuman paling manis dihadiahkan buat ibunya yang tercinta.

“Ayuh segera,kamu kan imtihan pagi ini?”ibunya menyeru sambil memegang tangan puterinya itu.

“Tidak ummi.Aku tidak akan imtihan.Aku tidak sanggup imtihan dalam keadaan negara ini masih begini.Aku nekad bersama teman-temanku.”Tegasnya dalam kelembutan.

Ibunya Najlaa menarik nafas dalam.”Semoga ALLAH merahmatimu dan teman-temanmu anakku”doanya sambil mengusap kepala Sarah.

Dia bingkas bangun melaksanakan solat fardu Subuh secara berjemaah dengan seluruh adik beradiknya dan ibunya,kecuali ayahnya Muhammad dan abangnya Umar yang memang akan berjemaah solat fardu lima waktu di Masjid.

----------------------------------------------------------------------------

Sarah Binti Muhammad seorang gadis berdarah Mesir jurusan Syariah Islamiah Tahun 2,Universiti al-Azhar Kaherah seawal usia 20 tahun.

Beep Beep..

Satu mesej pesanan ringkas masuk di ruang inbox nokia c3 miliknya.

Tertera nama sahabat baiknya Alaa’

-Sahabatku,hari ini kita akan membuktikan pada dunia.Kezaliman tidak akan berkuasa.-

Mesej itu membuatkan dia semakin berkobar.Sarah mempercepatkan langkahnya.Niqob arab labuh berwarna hitam dengan abaya panjang tidak sekalipun membatasi langkahnya.Sambil memacu langkah pantas,mulutnya tidak sunyi dari membaca surah Taha.Hari ini dia nekad,langkahnya ke Universiti al-Azhar kampus banat.

Satu nombor didail..sahabat sekuliah yang biasa dijadikan teman studinya.

Assalamualaik

’Alaikissalam ya habibaty.Amla eh?4”balas satu suara di hujung talian.Teman rapatnya di dalam kuliah,seorang pelajar asia.

Alhamdulillah ,kuwaiyyisah5.Awak dimana?”Tanya Sarah

“Saya sudah berada di dalam mabna adim..awraq imtihan gayya6

Leyh7??Awak menduduki imtihan??”Tanya Sarah penuh rasa ingin tahu.

Lazim ‘alayya.Maalisy ya habibaty8.Ini bukan kehendakku jua,dan aku juga tidak mampu bersama kalian.Namun doaku sentiasa untuk kalian..maafkan aku”diulangnya perkataan maaf sebanyak 3 kali menunjukkan rasa serba salah.

Keluhan kecil terdengar di bibir Sarah.Tidak tahu ingin menggambarkan sebagai apa lagi.Namun tidak boleh juga sahabatnya itu dipersalahkan kerana Mesir bukanlah negara tumpah darahnya.Talian ditutup dengan satu kesalan di jiwa.

Sarah sudah menghampiri pintu utama Universiti terulung itu.Terlihat kelibat dua orang abla9 dan seorang ammu10 yang sedang berkawal.

Yallah,hati kerneh ya gama’ah!!11”laung seorang abla

Pantas dia memeriksa beg sandangnya,Alhamdulillah dia membawa kerneh.Syarat untuk memasuki ke pintu utama bangunan sudah menjadi sangat ketat.Ini semua isu nya.

Dia pantas menyusup dalam kalangan beberapa pelajar lain untuk segera mendapatkan sekumpulan teman-teman medan Rabaah yang sudah bersiap siaga di perbatasan kuliah.Hatinya sedikit terobek dengan sikap sebahagian pelajar Mesir yang masih beriya-iya menduduki imtihan sedangkan ramai lagi sahabat mereka ditahan di dalam lokap,sementara lebih ramai lagi menjadi korban di medan.

Apakah yang mereka faham erti kebenaran dan keadilan andai sekeping kertas yang bernama sijil juga yang dipertaruhkan demi dunia yang fana.Baginya,segalanya sanggup  digadaikan selagi mana kebenaran masih belum tertegak.

Perjalanan ini panjang dan sempit,andai ia singkat dan luas,pasti ramai yang menyertai.

