Pages

Monday, May 20, 2013

:: Ibki Ya Ukht - Menangislah ::


Saat kita dilahirkan..kita menangis..Orang disekeliling kita juga menangis keharuan
Saat kita pergi meninggalkan dunia..Orang sekeliling akan turut menangisi pemergian itu

"Kenapa saya x pernah lihat kamu menangis?Kamu x pernah ada masalah ke?"

Saya hanya tersenyum membalas soalan itu.Acapkali mendengar persoalan itu timbul di kalangan teman sebilik.Saya tidak pernah ada masalah kah?Maka jika begitu,saya bukan manusia yang normal

Hari ini..saya lihat.Hati-hati sebahagian mereka yang kecewa.Saya melihat hati-hati sebahagian mereka yang sedang sakit,meronta menangisi penderitaan.Masalah yang dirasakan mereka seolah menemui jalan buntu,

Saya simpati.

"Wahai sahabat,Nikmat sungguh menerima Ujian itu

Bukan begitu...bukan aku tidak menangis..
Tetapi alangkah nikmatnya tangisan itu kau luahkan padaNYA.
Hebat mana pun engkau di hadapan manusia
Sungguh kau seorang yang lemah di hadapan ALLAH 

Gagah mana pun engkau bekerja di siang hari bagaikan Raja Rimba
Engkau perlu tunduk akur menangisi dosamu di malam hari bagaikan seorang Abid"



Menangis tanda kita lemah kah??

Tidak wahai teman
Bahkan menangis di malam hari,dalam sujudmu yang panjang
Menjadikan engkau seorang yang kuat

Meski sesakit mana pun hatimu menerima Ujian
Senyum dan Bertahanlah

Kalau kita katakan diri sebagai seorang pejuang
Itulah habuan yang sesuai dengan gelaranmu itu :)

Bukankah kekasihmu dan aku..lebih sakit dan besar Ujiannya
Kerana sesuai dengan martabat kemuliaan baginda
Rasulullah s.a.w


Menangis tanda hatinya lembut..

Menangis tatkala berdoa,menunjukkan hatinya bersungguh-sungguh
Menangis tatkala membaca al-Qur'an tanda imannya subur
Menangis di dalam hati ketika solat tanda hatinya tunduk pada ALLAH

Bolehkah aku menangis mengadu pada manusia??

Saya pernah mendengar kisah ini ketika di sekolah menengah.Tapi tidak pasti akan kesahihannya.

Satu ketika seorang hamba ALLAH sakit perut yang teramat sangat,kemudian beliau berdoa kepada ALLAH.ALLAH mengilhamkan kepadanya untuk memakan sejenis buahan dari sebuah pokok sebagai penawar.Kemudian,setelah beliau makan,sakit perut itu pun hilang.

Kali kedua,hamba ALLAH itu sekali lagi mengalami sakit perut dan beliau terus menuju ke pokok itu untuk memakan buahnya.Beliau menyangka bahawa sakit itu akan hilang dengan memakan buah tersebut.Ternyata sangkaannya itu silap.Sakit perut itu tidak hilang bahkan semakin bertambah.Lalu hamba ALLAH itu berdoa kepada ALLAH..apa kah jawapan ALLAH padanya??

Dahulu ketika mula2 kau sakit,AKU lah tempat kau menuju,kemudian AKU ilhamkan untuk engkau mencari penawar.Kini,bila engkau sakit,engkau terus mencari penawar itu tanpa berdoa padaKU.

Wahai sahabat2.Ingatlah segala perkara
Kita kenyang bukan kerana makanan
Kita sembuh bukan kerana ubat ataupun doktor
Kita bangun tidur bukan kerana jam loceng ataupun alarm

Hakikat semuanya adalah dari ALLAH
Makhluk adalah wasilah sahaja.
Bersyukurlah pada NYA

Mengadulah kesakitan mu itu pada ALLAH,kemudian adukanlah pada teman baikmu untuk dirungkaikan segala masalah.Masihkah kau ingat ketika turunnya wahyu IQRA' kepada Rasulullah di gua hira'.Baginda ketakutan,baginda terus menuju kepada isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah.

