Pages

Friday, July 22, 2011

نشيد لتعليم الحروف الهجائية


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Aha, video di atas tentang apa ye? ^_~
Tengok jangan tak tengok, hee..

Alhamdulillah, sebenarnya tadi, ana baru je menerima panggilan telefon..dari siapa agak-agaknya? Sahabat baik ana iaitu itqan-admin blog ini, telefon ana.. Sekarang ini, itqan dan yusra(penulis di blog ini juga) sedang berkursus..sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran ke universiti al-Azhar,Mesir.. InsyaALLAH, kursus mereka (itqan dan yusra) selama sebulan.. Mereka start kursus sejak 18 Julai-hari Isnin lepas =)

Jadinya, tinggallah ana seorang untuk mengendalikan blog ini sepanjang mereka berkursus. Moga ALLAH memberi ana dan sahabat-sahabat kekuatan dalam bertinta dakwah ini, dan dalam beramal..amin..sangat-sangat mengharapkan doa sahabat-sahabat lillah (",)

Dan, itqan minta ana untuk carikan nasyid huruf hijaiyah. Moga bermanfaat untuk kita semua =)

Rindu Bahasa Arab! ^_^ Bahasa Arab bahasa Al-Quran..bahasa syurga..

Wallahua'lam. Wabillahi taufiq wal hidayah, ilal liqa' insyaAllah! ^_^
Read more...

Thursday, July 7, 2011

Hikayat ku @_@ long version

"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla..."Ya ALLAH tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah ENGKAU mudahkan...'"

Hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan ini..8 Julai 2011 bersamaan 7 shaaban saya mulakan dengan doa yang indah.Benar...kalau kita rasa sesuatu perkara itu mudah,sebenarnya semua itu telah dimudahkan ALLAH..:D kerana apa?? DIA berhak atas segala sesuatu..

Saban hari kita berdoa juga..'rabbi yassir wala tu'assir' wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah sukarkan...Kalau boleh semua benda kita nak mudah...tapi x segala yang kita nak tu,kita akan dapat..btul x?ALLAH bukan x nak beri,DIA cuma menyimpan kemudahan itu buat satu masa yang kita sgt2 perlukan..

Haa..kali ni nak cerita pengalaman ckit..nk kongsi detik2 sepanjang minggu ni,apa yang saya dan shbt2 dah lalui..agak panjang..bacalah pelan2 ye.Sekadar perkongsian..


Nampak x,menara bangunan tu??agak2 sapa penah tgok..cewah..Hmm itu sebenarnya menara utama Universiti Al-Azhar,Mesir.Kenapa??!! Saya dah smpi sanakah??huhu..isk3,belum lagi lah..cuma inspirasi sgt bila tgok menara tu.Universiti impianku selama ini,kalau dulu kecik2...

'nak jadi apa???' jawabku yakin 'doktor!!'
'nak belajar kat mana???' 'universiti al-azhar!!'

semangat giler...hehe..Apakan daya..nak tempuh cita2 tu..result bio,physics dan chem dalam spm kurang memberangsangkan..huhu ALLAH lebih faham kemampuanku di mana..Ramai jugak kwn2 yg dah amik medic kat sana..ALLAH yusahhilukunna.. :D
Tapi dalam doa sering diselitkan,mudah2an dapat la jejak kaki kat sana,dapat bertemu..berbicara..mengutip ilmu dengan ulama' kat sana.Jadi,saya pun ambil STAM.Alhamdulillah,dah dpt keputusan STAM dan dah mohon biasiswa ke Al-Azhar...

Sabar dan tawakkallah menunggu tawaran.Dalam berkira-kira itu..Syukur lillah 4 julai yang lepas,insan2 yang ALLAH pilih untuk ke mesir dipanggil untuk taklimat persediaan,termasuklah saya.Ma sya ALLAH!!yang sgt2 menggembirakan..Yusra sahabat saya yang juga author blog ini sama2 dapat tawaran.Kitorg berjumpa setelah sekian lama cuma berhubung dalam alam maya ni..ce wah...jejak kasih.Subhanallah..!Perancangan ALLAH sgt2 teliti...

bunga2 riang jumpa Yusra..rasa bahagia macam main buaian kat pelangi...hehe

Dalam taklimat 4 julai tu,kami diberi masa seminggu untuk isi borang,siapkan dokumen,buat passport,terjemah surat beranak,cop dan sebagainya.Fuh..ayah saya pun terpaksa ambil cuti emergency,untuk bantu anak bongsunye ni (hehe mesti bgtau ke?) =p..Ya ALLAH,Engkaulah saksi kebaikan ayah ku.Ulang-alik dari shah alam,wangsamaju,putrajaya di pejabat wisma putra untuk urusan ni...Inilah pengalaman pertama pada saya =) Yela dalam adik beradik,xpenah sorang pun blaja luar dari m'sia..

