Pages

Thursday, January 26, 2012

Refleksi Iman



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kedamaian dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari Allah dan juga barakah dari Allah untukmu ^^


Segala puji-pujian dirafakkan buat ALLAH Subhanahu wa Taala, Tuhan Semesta Alam; serta selawat dan salam (Sollallahu 'alaihi wasallam) buat junjungan Nabi Muhammad SAW ^_^


Cuti pertengahan semester di PASUM, ayah ambil ana di UM.. Dan di dalam kereta, berikut antara perbualan ana dengan ayah ana;


"Di kala ini, jarang benar kita mendengar atau bercakap tentang iman. Oleh itu, untuk memperbaharui dan meningkatkan iman, usahalah atas iman.."


"Ilmu itu penting, tetapi kadang-kadang kita tidak amalkan ilmu itu. Kerana apa? Kerana ilmu itu tidak dipandu dengan iman.."


"Iman itu umpama alat. Sebagai contoh, skru di tayar kereta. Boleh tak kita nak buka skru di tayar kereta dengan menggunakan tangan sahaja? Tidak boleh kan.. Kita memerlukan pemutar skru untuk buka skru tersebut.. Walaupun kita ada kekuatan fizikal, tetapi jika tidak disertakan dengan kekuatan iman, kekuatan rohani, apa akan jadi pada diri kita?"


"Ulama' mengatakan sebenarnya solat ini mudah, berbanding main basikal. Orang yang tiada tangan, boleh main basikal tak? Tak.. Orang yang tiada kaki, boleh main basikal tak? Tak.. Tetapi, orang yang tiada tangan, boleh solat tak? Boleh! Orang yang tiada kaki, boleh solat tak? Boleh!" ^_^


Kemudian, ayah tanya, "Akak, nak kongsi apa-apa dengan ayah? Ayah juga perlukan peringatan."


Lalu, saya berkongsi beberapa persoalan, dan bertanyakan pendapat ayah,


"Orang yang beriman dengan fatwa, tidak sama dengan orang yang beriman dengan taqwa. Jika orang yang beriman dengan fatwa, sebagai contoh, hukum sunat maksudnya jika buat dapat pahala, jika tidak buat tidak dapat dosa. Betul? Tetapi bagi orang yang beriman dengan taqwa, perkara sunat, jika buat dapat pahala, tetapi jika tidak buat, diri kita lah rugi!"


"Contoh lain, orang yang beriman dengan fatwa, waktu solat Zuhur adalah antara 1 lebih hingga 4 lebih, jadi, kita boleh solat bila-bila, dalam masa itu. Tetapi yang beriman dengan taqwa, pabila masuk waktu solat, terus solat! (solat awal waktu)"


Terasa manis perjalanan di dalam kereta itu dengan perkongsian ilmu, agar iman menjadi panduan buat diri untuk beramal soleh, dan menggapai darjat taqwa, amin ^_^


Wallahua'lam. Moga perkongsian ini terus-terusan menjadi pengingat kepada diri, dan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat. Amin.. Ke arah menggapai redha ALLAH! Andai ada salah dan silap, atau sebarang komentar, janganlah segan-silu untuk memperbetulkan apa yang salah dan berkongsi maklumat. Siiru 'ala barkatillah! (",)


~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~
Read more...

Friday, January 6, 2012

Jika ada Bumi lain..

Sesekali aku berdiri,merenung ke luar tingkap.
cuaca sejuk,mendinginkan hati
Sesekali aku duduk pula
Posisi diubah beberapa kali..
Lama aku merenung di skrin komputer
Wajah suci seorang anak palestin..
Tergambar di wajahnya yang mahukan kedamaian dan sebuah kebenaran..
Anak kecil ini pun sudah mengerti erti sebuah hak yang perlu dituntut
Di tanahnya sendiri..haknya dinafikan.
Rumahnya adalah kubur ahli keluarganya..
Saban hari gegak gempita peluru kedengaran..
Dia sudah lali..bilakah masanya saudara2 seislam nya itu mahu dtg membantu???