Perarakan kecil-kecilan bermula.Segalanya terkawal sehinggalah keadaan bertukar kekecohan apabila pihak lain mula muncul.Namun semangat mereka tidak luntur bahkan semakin ramai,dan perarakan menjadi besar. 

Apabila pihak tersebut menyerang, mereka berundur sedikit,namun hanya lima minit,mereka kembali meneguhkan kedudukan saff demi saff.Sarah tidak terkecuali menjadi leader sorakan sebagai penguat sahabat-sahabatnya.

“Imtihan bidami ikhwanik??”12

Batu-batuan menjadi peluru,namun apakan ada yang lebih gagah bersenjata.Secara zahirnya nampak bergaya tetapi hakikatnya mereka lebih pengecut,kerana lawan mereka adalah perempuan.

Sarah yang tegar mengetuai barisan hadapan demonstrasi direntap sekuat hati oleh seorang pemuda berpakaian lengkap dengan senjatanya.Mungkin baginya pengaruh Sarah ini sungguh membahayakan.Tangannya digenggam kuat sekali.

“Istamirrna akhawati!!13”Jerit Sarah tanpa gusar.

Sahabat-sahabatnya yang lain terus membaling batu kearah pemuda tersebut untuk mempertahankan Sarah,namun lebih ramai pemuda yang mengerumuninya.Niqabnya ditarik sekuat hati,dan dia diheret dengan kasar ke trak polis.

--------------------------------------------
Mata Sarah perlahan-lahan dibuka.

“Apakah semua ini??Cantiknya mereka ini??”bisik hati kecilnya.Semua berwarna putih.

Di satu sudut kelihatan sekumpulan muslimah berjubah putih dengan wajah yang bercahaya.Dia seolah-olah mengenali salah seorang dari mereka.

“Dukturah Asma’!?”dia memanggil.

Wajah putih berseri itu memandang dengan satu senyuman.Dia menghampiri Sarah

“Mahu sertai kami?” insan yang mirip seakan dukturah Asma’ memulakan bicara.Tangannya dihulurkan,indah wajah itu.

Sarah terkedu.Seinci pun daripada jasadnya tidak mampu digerakkan.Hatinya meronta ingin menyambut tangan yang dihulurkan itu namun dia tidak mampu mengangkat tangannya.Matanya mula berair.

“Apa yang dukturah lakukan di sini?”tanyanya lagi

“Kami sedang berehat.Setelah berpenat dahulu”tenang wajah itu menjawab.

“Siapakah mereka yang lain itu?”tanya Sarah sambil matanya melirik kepada sekumpulan lagi muslimah berjubah putih.

“Mereka itu adalah yang syahid bersamaku di medan Rabaah.Jika mahu sertai kami maka beramallah hari ini,kerana mungkin esok kamu tidak akan berupaya lagi..”

Belum sempat Sarah bertanya lebih lanjut,keadaan menjadi gelap.Sarah tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi padanya.

“Sarah..”satu suara dari jauh kedengaran

“Alhamdulillah dia bangun..”satu suara lagi menyahut

Matanya kini benar-benar dibuka,terasa berat.Dia dalam keadaan terbaring di atas katil.

“Ini hospital..”detik hatinya.Dia memandang sekeliling,terdapat ibu dan ayahnya disisi.

“Ummi,Abi..apa yang berlaku ke atas diriku?”Tanya Sarah.Dia langsung tidak mengingati kejadian yang berlaku ke atas dirinya setelah diseret ke dalam trak polis.

“Kamu koma 3 bulan.Teruk mereka kerjakan kamu.Syukurlah kamu masih bernafas.”Umminya memegang erat tangannya.

“Sarah bertenang ya,kamu sudah tidak boleh berjalan.”Doktor yang merawatinya memberitahu.

“Alhamdulillah..”Sarah lantunkan perkataan itu.Tidak ada air mata yang mengalir keluar.Ya dia harus tidak bersedih kerana dia telah pulangkan sebahagian anggotanya kepada ALLAH.Sekurangnya ringan sedikit beban untuk menanggung amalan anggota tersebut yang akan ditanya di akhirat kelak.