Calon2 bawah tajaan lembaga zakat selangor,MAIS..ada seramai 110 orang.Sahabat2 saya dari SAMTKKB ada seramai 13 orang..banin+banat..dan ramailah sahabat2 baru dari SAMT lain..After taklimat,semua bergegas untuk lakukan cabutan sijil lahir.Kata pegawai tu,sijil lahir yg asal x laku kat sana,yg akan dibawa cabutan sijil lahir.Berpusu-pusu la ke plaza masalam kat shah alam tu..menunggu giliran sijil lahir dicabut (macam pelik je ayat)..Wah,dah jadi macam explorace,masing2 nk jadi yang terawal sampai..takut beratur panjang.Alhamdulillah,ALLAH mudahkan urusan,tapi ada sikit masalah bagi sesiapa yang lahir selain negeri selangor..saya lah tu.Saya lahir kat KL,jadi even smpi awal kat situ,tggu punyelah lama semata-mata nak link dengan JPN kat KL..sabar jelah..Memang menguji betul..sian kat shbt2 yang lahir kat negeri selain Selangor,patutnye cabut sijil tu boleh dapat sejam...alih2 berjam-jam pulak.

bangunan ITNM,Setapak..WangsaMaju

Esoknya 5 Julai,lepas subuh dah bertolak ke Wangsa Maju bgi urusan menterjemah..saya,ikah dan timah.Ikah dan timah dari kuala kubu bharu bertolak seawal jam 5.30 pagi.Subhanallah bayangkan.Solat subuh di amaniah,kami bergerak dgn kereta ayah saya ke ITNM,institut terjemah negara.Nak kena terjemah dalam bhs arab cabutan sijil lahir yg semalam tu.Nak menuju ke sana,banyak kali tanya orang..yelah slalu pergi kat setapak tu,tapi x pernah tau ada institut terjemah negara.Sampai di ITNM pukul 7.45,padahal ofis bukak pukul 9.Dalam hati 'lambatnye dorang masuk keje'.Ayah suruh kami pi makan dulu..makan2,sembang2..sambil dengar cite best timah..hek9..=p Jam pun menunjukkan 8.30pagi.Masuk lah kami ber3 kat ruang lobi,mula2 kena ambil nombor...haha saya dapat nombor 1001..means jadi orang pertama! ye la,xde sapa datang seawal tu..

Selang beberapa minit,barulah ramai shbt2 dtg nak buat urusan yang sama,jumpa azzahra,izati,ulfa,amira..meriah ITNM tu dibuatnye..hehe.Dalam merungut-rungut,saya asik kata x sempatlah seminggu masa yang jais bagi,tetiba ALLAH nak suruh rasa bersyukur,saya ta'aruf la dgn sorg sahabat namanya hafizah..saya jumpa di ITNM masa pagi tu,dia pergi mesir under tajaan MAIWP..lagila kesian,allah rabbi...maiwp hanya bagi masa 2 hari settlekan dokumen2 ni.Rasa nak sujud syukur masa tu..yela mula2 ingtkan nak minx tajaan maiwp sbb saya lahir kat wilayah..Istighfar panjang,tgok mukanya tertekan saja..bantulah sahabtku itu Ya ALLAH.Urusan terjemah sepatutnya mengambil masa 3 hari,tapi kes2 ni terpaksa meminta (bak kata cik bibah mak tikah..hehe),mmg kena slowtalk ckp kat akak kat kaunter..kami nak siapkan hari ni kalau boleh.Alhamdulillah,cuma tambah rm15 untuk kes2 mcm ni.Saya punye terjemahan cabutan sijil lahir siap pukul 11.30 pagi..terima kasih kepada tuan/puan penterjemah..:D