'Ahh aku hanyalah anak kecil..tiada kudrat seperti kalian..
Namun semangat ku x pernah pudar demi ISLAM..
kalian bagaimana!!!
Tentu hidup senang lenang kan??
x perlu angkat senjata..
hanya tahu mengenyangkan perut..
mengutamakan dunia..
mementingkan harta..
memuaskan nafsu dunia..
tapi bila diseru untuk berjuang dalam ISLAM
kamulah orang pertama yang memberi 1001 alasan..
Apa yang kamu takut..??
Kamu x pernah hadapi seperti ini..


Jikalaulah ada bumi lain,yang lebih aman
Nescaya akan ku bawa org2 beriman duduk di sana...
Tapi ALLAH sengaja menguji begini
Mahu melihat kesabaranku
dan kesatuan kita..
tapi ternyata..aku kecewa dgn sikap kamu
Sungguh,kamu jawablah sendiri di hadapan ALLAH...'

~iTQAn zAWWINi~
cairo,egypt
7 JAN 2012


Alhmdulillah,masih bernyawa lagi pada hari ini..dengan sebesar-besar nikmat yang tiada taranya..iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.

Mentari dari langit tanah nabi ini menyinar,memberi ketenangan padaku...
Suhu semakin rendah,kekuatan dikumpul demi meneruskan sisa perjuangan di bumi mesir.Putus asa singgah sesekali ,namun itu bukanlah sikap orang muslim..segera aku buang jauh2.Malaysia adalah negaraku,itu memang aku x nafikan tanah tumpahnya darahku,basahnya keringatku,di situlah aku belajar bertatih,aku cemerlang jua disana,aku pernah gagal jua disana..

segala yang ku sayangi ditinggalkan disana..Bunda,ayahanda dan kakanda...wadah perjuangan bersama nisa' selayang belum lagi ku hentikan..aku ke sini mencari 'diri' aku yang x ku jumpa di Malaysia,membina syakhsiah yang lebih baik.Ilmu2 disini terlampau banyak..sirah2 nabi terlakar di bumi ini,imam syafie pernah berjalan di bumi ini dan makamnya juga disini..Doa juga lebih makbul disini..

Batinku jadi tersiksa..palestin tanah mi'raj nabi Muhammad s.a.w terlampau dekat dgnku..Hari demi hari,ada saja yang disakiti.Israel aku benci....sudah terlalu ramai kau pengaruhi hatta pemimpin negara ku juga..kau janjikan dunia pada mereka hingga mengaburi mata.Kau tunjukkan model yang buruk sehingga saudara2ku megikutinya,berapa ramai yang enak berzina kerana pakaian yang kau bawakan,berapa ramai yang 'gila' kerana hiburan yang kau perkenalkan,kau bijak dan sombong!

Jangan kau ingat hidup didunia ini selamanya,hanya kerana ALLAH menyelamatkan nenek moyangmu yang dahulu (Bani Israel) ketika musa menyeberangi laut merah,kau ingin jadi rijal mukhtar (umat terpilih) di saat kiamat muncul dari baitul maqdis,kau bencikan ISLAM yang nabi Muhammad bawa kerana dia bukan dari kaummu,dia hanyalah seorang lelaki arab biasa yang telah ALLAH muliakan..lalu semarak dengki kau sehingga ke hari ini...bau darah sudah sebati denganmu..
ALLAH sudah tutup hatimu!!pekakkan kan pendengaranmu dan butakan matamu!
lalu kau rampas tanah saudaraku..yang sama membenarkan ALLAH sebagai tuhan dan MUHAMMAD sebagai rasul..
Pembalasan yang pedih buatmu dan para pengikut sepertimu..



Hanya doa kutitipkan,belajar aku semakin bersungguh...in'ALLAH pasti ada ruang untukku menghancurkan gerakanmu..Walau lautan terpaksa ku tempuhi,cacian dan makian yang ku terima,dunia ini seolah milikmu,kau halang pun aku tetap bergerak..wahai kamu dan kamu yang bencikan sebuah dunia islam..aku ingin beritahu..jiwa seorang yang telah diikat dengan ALLAH sedikit pun x gentar,ia ibarat air yang laju mengalir,semakin disekat semakin banyak ia mengalir.Salam juang atas jalan kebenaran berpaksikan al-qur'an dan sunnah..
Read more...