Siapa sahaja yang engkau percayai dalam hidup
Luahkanlah
Jika kau punyai sahabat..luahkan pada sahabatmu
Jika kau punyai suami/isteri luahkan pada mereka
Jika kau masih punya ibu dan ayah..luahkan lah
Jika kau punya adik beradik..luahkanlah

:)


"Terjawabkah persoalanmu..wahai temanku?"
Aku bukan tidak pernah menangis..
Malah aku cukup takut sekali kalau aku gagal menangis 
Aku takut ALLAH gelapkan hati ini
Na'uzubillah min zalik

Aku tanpa ALLAH..hidupku pasti menderita
Sunyi hati..kelam jiwa
Bagai terpenjara

ALLAH..biarkan kini
Aku dalam rahmatMU
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan 

ITQAN ZAWWINI
CAIRO,EGYPT

Selamat menempuhi Imtihan
Selamat Melakukan amalan,ahlan2 ya Ramadhan 
Read more...

Tuesday, April 23, 2013

AMANAH-BUKAN MUDAH

Sentiasa ternanti ruang yang memberi sedikit helaan nafas untuk menulis.Sebelum ianya 'hilang' kerana mati akal dan tersorok dalam timbunan kerja.Akhirnya berjumpa juga dengan saat ini,satu masa yang sebelum ini sentiasa mengejari dan mencemburui. ^_^

Bismillahi walhamdulillah
23 April 2013

Di ambang PRU 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Malaysia,sudah pasti kita melihat suasana yang sedang mencorak perubahan.Bendera di sana sini,poster tertampal dengan lambang parti-parti yang bertanding dengan kempen calon masing-masing.


P097 Parlimen Selayang

William Leong (PKR)
Dato Subahan Kamal (BN)
Ust Mohd Hazizi Abd Rahman (BERJASA)

Itulah tempat tinggalku,dari kecil sehingga kini.Ya,walaupun jauh di Timur Tengah diri ini dicampakkan,namun sudah menjadi kewajipan bagiku untuk mengetahui apa yang berlaku di Tanahair tercinta khususnya di tempatku menetap.

Bukan soal Parti politik yang aku ingin bicarakan,tetapi soal tampuk pimpinan dan AMANAH yang mesti digalas selepas keputusan 5 Mei diumumkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

LARANGAN MEMINTA JAWATAN

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah:

"Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ini adalah prinsip seorang Da'i.Apabila dia meminta jawatan dengan tujuan ingin menjadi masyhur dan dipuji maka ingatlah Nusrah ALLAH sesekali tidak akan diperolehinya.Namun,jika jawatan tersebut di beri tanpa permintaan,dan seorang da'i tersebut menerima dengan tawadhu' dan merendah diri,maka ALLAH akan bersama perjuangan gerak kerja yang dilakukannya.

Teringat kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang diceritakan ketikamana aku menziarahi makam anaknya di Bahnasa baru-baru ini,beliau adalah Abu Dzar al-Ghiffari.Ulasan yang ringkas padat oleh musyrif yang membawa kami ke sana masih segar di ingatan.
Dalam sejarah Islam Abu Dzar Al-Ghifari dikenali sebagai sahabat yang paling bersikap terbuka dan berterus terang. Beliau sangat tegas dalam menyatakan kebenaran, tanpa ragu-ragu kepada sesiapa saja  tanpa mengira mereka adalah kawan atau sebaliknya. Jiwanya suci, bersih dan kehidupannya amat mudah.

Abu Dzar tidak suka kepada kehidupan yang bermewah-mewah. Semasa pemerintahan Khalifah Othman,  masyarakat Islam mula suka mengumpul harta dan menjalani kehidupan yang mewah dan bermegah-megah. Keadaan ini sangat meresahkan Abu Dzar kerana ianya bertentangan dengan prinsip kehidupannya yang sangat sederhana. Ini menyebabkan beliau banyak mengkritik cara pemerintahan Khalifah Othman, dan seterusnya mewujudkan suasana tegang antara beliau dan pemerintah. Akhirnya beliau diminta oleh Khalifah Othman untuk tinggal di kawasan terpencil bernama Rubza di luar kota Madinah bagi mengelak gangguan berterusan daripadanya.