Selang beberapa minit,masuk lima orang sahabatnya yang lain.Dalam kalangan mereka adalah sahabat sehalaqahnya.Mata mereka merah seolah baru sahaja melepaskan tangis.Mereka memeluk Sarah

“Kamu ok??”Tanya Mariam

“Alhamdulillah…”Jawabnya sepatah..

“Saya berjumpa dukturah Asma”bisik Sarah di telinga Mariam

“Subhanallah!!Beruntungnya kamu..”Mariam membalas

“Dukturah Asmaa’ berpesan,beramallah hari ini,kerana mungkin esok kita tidak akan ada upaya lagi.Lihatlah pada diriku.Aku berjanji walau sehingga nyawaku dikorbankan,aku tetap akan berada di jalan ini.

Semoga ALLAH thabatkan kita”Sarah menguatkan sedikit suaranya walaupun dalam keadaan sakit,agar sahabat-sahabatnya yang lain turut mendengar.

Masing-masing bermuhasabah kembali diri mereka

Alfatihah buat seluruh syuhada’ medan Rabaah

-Tamat-
ITQAN,Cairo

Nota kaki

1.Surah at-Taubah ayat 41
2.Surah at-Taubah ayat 71
3.Surah at-Taubah ayat 42
4Apa khabar?
5Baik
6Bangunan lama,kertas imtihan hampir diedarkan
7Kenapa?
8Aku mesti menduduki imtihan,minta maaf wahai Sahabatku
9Puan
10Pakcik
11Ayuh,tunjukkan kad pelajar!
12Peperiksaan dengan darah saudaramu??
13Teruskan wahai sahabat-sahabatku!!

Read more...

Sunday, February 16, 2014

Power Of Thiqah

Bismillahi walhamdulillah

Ruang yang hanya sedikit terluang ini digunakan sebaiknya untuk mencoretkan sesuatu di laman yang sudah sebulan tidak dijengah.Bumi Nil bakal menyaksikan perubahan musim sejuk kepada musim bunga,makin ramai sahabat2 ku yang diuji ALLAH dengan kesakitan.

Kadang kala sehingga terduduk menangis akibat sakit yang memberi kesan pada gerak kerja amal islami,sungguh aku benar-benar kagum dengan kekuatan mereka.Kuatlah dan janganlah menyerah,kerana yakini ada sahabat2 yang akan mendokongi dari kiri,kanan,depan dan belakang.Faidza maridhtu fahua (ALLAH) yasyfin.Doa yang dirahsiakan daripada sahabat2 adalah doa yang tiada hijab antara makhluk dan khaliq.Untaian nama mereka dalam doa pasti akan didengarNYA.


Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-38 BKASM telah berjalan dengan baik semalam walaupun mengalami sedikit masalah teknikal pada sesi pagi.Terharu dengan pengorbanan adhoc pelaksana yang banyak membantu melicinkan majlis.Kalam2 penasihat,adik beradik AJKT & pemantau sangat menyuntik semangat diri.Niat mesti ikhlas,terjemahannya adalah pada amal gerak kerja yang dipersembahkan.

 Kepimpinan yang baru naik hampir semua berwajah baru kecuali beberapa orang bagi meneruskan legasi sebelum ini.Bagaimana kita meletakkan thiqah (kepercayaan) kepada mereka??
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THIQAH IAITU PERCAYA

Imam asy-Syahid Hassan al-Banna ada menyebutkan di dalam kitab Risalah Ta'lim :

AL-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:
“YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN THIQAH IALAH IALAH KEYAKINAN SEORANG JUNDI (PENDAKWAH) TERHADAP QIADAH (PEMIMPIN) PADA KEMAMPUAN DAN KEIKHLASANNYA, DENGAN KEYAKINAN YANG MENDALAM SEHINGGA AKAN MELAHIRKAN PERASAAN KASIH, PENGHARGAAN, PENGHORMATAN DAN KETAATAN.
Di dalam rukun bai'ah, thiqah berada di tangga ke sepuluh,mana mungkin kita sampai di tangga kesepuluh jika tidak melalui tangga yang pertama iaitu al-Fahmu.Sejujurnya pemahaman yang ada pada diri seorang muslim perlu diupgrade dari masa ke semasa. 