Friday, December 23, 2011

Bila dirundung gelisah..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^

Salam mahabbah semua..^^ Moga kita semua sentiasa berusaha meraih rahmat dan kasih sayang ALLAH, ameen.

Setiap manusia dikurniakan ALLAH dengan perasaan. Hebatnya ALLAH! Apa akan jadi jika kita tiada perasaan? Kita umpama robot..yang hanya akan membuat sesuatu apabila diperintah, tidak boleh membuat pilihan dan tidak dapat berfikir kenapa dia melakukan perkara tersebut. Oleh itu, bersyukurlah kita padaNYA..sentiasa..atas nikmat yang tidak terhitung..dalam hari-hari di umur kehidupan kita.. (",)

Antara perasaan yang dikurniakan ALLAH adalah rasa gelisah, rasa tak tenang.. Setiap orang pernah rasa kan? Begitu juga ana.. Jadi, apa yang harus ana buat? Sebab bila hati tidak tenang, resah gelisah, semua kerja tak menjadi.. Nak siapkan assignment, tak semangat.. Nak buat kerja rumah, tiada rasa seronok..

Jadi, bagaimana?

Suatu waktu dahulu, ayah ana selalu ingatkan ana suatu perkara: bila kita ada masalah, solatlah 2 rakaat, dan mengadu serta minta tolonglah padaNYA. Ana mengimbas firmanNYA:


A045
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)


A046
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Al-Baqarah 2:46)


Dalam kalamullah ini, ada 2 perkara yang ana boleh ambil ibrah. Pertama, apabila ada masalah, padaNYA lah kita memohon pertolongan dengan sabar dan solat. Ana pernah dengar dari seseorang, ana tak ingat siapa, dalam ayat ini ALLAH kata bila kita ada masalah, pertama, kita kena sabar, dan kemudian, solatlah. Penting untuk kita bersifat sabar apabila ditimpa masalah.

Kedua, kita tidak akan rasa solat itu berat atau berat untuk mengerjakan solat jika kita khusyuk di dalam solat. Dan apakah indicator orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya? Iaitu merekalah yang percaya dan yakin bahawa mereka akan menemui ALLAH, dan bahawa mereka akan kembali kepada ALLAH akhirnya. Ana ada kisah apakah perbezaan antara percaya dan yakin, insyaALLAH ana kongsikan pada entri yang lain ^^

Ana tanya ayah ana, "Ayah, solat tu nak niat macam mana?"  Jawapan ayah, "Sahaja aku solat sunat 2 rakaat kerana ALLAH Taala".

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, manakala yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri; kerana kealpaan dan maksiat yang kita lakukan padaNYA. Rasa gelisah itu hadir dengan izin ALLAH, maka ALLAH jualah yang dapat menghilangkan rasa gelisah dan mendatangkan solusi buat diri.

Ramai yang menyangka bahawa hukum-hukum syar'iyyah tidak mengandungi masolih (kebaikan), seperti tuan yang mahu menguji (saja-saja menguji) hamba abdinya dengan menyuruhnya mengangkat batu, atau sentuh pokok tanpa apa-apa faedah. Sesungguhnya, sangkaan ini adalah sangkaan yang fasid, iaitu sangkaan yang salah, tidak betul.

Sesungguhnya, semua hukum di dalam islam pasti ada maslahahnya (kebaikan). Hikmah pensyariatan islam adalah untuk memberi maslahat dan mengelak keburukan. Solat disyariatkan supaya/untuk kita mengingati ALLAH dan bermunajat kepadaNYA. Sebagaimana firmanNYA:

A014
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha 20:14)


Zakat disyariatkan tujuannya untuk mengekang sifat jijiknya bakhil dan mencukupkan keperluan fakir miskin. (Ali-Imran : ayat 180)

Puasa disyariatkan bagi mengekang nafsu (Al-Baqarah : ayat 183)

Haji disyariatkan bagi mengagungkan syiar-syiar ALLAH (Ali-Imran : ayat 96) dan (Al-Baqarah : ayat 158)

Qisas disyariatkan sebagai ancaman atau untuk menakutkan manusia daripada membunuh orang lain. (Al-Baqarah : ayat 179)

Inilah serba sedikit tentang syariah islamiyah yang ana belajar dalam kelas Praktikal Ibadah. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua =) Akhir kalam, sama-samalah kita berhijrah/berubah ke arah yang lebih baik dari hari ke sehari, dan dari masa ke semasa, insyaALLAH lillah (",)

Kita ada ALLAH..ingat itu.. ^_^  Ana mohon maaf, dan terima kasih atas segalanya ^^ Berjumpa lagi di dalam redha ALLAH, insyaALLAH wa ameen.
Read more...