Pernah suatu ketika Abu Dzar meminta jawatan dalam kerajaan daripada Rasulullah SAW, tetapi telah ditolak. Mengapa?

Ini jawapan Rasulullah SAW:

“Aku lihat kamu  adalah seorang yang lemah (tidak berupaya) melaksanakan tugas dengan baik, aku menyayangimu seperti aku sayangi diriku sendiri.” 
(Riwayat Abu Daud)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

Ya Abu Zar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.” 
(Riwayat Muslim)

Namun sikap Abu Dzar al-Ghiffari ini patut dipuji,beliau sebenarnya menawarkan dirinya untuk membantu perjuangan Islam.Tetapi sungguh Rasulullah s.a.w lebih mengenali peribadi beliau.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SETIAP KAMU SEBENARNYA ADALAH SEORANG PEMIMPIN

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Letakkan satu mentaliti dalam diri,AKU SEORANG PIMPINAN!

Maka kita pasti akan berwaspada terhadap apa yang dipimpin.

Firman ALLAH bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58).

Setiap hari berdoalah agar dikurniakan Negara 'baldatun toyyibatun warobbun ghafur'.

Jauhi khianat kerana itu sikap orang Munafiq.Maka seruan saya kepada semua pembaca,marilah kita mendoakan kesejahteraan Tanahair tercinta Malaysia daripada kuasa kepimpinan yang zalim dan tidak amanah.

Setiap daripada kita pasti merindui melihat sinar Islam tertegak kembali,dan yang paling penting pelaksanaan syariah Islamiah kembali diutamakan.Panahan doa seluruh mahasiswa/wi Malaysia dari bumi Musa a.s :)



Allahu musta'an

Itqan Zawwini
Cairo,Egypt

Read more...

Tuesday, March 19, 2013

~Bimbang Tergelincir..

 
 
Teringat kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 
"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga  kita semua dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah. . al-Imam al-A'dzam ini...
 
insyaAllah..
 
 
Read more...

Friday, March 8, 2013

Ibrah Musafir Pembinaan Mufakkir

Setiap kali laman sesawang 'blogger' yang aku buka.
Aku memang mewajibkan diri untuk singgah ke satu blog ini
Silent reader kepada blognya..
Dia 'seorang teman yang aku kagumi'

Membaca setiap monolog kalamnya tanpa penuh jemu.
Dan meletakkan harapan agar totalitas kefahaman dapat diperolehi olehnya^^  allahumma amin

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 hari lepas,menyempatkan diri untuk bersama teman seperjuangan meredah 3 muhafazah (negeri) yang berbeza di Kaherah bersama pegawai HEP Selangor yang baru.Nikmat sakit yang diuji pada awalnya membuatkan ku menolak untuk pergi,tetapi semua itu hanya alasan.Ternyata permusafiran itu membuatkan aku sihat dan antibodi yang semakin pulih.Bersama teman menuju matlamat itu lebih mengubat kesakitan sebenarnya.

Ibarat luka yang baru beransur pulih,tercalar kembali.Di dalam perjalanan menerima pula khabar musibah daripada ibu tercinta.Ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa,kata-kata semangat sahabat2 tidak putus-putus memasuki ruang pesanan ringkas.Wajah asal suram terpaksa berhias senyuman dan keriangan.Kata-kata hikmah ada menyebut "BerSABARlah sehingga SABAR itu tidak SABAR dengan keSABARanmu".