Sementara menunggu sijil diterjemah,saya dan shbt2 naik kereta ke Jabatan Imigresen di setapak.Dekat je dgn ITNM,x sampai seminit naik kereta.Urusan buat passport.Teruja jap,sebab x pernah buat passport.Kui3..buat passport ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi,Tgok manusia dalam jabatan imigresen pun dah buatkan saya garu kepala 'bila boleh siap passport kalo ramai cenggini??' aish..Segera dmatikan andaian tu,redah je lah.Saya nak bgtau pada sapa2 yang nak buat passport,pastikan anda membawa salinan i/c dan 2 keping gambar passport.Kalau x,alamatnya kena tipu la kat kedai luar2 tu..huhu bukan nak sangka buruk tapi x elok gunakan pelanggan yg sgt2 memerlukan khidmat fotostat dan amik gambar.Ada ke patut fotostat sekeping 4o sen??ya ALLAH,dorg ni betul2 cekik darah.Memang kena prepare awal2.Masuk dalam,mula2 kena isi borang bagi sapa2 yang baru nak buat passport,nnt dekat kaunter amik number.Macam saya dapat potongan setengah harga,sbb ada surat sokongan dari JAIS.Kalau yg hakikinya buat passport rm300,bila dah ada surat sokongan jadi rm150..syukur Ya Rabb

Dekat kaunter,isi borang lagi..kena ukur tinggi plak..wah2,baru tahu saya dah 157cm..(rendah ke tinggi??) =p.Ayah jadi peneman setia waktu tu..terima kasih ayah,nak nangis rasanya.Jumpa dengan sahabt baru wardah syifa' n sis nya kak naja waktu tu..sgt2 peramah orgnya..suka lah dapt jumpa shbt2 baru ni.Dia pun dari SAMTKKB,tapi masa STAM pindah ke sabak bernam,jadi amik STAM kat sana..x sempat kenal masa zaman sekolah tapi alih2 ALLAH pertemukan kami masa urusan2 ni dibuat.Hebat susunanMU =D k,lepas isi borang ada cop jari ckit..macam nak buat kad bank kecik2 dulu..hehe.Lepastu kena tggu giliran untuk bayar pula kat kaunter,masya ALLAH...lama sungguh tggu,sbb tu saya cakap,rasa2 nak test kesabaran menunggu,datanglah jabatan imigresen (unlogical)..tunggu punye tunggu...bayaran dah dibuat,kini masa mengambil passport!! alhamdulillah syukur..dapa je passport,belek x sudah2..mcm belek surat cinta (eceh,x penah ada surat cinta pun..jgn salah faham k)



Dekat sume passport ada tulis macam ni
'Passport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel'
this passport is valid for all countries except Israel

Nampak benor,Israel menumpang kat bumi ni.Tiada negara masih lagi nak rampas milik umat islam..!!Israel musuh islam!musuhku jua!

Last destination 5 hb tu,ke pejabat Wisma Putra di Presint2,Putrajaya.Mengecop terjemahan sijil lahir dan sijil stam (arab)..kat situ pun lama,alhamdulillah ada aircond dan orangnya x delah seramai kat jabatan imigresen.Sebelum tu kami solat di masjid UPM..a'jib besarnye masjid dye..tapi sayang x ramai jema'ah..manakah student2 UPM yg muslimin??alamak terlampau straight ke..nk wat camne??teguran harus diterima kan..Begitulah perjalanan yg sgt2 padat,saya yg cerita ni pun semput,apatah lagi yang membacanya.Maaf ye,saya nak coretkan pengalaman ni dalam blog,jadi,kalau rindu..baca balik..even 6-7 tahun akan datang..entry ni masih ada disini..hehe (suke aty je tuan punye blog ni )

Lastly,6 julai..saya,azzahra dan izzati ke SAMER..my beloved school.Jumpa dgn ustazah zaimah..Asalnya nk minx bantuan Ustazah N.aini,tapi beliau ada mesy kat jais..xpe,x kisah mana2..kerana mereka murobbi hebat!Ada part borang yang mmg kena guna kepakaran bahasa arab,jadi moleklah bertanya pada yang pakar.Bincang pasal borang ni kejap aje,yang lama lepak2 (haha istilah nakal) dgn ustazah,kitorang open table dalam tu.Bawak keropok pedas,kacang,air kotak..makan2 dan sembang2.Dari soal kuliah hinggalah bab baitul muslim ..hehe nyempat2 lagi.Dalam bersembang tu,ustzh cerita pengalaman beliau masa kat al-Azhar..segala nasihat dicurahkan.Sgt2 tersentuh dan terharu mendengar..

antara hikmah butir2 ustazah
-Jadilah orang yang tawadhu' di mana2 sahaja..jgn sombong dgn ilmu yang kita ada..
-Bantu sahabat2 yg kesusahan di sana nanti,kelak ALLAH akan membuka ruang kemudahan dan membantu kita saat kita susah
-Sabar dengan ujian,hati2lah dgn pertuturan krn ia boleh jadi satu bentuk ujian pada kita...