Friday, December 9, 2011

As-sam'u watto'ah

Bismillahirrahmirrahim
Alhmdulillah 'ala kulli hal..

Kaifa halukum..sobahannur liazhariyy..wa masa'al khoir limaliziyy


suhu di mesir sekarang ni 11'C.Lagi sejuk dari aircond tahap maksimum..hehe cuma xde salji je
Sebentar tadi,lepas subuh ana dn shbt2 bru pulang dari masjid asyraf,jabal muqottam ..bertalaqqi brsama syeikh yusri kitab sunan nasa'ie,bab zakat..terasa semangt pula keseluruhan hari ni..

Sedikit prkongsian..smlm ana mnjadi bidan terjun untk mmberi tazkirah d musolla.Di saat2 akhir ustzh fatin yang ditaklifkan mesej
' adik,cam xsmpt je,xabes liqo' lagi.,asifah awi2' pukul 5:14mlm..
imam dah mula solat maghrib kat bawah..isk3.. 'sapa lagi yg nak ganti.Aku jelah..'
Tajuknye 'assam'u watto'ah'.
Mana2 org yg ana jumpa,smpat tnye..
'apa yg anda faham psl sam'u watto'ah..?'..mcm2 jawapan yg sohih semuanya..


As-sam'u watto'ah..
Ana bukanlah yg tahu sgt,ttp apa yg ana faham
as-sam'u drpada prkataan sin min ain ya'ni dengar..
at-to'ah..yakni taat
Jadi penggabungan dua kalimah ini,mmbawa maksud ketaatan dan kepatuhan kita pada arahan pemerintah atau pemimpin di atas kita.

'Setiap langkah kita keluar bermusafir,skiranya lebih dari 2 org,maka lantiklah ketua..kalo x silap hadis ni.Xde ketua haram hukumnya'ustzh tut tut..hehe

'Taat pada pemimpin,slg mana dia bawa n tunjk kita jalan dekati ALLAH,cara hidup yg ikut deenullah'ustzh tut tut

Okey..ana jelas,bila sudah disampaikan,maka tugas ana pula untuk menyampaikan..
Pernah baca x buku ni ??

Rugi spe yg x baca n dptkan lagi..Buku ni mgisahkan kehidupan Rasulullah s.a.w dari kecil hingga wafat..dlm bentuk cerita.Memang sayu n syahdu bila membaca,smp mencurah-curah airmata..bila org tnye knp jawabla 'kau baca sendiri...' biar zuq tu masuk dlm jiwa..

Dalam buku ini,ada satu kisah yg mengajar ana,memahamkan ana apa itu kepatuhan pada pimpinan..

Amru b Al-As..sorg sahabat nabi,beliau ditugaskan memimpin sariah (tentera berjalan kaki) yakni tentera zat as-salasil memerangi mereka yg membntu tntera musyrikin dlm perang mu'tah.Dalam peperangan ini abu bakr,umar,saad b abi waqqas dan saad b ubaidah juga menyertainya.Mereka menuju satu kawasan yg didiami oleh Bani Khudaah yg sgt ramai.Sdgkan tentera zat salasil ni cuma 300 org.Waktu itu cuaca sgt sejuk,ana rasa brgkali lebih sejuk dari skrg ni 11'c.Jadi Amru mnghntr surat pada nabi agar mnghntr pasukan bantuan.