Firman ALLAH s.w.t :
"Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan Allah." dia Telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman
 (Surah Al-An’am: 11-12)

Setiap muhafazah yang dilewati banyak memberi ibrah.Bertemu dengan seluruh anak-anak Selangor yang menuntut di Iskandariah,Tanta,Mansoura dan Zagazig baik pengajian Islam mahupun Perubatan.Sesuatu yang aku belajar adalah daripada semangat mereka untuk mendalami ilmu di bidang masing-masing di samping bekerja di dalam jemaah.Kami saling bertukar kalam semangat.Kehadiran kami pula dirai dengan baik.Subhanallah,melihat ketenangan laut dan kehijauan bendang menambah seri ketenangan.ALLAH itu Maha Baik diciptakan segala keindahan alam untuk dihayati buat mereka yang tahu menghayati.

Posisi yang berlainan,menuju matlamat dan hadaf yang satu iaitu mencapai mardhatillah.Di saat anda merasakan diri anda yang paling sakit,ternyata ada yang lebih sakit.Di saat anda merasakan kesibukan melanda,sebenarnya ada yang lebih sibuk.Bilamana anda meletakkan keutamaan sebagai da'i,maka bersedialah menanggung risiko.

Pejuang tidak boleh cepat melatah,terima teguran dengan baik tanpa menyimpan sebarang dendam,malah berterima kasih kepada yang menegur.
Pejuang tidak boleh merajuk dan melayan orang merajuk kerana banyak masa akan dihabiskan sedang kerja dakwah belum terusik.
Pejuang tidak boleh selalu bersedih,kelak futur akan sering menyinggah
Pejuang kena tahan lasak dan jangan layan sakit,kerana qowiyul jismi adlah syarat seorang individu muslim.Jagalah kesihatan.
Rindu itu bermusim tetapi janganlah melemahkan semangatmu.

Malu sebenarnya mengaku pejuang,diri sendiri belum terurus dengan baik.Tetapi sampai bila ingin menolak title ini..kita sedang menuju kebangkitan Islam.Pilihlah anda mahu berdiam diri sehingga islam menang atau anda membantu proses kemenangan itu. 

Ya nasihat ini,sebenarnya untuk diri.Manfaatnya boleh dikongsi bersama.Teruslah bersama jemaah,bekerja untuk Islam.
 

NASYID PERANTAU

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah 

 Lagu kegemaran saat letih,saat sedih,saat rindu pada ibu dan ayah.
Pesan seorang ukhti "bilamana badan jadi kurus,mata kuyu layu akibat kepenatan.Disitulah bukti kita bekerja." Bukan bermakna kita x mnampu mengurus kehidupan seharian,tetapi itulah hakikatnya yang hanya diri dia shj yang tahu

SATU FIKRAH SATU AMAL
Itqan Zawwini
Cairo

Read more...

Monday, February 25, 2013

WITH MEMORIES TOGETHER WE UNITE


Seorang sahabat bertanya 

"lama x update blog?"

Seorang lagi teman menintakan di dalam mesej fb

"bila nak sambung tulis?"

Rasa tak ada idea sebenarnya.Kuliah di Universiti al-Azhar dah bermula.Namun ingin dikongsikan pada pembaca satu kenangan yang sudah terpahat di hati iaitu Hari Keluarga BKASM yang diberi nama GRANDS klik sini bagi ikhwah dan SMILE bagi akhawat.

Dari situ (SMILE ) kami belajar sesuatu,dari situ juga aku mula rapat dengan seseorang yang tidak pernah aku rapat selama ini.Mungkin keikhlasan yang terbit atau mungkin juga hasil objektif program ini. :)

Cuba hayati Firman ALLAH s.w.t di dalam surah az-zukhruf ayat 67.

Antara yang menarik adalah flashmob isu global.Lakonan senyap yang cukup memberi pengajaran kepada siapa sahaja yang melihatnya.Kami melihat kesengsaraan kaum rohingya,keganasan israel dan tentera basyar di lakonkan dengan penuh penghayatan.Banyak air mata yang menitis tika itu.

Hari ketiga jaulah ke Dumyat.Aktiviti mengutip kerang cukup mengujakan.Pada mulanya kami hanya mengutip di pesisir pantai,tapi kecewa kerana hanya anak kerang saja yg dijumpai.