Ustzah doakan kami agar berjaya dunia akhirat...

Sebelum saya akhiri long version cerita ini..jom sama2 hayati lirik lagu dari suhaimi,kembara ilmu.Saya muhasabah kembali,adakah niat saya ke sana untuk suka2..sudah tentu tidak,saya dan Yusra akan jejak bumi barakah itu,ardhul kinanah,lahirnya ulama' dan tokoh yg tersohor dalam abad ini..Al-azhar nantikan kami!!semangat ini x pernah pudar..dari dulu..Alhamdulillah3x KAU mudahkanlah langkahku,meskipun dulu,apa yang ku inginkan x dapat dicapai..tetapi KAU sering beri apa yang ku perlukan..syukur ya ALLAH T_T..luruskan hatiku...betulkan niatku..mudahkan langkahku..

Lirik lagu kembara ilmu...

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan
Read more...

Friday, July 1, 2011

Kelas Amali

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ^_^

Ana nak perkenalkan diri dulu boleh? Bukan apa..blog ni kan ada 3 orang penulis yang mempunyai pelbagai latar belakang ^_~ Yang menulis ni, nama penanya adalah Mujtahidah Solehah, sekolah menengah dulu Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER), Selangor. Lepasan SPM 2009. Menyambung pengajian dalam course Asasi Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS) selama 2 tahun. Tahun pertama belajar agama dan matematik di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (APIUMNP), Kelantan. Dan sekarang, sambung tahun kedua pengajian di Pusat Asasi Sains UM (PASUM), Kuala Lumpur - belajar subjek sains dan agama.

29 Jun 2011 yang lepas, pertama kali ana dan sahabat-sahabat buat amali Kimia. Setiap orang mendapat loker masing-masing, di dalamnya terdapat radas-radas makmal (maknanya, setiap orang ada peralatan makmal masing-masing ^_^). Untuk amali Kimia dan Biologi, kami diwajibkan memakai lab coat. Eksperimen Kimia yang pertama ini, kami diajar cara-cara menggunakan burette dan pipette, membersihkan radas makmal masing-masing, dan timbang berat filter paper..

penimbang elektronik

Rasa teruja, dan penat.. Doakan ye agar amali kami yang lain dipermudahkan urusan oleh ALLAH (",)

Selain itu, eksperimen Biologi pertama kami berkaitan dengan tajuk Light Microscope. There are 3 things that we observed under the light microscope; alphabet k that cut off from the newspaper, threads and cotton. Kalau ana, ini first time ana guna microscope, tu kot teruja sangat. Amali Fizik pula, dah buat 2 eksperimen setakat ni. Eksperimen pertama, ukur saiz guli, glass block dan benang menggunakan vernier calliper dan micrometer. Memandangkan dah setahun lebih kami meninggalkan subjek sains, jadi agak terkial-kial nak menggunakan vernier calliper dan micrometer tu.. Akhirnya, kami bertanya pada demonstrator cara nak gunakan ia (bagaimana nak ambil ukuran)..hee..

Kalau amali Fizik, ada group.. Jadi, bagi eksperimen kedua, kami buat amali ikut group masing-masing. Group ana, buat eksperimen 6, yakni tentang conservation of momentum. Bahan-bahan yang utama adalah steel ball, yang akan digelongsorkan dari chupet, berbeza ketinggian, dan kira jarak (distance) ia jatuh dari chupet.. Dan bagaimana pula jika steel ball itu berlanggar (collide) dengan steel ball yang lain, berapa pula jaraknya jatuh dari chupet.. Maaf ye jika tak dapat faham apa yang ana terangkan ini, ana pun tak tahu nak susun ayat macam mana..