Pasukan kedua ni,Abu Ubaidah yg jadi ketua..bilamana mereka smpi di tmpt Amru,telah masuk waktu solat.Abu Ubaidah mengambil tempat mnjadi imam,tetapi Amru berkata 'Biar aku mnjadi imam kamu,kerana aku yg dtugaskan mnjadi ketua..kamu cuma pasukan bantuan shj'
Jadi dgn patuh..Abu Ubaidah berundur dan memberi laluan pada Amru

Tiba waktu malam,cuaca yg sejuk smkin mencengkam..shbt2 mencari kayu api untuk menyalakan unggun,tetapi segera dihalang oleh Amru.Sahabat2 dlm kebingungan..bgmana seorg ketua kita x mmbenarkan menyalakan api sdgkan cuaca teramat sejuk.Hal ini sgt sgt membuatkan umar al-khattab mnjadi tertekan..tetapi didiamkan sje.Mereka semua taat dan patuh x mnyalakan api pd waktu sejuk thp maksima itu

Bila tiba waktu subuh,Amru b Al-As ingin menunaikan slat subuh tetapi beliau bertayammum.Sekali lagi hal ini mengejutkan shbt2,sdgkan air ada pada waktu itu.

Sorg shbt bertanya 'wahai Amru..knp kau bertayammum sdgkan air ada'
Amru mnjawab 'cuaca sgt sejuk,kalau aku masih gunakan air,nescaya binasalah aku'..

Umar smkin x tahan,lalu diadukan pada Abu Bakr
Jawab Abu Bakr 'kalau bukan Rasulullah s.a.w yang melantik,nescaya aku juga akan mempertikaikan.Tapi Rasulullah lebih tahu..'
Umar mndiamkan diri shje..

Ma sya' ALLAH..sifat sam'u watto'ah yg ada pada sahabat2 nabi..sgt2 mengagumkan kita.Sebenarnya arahan Amru b. Al-As juga dipersetujui Rasulullah..
Mereka x dibenarkn mnyalakan unggun krn ditakuti musuh akan tahu jumlah mrk yg sedikit..

Jadi kita jga ada ketua..taatlah pada pimpinannya selagi mana ia di landasan yg betul.ALLAH itu matlamtnya,Rasul adalah ikutannya,Al-qur'an adalah pegangannya dan menegakkan islam itu impiannya.Itulah ketua yg sebenarnya..Selesai tazkirah semalam..ada jugak note2 yg x smpt dikhaborkan..ok..stkt itu sje entry kali ni..Doakan ye ana dicni..dan shbt2 juga teruskan perjuangan,Hanya jarak dan masa yg meisahkan kita namun kita tetap bersaudara.Maka sampaikanlah
Read more...

Thursday, December 1, 2011

~man Huwa???~


Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.

Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis”. Beliau juga berpesan : “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti”

NOTE: ( Ramai yang tidak mencatatkan nama mursyid tarbiah ruhani bagi Imam As-Syafie kerana nak menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu fiqah dgn tasauf, guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi. Untuk ma'aluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid punyai mursyid dlm ilmu tarbiah ruhani.

Imam Abu Hanifah gurunya Imam Jaafar Shodiq. Imam Malik pula gurunya Imam Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki manakala bagi Imam Ahmad pula gurunya ialah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua Imam-imam agung dari ke empat mazhab ada guru khusus mereka dalam tasawuf...hanya orang orang yg bodoh sahaja menganggap Tasawuf & Tarbiah Ruhani berasal dari Hindu-Buddha. ALLAHU ALIM! )

Antara pujian atau pandangan ulamak-ulamak lain kepada Imam Syafie ialah:

Imam Malik bekas gurunya pernah berkata:

“Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam Syafie”

Imam Ahmad Bin Hambal berkata:

“Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh.”

Beliau juga berkata:

“Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie”.

Kata Imam Ahmad lagi:

“setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie”

Imam Muhammad al-Hakam berkata:

“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”.

Beliau berkata lagi:

“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul Fiqah selain dari Imam Syafie”

Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali.Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi. Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya sendiri. Ibunya mengajar beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal Al-Quran.

Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila Imam Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar disitu!

Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah berguru dengan Mas’ab bin Zubair seorang penyair terkenal.Dalam masa 3 bulan saja, Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail. Pernah suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan kawan-kawannya, lalu mengalahkan gurunya Mas'ab pula.

Imam Syafie berguru pula dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya.

Selepas itu Imam Syafie berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji dalam bidang Feqah pula.Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan dibenarkan mengajar serta memberikan fatwa pula.Namun Imam Syafie masih merasakan kurang ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta’ yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula.

Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera.Selepas itu Imam Syafie terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.

Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.

Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.

Imam Syafie juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.

Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai .Mereka juga dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.

Walau bagaimanapun dengan izin Allah swt Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal. Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie, yang membuatkan hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah Firman ALLAH swt dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud :

“Hai orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita,periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Itulah diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat beliau belajar yang tidak dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu. Pernah suatu masa Imam Malik memuji beliau dengan berkata :

“Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya!”

sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata:

“Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut hatinya.Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”.

Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya.

Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zaharah.

Semasa Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri Iraq, beliau telah mengarahkan ketua tentera Mesir Badr bin Abdullah menggali dan memindahkan kubur Imam Syafie ke Baghdad. Setelah digali mereka menemui batu bata yang tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka memecahkan batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat harum dari dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang pengsan. Bila perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu, maka beliau pun membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada tahun 608 Hijrah, sebuah Kubah telah dibina .Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama hebat ini terus dikunjungi orang ramai hingga kini.

Antara kata-kata menarik Imam Syafie:

1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang
soleh.

2.Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

3.Hati adalah Raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebathilan.

p/s:dari website http://www.resepirahsiaku.com/2011/01/riwayat-hidup-imam-shafie.html

Read more...

Sunday, November 13, 2011

~Padang Dunia~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sambil meredah cuaca sejuk di bumi mesir ini..ada sedikit peringatan bersama.Dah lama nak tulis tapi x tertulis smpilah hari ini..sambil2 dgar ikim.fm online hehe =)

Hari ini aku memandang dunia
Dengan sudut pandang yang berbeza
Mungkin setiap kita x sama
Namun kita kan kembali jua pada DIA



Jom bukak tafsir surah al-baqarah (2:96)
Mafhum ayat:"Dan sungguh,engkau (Muhammad) akan mendapati mereka (org2 yahudi) manusia yg paling tamak akan kehidupan (dunia),bahkan (lebih tamak) dari org2 musyrik.Masing2 dari mereka ingin diberi umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab,dan ALLAH Maha Melihat apa yg mereka kerjakan"

Sahabt2ku..
Dalam ayat ini,org2 yahudi menginginkan usia yg panjang.Untuk apa??supaya mereka boleh duduk senang lenang dan mengumpul harta kekayaan dan kemewahan.kalaulah diberi mereka umur 1000 tahun sekali pun mereka tetap tidak akan beriman dgn ALLAH.
Bagaimanakah dgn kita??berapa umur kita..?dan sempurnakah iman kita?
Ana juga turut muhasabah kembali..kerana itu post kali ini bertajukkan 'padang dunia'
Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan..Percaya x?ianya ada disebut dlm al-qur'an


Bentuk2 permainan dunia

-Hiburan yg melalaikan..konsert2 rock,barat dan sbgnya
-Wanita..cinta,nafsu dan syahwat
-Harta..kekayaan sehingga timbul ujub dlm diri
-Hati..kdg2 hati juga berbolak balik,akidah boleh diselewengkan dgn mudah



Bnyk lagi bentuk permainan dunia..semua itu x bermakna buat org beriman..sedikit pun x diusik hatinya dgn tawaran2 dunia,kerana ada perniagaan yg lebih baik dari dunia dan pelaburannya iaitu pelaburan akhirat.Hiburan di syurga tentunya sgt2 mengagumkan,wanita iaitu bidadari di syurga pula berganda cantik dan lembutnya dari makwe makwe yg dimiliki,Harta x payah cakapla..nk dibayangkan x mmpu akal kita..dan pada hari itu diamankan segala hati2 kita dari sebarang perasaan dengki dan yg buruk2..

Penghujung setiap permainan dunia adalah KEMATIAN
Jadi,berdoalah agar kita x dimatikan dlm keadaan su'ul khotimah seperti Abu Lahab

Dia mati dalam keadaan hina,ia berlaku ketika umat islam memperoleh kemenangan dlm perang Badar.Setelah dipukul kepalanya dgn kayu oleh ummu al-fadl,dia jatuh sakit dan terkena penyakit kulit yg bahaya dan berjangkit.Semakin hari,sakitnya semakin parah.Akhirnya dia mati di dalam rumah,mayatnya mengembung dan menjadi busuk..sehingga anak2 dan isterinya x mahu menguruskan mayat dia.Akhirnya penduduk x tahan dgn bau tersebut,mereka menyembur air ke dalam rumah dan melontar batu sehingga tertimbus mayatnya..allah..begitulah kehidupan org yg terlalu mencintai dunia,x mahu beriman dgn ALLAH dan mendustakan nabi..