Dalam ketekunan mengutip anak-anak kerang,seorang sahabat yang berada di laut menjerit sambil menunjukkan kerang sebesar tapak tangan.Apalagi..semua menerpa mencari dalam air pula.Gelagat dan aksi teman-teman amat mencuit hati (dah lama x jumpa laut lah katakan)

Semakin dalam dasar lautan,semakin besar kerang itu.Begitu juga dengan ilmu..semakin dalam ilmu yang kita pelajari,semakin besar manfaatnya.Seorang muslimah juga ibarat kerang,terlindung terpelihara dan tidak diusik sehinggalah ia dikutip tangan bertuah.^^

Lagu tema SMILE ialah nasyid 'erti persahabatan ini' nyanyian de hearty.klik sini
Tahniah kepada BKASM dan seluruh adhoc yang berpenat lelah menjayakannya.

 Hembusan bayu lembut bertiup 
Deru ombak yang memukul pantai 
Sayu hati bila terkenangkan 
Memori indah bersama 


Dengarkanlah lagu kuciptakan 
Tanda ingatan tulus buatmu 
Moga abadi di sanubari 
Bersemi buat selamanya 

Segala yang manis pasti ada pahitnya 
Begitulah jua hidup bersama 
Segala yang indah jadikan hiasan 
Segala yang buruk jadikan sempadan 

Masih segar di ingatan ku sentiasa 
Kenangan menggamit rasa 
Tempuhi onak dan duri 
Itulah yang diharungi 
Janji yang telah kita bina 
Tetap kekal abadi 

Seandainya dugaan datang menerpa 
Hingga dirimu terluka 
Usah ditangis hibanya 
Kerna aku bersamamu 
Mengubat hati yang duka 
Demi janji kita 

Marilah suburkan kembali 
Hubungan dengan kejujuran 
Leraikan segala impian 
Buktikan dengan keikhlasan 


Moga persahabatan ini 
Mengajar erti kehidupan 
Dalam rahmat Tuhan yang Esa 
Bahagia selamanya...


Itqan Zawwini
cairo
Read more...

Monday, February 4, 2013

LANGKAH MUJAHID



    Pagi itu akan mengubah segalanya,harapan dan sinar yang bercahaya bakal menerangi hidupnya.Langit kelihatan putih bersih sedikit kebiruan.Kepulan awan berarak perlahan.Hembusan angin semilir dari hujung bandar menyamankan setiap tubuh yang merasainya.Matahari pula gagah berdiri membiaskan cahayanya ke seantero alam.Semuanya bertasbih memuji ALLAH Sang Penguasa Alam,tidak ada satu pun yang menidakkan titahNYA.Ketaatan mereka yang tidak kenal batas waktunya.

  Surat tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar negara digenggam kemas.4 jam dari sekarang dia akan terbang tinggi membelah awan mencoret satu perjalanan yang luar dari biasa.Dia pasti teman-temannya juga teruja untuk bergelar seorang mahasiswa di salah sebuah universiti tertua di dunia.

“Along,barang-barang dah masuk kereta.Jom kita bertolak.” En Amin memulakan bicara.Segaris senyuman terukir di bibirnya.Di dalam hati selaut kesyukuran kepada illahi kerana putera sulungnya akan merantau jauh demi menggali mutiara ilmu di bumi para anbiya’ dan  auliya’ Mesir.

“Baik abah.” Sahut Mujahid taat akan ayahnya.Dia memang seorang anak yang soleh,malah tidak pernah meninggikan suara kepada kedua orang tua.Baginya perbuatan  menderhaka kepada ibu bapa tidak layak dilakukan pada semua yang bergelar anak.Perintah menghomati dan berbuat kepada keduanya ada disebutkan di dalam kitab suci al-Quran dan juga hadith .

Muslim meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya kebaikan yang paling utama adalah seseorang memelihara hubungan baik dengan orang tuanya.”