Pembacaan sahaja tidak akan mencukupi melainkan kita sendiri terjun lalu melibatkan diri bersama-sama gerakan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita mengenai thiqah,pengalaman peribadi diri yang serba dhaif ini bagaimana apabila kakak ana sendiri meletakkan kepercayaan yang tinggi sedangkan dia tahu adiknya ini pernah melakukan kesilapan dalam perkara tersebut.

Selepas habis STAM dapat lesen kereta walaupun gagal pada ujian memandu kali pertama (kira ok la kan).Punyalah gembira nak bawa kereta,semua kereta di rumah manual belaka.Nak x nak memang kena praktik yang mana ada.Bawalah seorang teman ke perpustakaan Daerah Gombak menaiki saga lama (secondhand) yang memang mak ayah beli dari jiran untuk  kami  senang bergerak kalau nak ke program sendiri.Jarak dari rumah ke tempat tersebut lebih kurang 15 minit,memang kena lalu jalan utama.

Gambar kereta terbabit saga kelabu

Hari pertama bawa kereta dua musibah menimpa:

1)Disaman pihak penguasa sebab parking kereta di tempat yang tidak dibenarkan,sehelai kertas denda bertulis rm100 diselitkan di wiper hadapan cermin.Istighfar panjang.

2)On the way pulang ke rumah,sambil dalam hati macam mana nak cakap dengan mak ayah dah kena saman ni,terlanggar pula kereta BMW uncle cina.Almaklumla BMW lawan saga memang saga yang kemek.Memang cari nahas,mujurla uncle tu x sampai hati.Allah jua membantu saat itu.

First time buat salah,pucat lesilah muka.Bagaimana nak hadap mak dan ayah ni.Sejak kes haritu dan sampai ke hari ini tiada keberanian membawa kereta.Mak ayah pun x galakkan.

4 tahun berlalu,pulanglah anak-anak Selangor hasil evakuasi ke Malaysia.
Satu malam,seusai program Bakal Mahasiswa Kota Seribu Menara di Bukit Jelutong Shah Alam,kakak ana offer.Lebih kurang macam ini lah perbualannya

"Nak try bawa kereta x?"tanya kakak

" X nak lah.Fobia.Dahla time malam,kereta manual pulak,lepastu pakai kereta ayah pulak tu.Jangan cari pasal"ana menolak keras.Teringat kes lama.Terperuk keberanian.

"Kalau macam tu,sampai bila2 xkan berani bawa."Diberinya kunci lalu dia masuk dan duduk di seat hadapan belah kiri.Adik beradik ajkt yang lain dah ambil tempat di seat belakang,destinasi pulang ke rumah kami di Selayang.Masing2 memberi sokongan lagi-lagi uda aisyah,acik hanis dan andak syakirah.

Lutut dah bergegar,bismillah memacu langkah.Kereta hyundai ayah membelah jalan di waktu malam dengan kadar 80-90 km/h (memang slow la kan).Hanya ALLAH saja yang tahu bila nampak lori dari cermin sisi.

"Bawa je pelan-pelan asalkan semua selamat sampai"pesan kakak di sebelah sambil rancak berborak dengan yang lain sedangkan ana tengah cuak-cuak.

Kuasa ALLAH dan juga kuasa kepercayaan mereka yang menyebabkan kami semua selamat sampai (tapi bukan sampai rumah,tapi kedai makan sekitar selayang sebab ada yang lapar).Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit menjadi sejam  kerana ketembelanku memandu.Alhamdulillah lega,sampai.Cuba bayangkan jika kepercayaan itu disiakan,lantas ana tersilap dalam pemanduan,nyawa boleh melayang.Kerana kuasa kepercayaan itu sangat tinggi.

Sehingga ke hari ini besar sungguh hikmah yang diperoleh.Keyakinan datang tanpa dipaksa.Thiqah!Ya perkataan simple membawa maksud besar.Apatah lagi dalam aspek kepimpinan,amat perlu kita meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pimpinan hasil syura.Baru atau lama bukan isu,bagaimana kita membantu mereka melunaskan gerak kerja dalam melayari bahtera jemaah ini.

Allahua'lam

Itqan,Cairo






Read more...