Buat akhirnya..
Ana nak ingtkan shbt2 kembali wasiat Rasulullah s.a.w
'Jagalah wanita...jagalah wanita...jagalah wanita'

Jaga disini,adalah memelihara maruahnya,menasihatinya ke arah islam,menegurnya dan mendidik dgn hukum islam,membela sekiranya dizalimi..tetapi ana sedih dgn waqi' yg berlaku sekarang ini,wanita diperlakukan sesuka hati..fahamilah wasiat ini..Bila anda menjaga wasiat ini,akan selamatlah ummat dari binasa.Pada wanita ada fitnah yg besar..jadi ghoddul basar yakni tundukkanlah pandangan,x perlulah cuba2 nak bercouple..anda sudah melanggar wasiat nabi kita..

اللهمّ لا تجعل مصيبتنا في ديننا ولا تجعل الدنيا أكبر همّنا ولا مبلغ علمنا
Read more...

Thursday, November 10, 2011

Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah, ALLAH memberi ana ilham untuk mencoret sesuatu di sini. Sedang ana berkemas-kemas, mak ana menyerahkan sesuatu.. "Kak, apa yang tertulis kat kertas ni?" Ana pun pandanglah kertas yang mak tunjukkan..

Tersenyum ana melihatnya. Suatu kenangan terimbas di benak ana..

"Itu tulisan sahabat baik ana."
"Rindu nak melihat tulisan tangannya kala ini."




Zoom lagi..

Mun! kite g kawad eh =) Salam


Setelah tamat SPM 2009, masing-masing mempunyai hala tuju tersendiri. Jika ana merindui pengisian dari sahabat baik ana iaitu itqan (admin blog ini), ana akan baca blog ini..

Peristiwa di atas, membuatkan ana termenung sendirian.. Semasa kita masih di sekolah yang sama, bertemu muka.. kadang-kadang kita alpa akan sebahagian nikmat yang ALLAH berikan melalui sahabat kita, misalnya dapat bertemu wajah, bersembang, gelak-ketawa, sedih sama-sama, dapat tengok tulisan tangannya, jalan sama-sama, dan lain-lain..

Tetapi apabila sudah berjauhan, ia menjadi sebuah kenangan.. Kalau dulu, dapat menatap tulisan tangannya, dan kini, kita hanya dapat menatap taipan tangannya di blog misalnya..

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Apa yang ada di sekeliling kita. Mungkin kita tidak dapat bertemu sahabat lama, tetapi di sekeliling kita sekarang, yang mungkin persekitaran baru, ada sahabat-sahabat yang baru dikenali.. Hargailah mereka. Jika kita masih ada ibu bapa, hargailah mereka. Jika kita ada adik-beradik, hargailah mereka. Jika kita ada rumah berteduh, hargailah ia. Jika kita ada macam-macam, hargailah ia.. Bersyukurlah kepada ALLAH, Yang Maha Pemberi Rezeki! Ar-Razzaq..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Tanda syukur kita pada-NYA, bertasbih dan bertahmidlah padaNYA, dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah ALLAH serta meninggalkan larangan-NYA! Koreksi kembali, kualiti dan kuantiti segala amal perbuatan kita dalam kehidupan ini.. Setiap masa kita, ke arah mana kita habiskan.. Kehidupan di akhirat adalah yang kekal abadi..

Kadang-kadang, kita lebih menangisi apa yang hilang berbanding menghargai apa yang masih di sisi..

Namun begitu, ambillah pengajaran daripada setiap yang berlaku dalam hidup kita. Sebagai penambahbaikan untuk masa yang akan datang. Segala yang baik, adalah daripada ALLAH.. Dan segala yang buruk, adalah kerana kesilapan, kekhilafan kita pada perintah-perintahNYA..

Wallahua'lam. Ana minta maaf, dan terima kasih kerana sudi membaca coretan ini, dan menegur apa yang salah, dengan cara yang berhemah ^^
Read more...