(Riwayat Muslim no 2552)

Ibunya awal-awal lagi sudah berada di seat hadapan manakala adik-adiknya di seat bahagian belakang,masing-masing teruja ingin menghantar abang mereka di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Pertama kali ada di antara ahli keluarga Hj Amin yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Bismillah mengiringi langkah perjalanan .Mujahid menatap lama kediamannya buat kali terakhir sebelum berangkat.Jika diizinkan ingin dikucup tanah yang bakal ditinggalkan ini.Tanah tempat ia bermain dan membesar. Sayu hatinya.

Empat tahun satu tempoh yang agak lama baginya.Dia berharap agar masa berlalu dengan pantas supaya  semuanya terasa singkat.Al-azhar memang impiannya sejak kecil.Mempelajari ilmu dengan para masyaikh dan beramal dengan ilmu tersebut  itulah azam dan hadaf  1 nya memilih Mesir sebagai medium menyambung pelajaran setelah STAM 2 .

“Kenapa kau beriya sangat nak ke Mesir?kau ni aku tengok sesuai jadi doctor ke,pilot ke.Apa brand ke Mesir?Pergilah UK,London paling-paling pun Jepun barulah standard”Tanya seorang kawannya.

Ketika itu mereka masih di tingkatan 5.Mujahid seorang pelajar genius di kelas 5 Al-Jabbar satu-satunya kelas sains Tulen di sekolah tersebut,dia sering sahaja mendapat straight A di dalam semua matapelajaran.Guru-guru sering meletakkan harapan yang tinggi kepadanya

Tangan kanan yang sedang mencoret nombor-nombor di atas kertas kajang sambil tangan kirinya ligat menaip kalkulator berhenti serta merta.Matematik tambahan adalah subjek yang paling digemarinya.Lebih-lebih lagi apabila ditelaah petang-petang yang bosan begitu,sesuai dijadikan riadah akal.Satu pandangan kosong dilemparkan kepada kawannya Muaz  yang duduk di kanannya.

Kipas siling yang ligat berpusing seolah tidak mengeluarkan sebarang manfaat,cuaca panas terik pada petang itu mengatasi kipas singer yang berkelajuan 4 itu.Keterikan begitu sudah membuatkan sesiapa sahaja tidak mahu turun ke kelas Prep3.Kalaupun turun,mereka tidak akan belajar  jama’i bahkan tidur jama’i4.

“Mesir.Namanya disebut di dalam al-Quran 5 kali.Di sana terdapat al-Azhar,sebuah universiti tertua di dunia.Ramai juga ulama’ lahir dengan didikannya.”Laju meluncur di bibirnya tanpa berfikir .

“Aku berazam,aku sudah tekad,apa pun yang terjadi kedua kaki aku ini akan ku jejaki Universiti al-Azhar.InsyaALLAH.”Sambungnya lagi dengan nada yang sungguh yakin.

“Wow,kau dah ada gaya ustaz la.Ok sesuai sesuai,memang patutla kau pilih Mesir”Muaz menyindir.

Helaan nafas berat dilepaskan.

‘Muaz,Muaz,kesian kau.Otak pandai tapi hati mati.’Ngomelnya sendirian di dalam hati.

Bukan sekali dua dia dipersendakan begitu.Hairan dia akan sikap Muaz,kuno sangatkah orang yang belajar agama.Pedulikan saja kata-kata dan pandangan orang,dia tetap dan teguh dengan pendirian.Dia mahu mendalami semua ilmu apatah lagi ilmu agama.Maka padanya Mesir adalah gedung segala ilmu.

Kereta estima silver milik bapanya meluncur laju membelah jalan melenyapkan segala lamunannya sebentar tadi.Gelak tawa seluruh ahli keluarga mengembalikannya ke dunia realiti,sebentar lagi kesedihan bakal menyelubungi dan semuanya akan menjadi kenangan.

...............................................................................................................................................................

Seawal jam 7 pagi semua pelajar yang mendapat tajaan dermasiswa zakat Majlis Agama Islam Selangor lebih kurang 100 orang telah berkumpul di Terminal 3,KLIA.Masa penerbangan yang tertulis di tiket adalah pada jam 10.00pagi.Ini bermakna masih berbaki 3 jam lagi untuk mereka bersama keluarga masing-masing.