Itulah sedikit perkongsian, yang lebih berupa pengalaman ana, untuk entri ini.. Kawan ana ada ceritakan sedikit tentang amali Kimia kami di link ini. Pesanan ana buat diri ana dan kalian, TUNTUTLAH ILMU KERANA ALLAH. Ilmu ALLAH itu memang tidak akan habis..tidak akan terputus..tiada spesifik masa..walau di mana kita berada..dalam pelbagai bentuk..

A109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (Al-Kahfi 18:109)
Read more...

Friday, June 24, 2011

Nisa' latest program!!!mai2!!


Assalamualaikum shbt2 blogger :) Lamanya blog ni x diupdate,tapi alhmdulillah ana update ngan berita yg gumbira,satu khabar baik !! wah..excited ckit dpt pot something kat laman ana yg dah bersawang sana sini.Hohoho kesibukan melanda...:p

In'ALLAH nisa' templer,sekali lagi mengadakan satu program,sempena hari BAPA!! Hmm bertemakan 'Sayang,menyemai kasih bersamamu...'.Meh check info2nya

Tarikh:25 Jun 2011 (sabtu a.k.a esok)
Masa:8.30pg-12.00tghhari
Tempat:Masjid al-muttaqin,selayang pandang
Panel:1.Ustaz PAHROL MOHD JUOI (hmm ana dah bold kan situ,panelis hebat lagi mantop)hee beliau kolumnis majalah solusi...penulis buku bestseller nota hati seorang lelaki dna bnyk lagi...
2.Ibu Lin (Azlin Hezri)..ibu kepada artis nasyid tanah air...hmm cube tekalah..

Cabutan bertuah disediakan..solat dhuha bersama.Program terbuka kpd muslimin muslimat..:) mailah...semua peringkat umur boleh datang..hm kesal ckit,sbb terlewat buat post pasal ni.Sesiapa yg terbaca lepas dari tarikh..ana asifah.In'allah next2 program..ana akan update dari masa ke semasa.

3 julai,Nisa' serdang ada buat talk juga...BMW..hehe..hmm mmg kena pergi jugak.In'ALLAH akan ana bgtaw maklumannya...

Bicara soal hari bapa..ana nk cite ckit,boleh kan???
Ana ada postkan program ini di satu group..ada sorg ni,berkata..silap2 dia type.

'kalau nk sambut hari bapa,xpayah nk tggu hari bapa,x perlu nk buat program2 khusus masa hari tertentu saja..'

syukran krn respons..tapi bagi ana,dalam kesibukan anak2 kini..tanpa hari yang khusus,alamatnya mereka xkan ingt lah pengorbanan bapa mereka...tapi ana bersetuju juga pada komen beliau...xperlu nk tggu hari khusus.Tapi itupun hanya individu tertentu saja yg punya kesedaran akan telefon bapa ucap terima kasih,minx maaf sebelum tidur,doakan bapa usai solat.Justeru Nisa' tampil untuk melakukan sesuatu demi maslahat masy in'ALLAH sama2 kita ra'ikan..k.jumpa di sana esok!!!biiznillah

allahua'alam
Read more...

Saturday, June 11, 2011

.:Mari berMUHASABAH :.

iqra'-bacalah! (n_n)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Antum antunna apa khabar? Semestinya setiap orang ada kisahnya tersendiri kan.. Maha Kuasa ALLAH.

Baiklah,hari ini,ana nak mengajak diri ana,dan diri antum antunna semua,untuk berMUHASABAH..
Sahabat-sahabat tahu apa itu muhasabah? Apa yang ana faham,kita imbas kembali,recheck kembali APA YANG KITA BUAT hari ini@sepanjang kehidupan kita. Jadi,apa yang kita dapat dengan bermuhasabah ini? Kita dapat tahu@sedar kesalahan kita,prestasi@kualiti amal soleh kita,dan yang paling penting,bagaimana HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH.

Mari kita bertanyakan diri kita beberapa soalan;

1)Hari ini,adakah kita dapat qiamullail sekurang-kurangnya 2 rakaat solat tahajud?
2)Hari ini,adakah kita dah baca Al-Quran sebanyak 1 maqra'(tanda bunga dalam Al-Quran)?
3)Hari ini,adakah kita tasbih(Subhanallah) 33 kali,tahmid(Alhamdulillah) 33 kali,takbir(Allahuakbar) 33 kali?
4)Hari ini,adakah kita dapat solat sunat rawatib(tidak kisah mana-mana waktu,sedikit atau banyak)?