Di satu sudut dia melihat Rashid teman sekelas ketika kursus persediaan ke Mesir sedang bersama keluarga besarnya.Sungguh mengharukan apabila nenek dan sanak saudaranya juga menggagahkan diri untuk turut menghantar.Besar sungguh harapan mereka itu sudah pasti.




Di dalam kesesakan pelajar-pelajar dan keluarga masing-masing,mata Mujahid masih meliar ke sana ke mari mengharapkan sesusuk tubuh menghantar pemergiannya.Sesekali dikerlingnya jam hitam berjenama QQ yang terbalut kemas di pergelangan tangannya.Tepat jam 9 pagi.

Segaris kerutan di dahi tanda kerisauan.

“Along kenapa?Mari duduk.”seru ibunya Puan Khadijah melihatkan putera sulongnya yang mundar mandir seolah-olah baru kematian anak.

Satu senyuman dihadiahkan kepada ibunya yang dicintai.

“Kejap ye ibu.”Matanya masih x lepas memandang ke eskalator sambil berjalan ke sana ke mari.Ditoleh jam sekali lagi.

“Assalamualaikum Mujahid.”Satu suara lembut lagi menenangkan menyapa dari arah belakang.Dia cukup kenal dengan pemilik suara itu.Tanpa berlengah lagi dia menoleh lalu menerpa kearah insan itu.




BERSAMBUNG...

itqan zawwini
Cairo




Read more...

Tuesday, January 1, 2013

M.U.J.A.H.A.D.A.H 2013



Bismillah walhamdulillah

Coretan ini yang pertama untuk lembaran 2013.
Janggal sekali bila dah lama x menulis...

1 Jan 2013

     Suhu semakin menurun di kota seribu menara ini.Memang sengaja menempah susah kalau berpakaian selapis dua sedangkan sengatan kesejukan mula terasa.Ramai teman-teman jatuh sakit dan aku juga tak terlepas diuji batuk selsema yang seolah tiada penghujung.Pandai mak ayah meneka melalui suara bilamana di talian skype.Sudah puas mendengar  nasihat yang aku tadahkan di telinga.Mak dan ayah dua orang insan yang cukup memahamiku.=)Tahun baruku dan kamu pasti berbeza,jauh dari keluarga, bertemankan buku,nota dan kamus kerana siswa/wi  al-Azhar sedang menghadapi imtihan fasa pertama.

    Sedar ataupun tidak,aku sudah setahun 3 bulan meninggalkan tanahair tercinta dan hari ini aku dikhabarkan dengan satu berita gembira kelahiran anak buah sebelah mak.Februari 2013 juga bakal menyaksikan satu lagi kelahiran,anak kepada kakak sulungku..sedang suaminya berada di nun jauh di bahagian Utara Lubnan sedang menjalani misi keamanan.Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku disini,dan masa terus pantas berlalu. Ini bukan diari..yang perlu aku ceritakan semuanya dan bukan juga cerita sedih…Baik!Kekalkan momentum anda,kita terus kepada fokus entry kali ini..

....................................................................................................................................................

HILANG FOKUS DAN MATLAMAT HIDUP??


FirmanNYA: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada KU” (Adz-zariyat:56)

*Hakikat kita sebagai HAMBA

Kadang-kadang habuan dunia menyebabkan kita kabur dari matlamat hidup iaitu menjadi HAMBA kepada ALLAH S.W.T

1)Realiti manusia pada hari ini,terlalu bersikap materialistik,keduniaan dan menjadi hamba kepada NAFSU .

Kalau wanita sukakan barang yang indah-indah,yang cantik bergemerlapan,sukakan barang yang menarik perhatian tanpa ia sedari semua itu satu pembaziran dan membawa kepada kerosakan.

Kalau lelaki sukakan barang yang berjenama,,wanita yang cantik,wang yang bertimbun.Itu juga satu sifat materialisme..kalau begitu mereka sebenarnya hanya meraih keuntungan sebentar sedangkan tidak mengecapi nikmat hidup yang sebenar.

Ops,saya tahu pasti akan ada yang marah atau menidakkan.Ya,saya juga seorang wanita,mungkin anda juga..Saya belum simpulkan lagi,bahawa sikap materialistik ini tidak terhias pada mereka yang beriman.Mukmin dan mukminah sukakan yang indah di mata ALLAH sahaja..

Barang-barang yang elok dan boleh digunakan,mu'tadil (sederhana) dan tidak menimbulkan fitnah,menyukai yang baik-baik hatta cenderung kepada kebaikan dan orang2 yang baik.

Jika anda seorang wanita atau anda hidup di sekelilingnya ada wanita,lihatlah cara hidup mereka..menepati ISLAM'S LIFESTYLE atau tidak?Ibadah,Pakaian,Pertuturan,Pergaulan..Facebook medium terdekat,lihat saja berapa ramai yang post gambar-gambar peribadi berpakaian ketat,dengan mimik muka yang pelbagai,cara hidup yang terlalu bebas,sengaja melunakkan suara sehingga meninggalkan kesan pada adam,tidak jujur dan amanah dalam persahabatan,tidak menjaga aib keluarga dan teman2,bercouple malah merosakkan hati dengan panjang angan,adakah lelaki yang membisikkan kata manis dan janji palsu itu akan membawamu ke syurga dan menyelamtakanmu dari azabNYA ataupun sebenarnya mereka lebih menyusahkan hidupmu dengan bebanan dosa?Kamu sebenarnya tidak serius mengHAMBAkan diri padaNYA.


Jika anda seorang lelaki atau anda hidup disekelilingnya ada lelaki,maka lihatlah mereka..taqwa menjadi pakaiankah atau nafsu yang disarungkan?Bertanggungjawabkah atau sambil lewa sahaja menunaikan hak sebagai seorang hamba,anak,pelajar dan lain2.Masjid di hati atau cc lebih diagungkan?Bagaimana pula dengan teman-teman,barankah kamu dalam bergaul dengan mereka atau lebih banyak bersabar??Adakah kamu lebih menyayangi ibu atau lebih menyayangi teman wanita?Adakah teman wanita yang berpakaian ketat itu yang kau sukai itu diyakini akan melahirkan generasi harapan ummah untukmu,yang akan membantumu melebarkan jalur dakwah?Kamu sebenarnya tidak serius mengHAMBAkan diri padaNYA...



Serius menjalani hidup sebagai HAMBA bermakna dari hari ke hari dia akan memperbaiki hubunganNYA dengan ALLAH.Serius dalam melakukan kerja Islam,hatinya tidak senang melihat maksiat,akalnya sentiasa ligat berfikir masalah ummat.

Temannya ramai,dan dia bersabar bergaul dengan mereka.Musuhnya juga ramai tetapi disegani mereka.Qudwah seorang mujahid dan mujahidah inilah yang menjadi bukti keHAMBAan kita padaNYA.

Mahasiswa muslim lemah minda kerana banyak bercakap soal kahwin,tanpa membuat persediaan ke arah itu.Mahasiswa muslim lemah hammasahnya kerana melakukan kerja Islam tetapi tidak bersandarkan kepadaNYA.Mahasiswa muslim lemah ruhnya kerana inginkan syurga tanpa memikirkan bahawa kematian adalah syaratnya.


2013,usiaku menginjak 21.Hitunglah umurmu....

21 tahun Sultan Muhammad al-Fateh sudahpun menawan satu kota Konstantinople .
20 tahun Usamah bin Zaid sudah menjadi panglima perang menuju ROM

Maka...apakah yang kita boleh lakukan??Kita belum cukup setanding merekakah...?Apa lagi tunggu,catatlah sejarah dalam hidupmu,lakarkan kemenangan islam di tanganmu.Jika islam menang,tanyalah apakah aku terlibat dalam kemenangan ini atau aku hanya melihat saja kemenangan ini tanpa sedikit bantuan pun.

Allahua'lam...

-ITQAN ZAWWINI-
Cairo
1.1.2013


Read more...