Yang ana sebutkan di atas adalah amalan-amalan sunat. Seperti yang kita belajar,amalan sunat ni, kalau kita buat,dapat pahala, kalau tidak buat,tak rugi,tiada apa-apa, kan? Tetapi hakikatnya,bagi orang-orang soleh,amalan-amalan sunat ini, kalau buat dapat pahala, kalau tidak buat,kita sendirilah yang akan rugi! Nampak tak mindsetting kita? Amalan-amalan sunat inilah yang akan menampung kelompongan amal-amal fardhu kita,insyaALLAH.

Apa kata kita muhasabah@tanya diri(hati,iman)kita tentang solat fardhu pula. Adakah hari ini,setiap solat fardhu yang lima,kita dapat laksanakan di awal waktu? Adakah kita dapat solat berjemaah? Adakah kita jemput khusyuk dalam solat kita itu?
Ana nak berkongsi sedikit tentang khusyuk. Ana nak merujuk ayat ke-45 dan 46 daripada surah Al-Baqarah;

"Dan mohonlah pertolongan(kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan(solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
(iaitu) mereka yang yakin,bahawa mereka akan menemui Tuhannya,dan bahawa mereka akan kembali kepada-NYA." (Al-Baqarah 2:ayat 45-46)

Di dalam ayat ke-46 surah Al-Baqarah ini,ALLAH menerangkan tentang orang-orang yang khusyuk.. Siapakah orang-orang yang khusyuk itu? Yakni yang meyakini bahawa mereka akan bertemu dengan ALLAH,dan akan kembali menemui-NYA di akhirat kelak.. Satu lagi persoalan yang ana nak bawa,adakah kita pernah memikirkan akan kehidupan selepas mati? Beriman kepada hari akhirat?

Dalam kehidupan dunia ini,kita berperanan sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAH ALLAH. Sebagai hamba-NYA,adalah hubungan kita dengan ALLAH. Dan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini,adalah hubungan kita dengan orang lain,berperanan sebagai dai'e@pendakwah. Ana teringat akan firman ALLAH ini;

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,dan keras,yang tidak derhaka kepada ALLAH terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim 66:ayat 6)

Ana nak sentuh sedikit lagi perihal solat. Bagaimana Nabi Muhammad SAW mendapat perintah solat? Ketika peristiwa Israk Mikraj kan. Nabi mendapat perintah solat daripada ALLAH secara langsung..di langit.. Al-Quran,adalah wahyu daripada ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril 'Alaihissalam. Ana bukanlah nak buat perbandingan antara Al-Quran dengan perintah solat fardhu,kerana masing-masing ada keistimewaanya yang tersendiri,dan dua-dua itu adalah daripada ALLAH SWT. Solat,interaksi kita secara langsung,live dengan ALLAH SWT ^_^ Al-Quran,lafaz dan maknanya daripada ALLAH,atau ana suka sebut,kata-kata(kalamullah) daripada ALLAH ^^, Best kan (",)

Wallahua'lam,sekadar peringatan untuk diri ana khususnya,dan buat sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH. Sejauh manakah kita mengamalkannya dan menyampaikannya kepada orang lain.

nota kaki: Jom buat pecutan untuk bulan Ramadhan! (sekarang dah bulan Rejab kan?) ^_^

Read more...

Friday, June 3, 2011

jom sama2 tingkatkan AMALAN..!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ape khabar iman hari ni...???
sama2 kite tepuk dada tanya iman.....

ye mungkin ada sesetngah org akan kata "mana tahu iman mcmmane...bukannya blh nmpk pun"

tp hakikatnya...kite sebenarnya kite blh rasa..
dan ingatla wahai sahabat2...
iman itu letaknya dimana..???
IMAN itu letaknya...di HATI...!!
...apabila hati kita kotor..@ dicemari.. tanpa kite sedar akan terzahir melalui perbuatan kite...wallhua'lam..

ana nk cerita kisah benar la..kali ni...
diceritakan oleh jiran ana sendiri...

jiran ana ada seorang anak angkat...yg kini menuntut di sebuah mahaad tahfiz....
suatu hari...sempena cuti sklh...yg singkat..
jiran ana meminta izin untuk bawa pulang anak angkatnya...

bile balik rumah...jiran ana beli la kfc..dan makan bersama-sama.....
jiran ana td tu...kesian melihat anaknya itu..xpernah rasa kfc...
sekali rasa menjilat jari.."SEDAPNYA.." katanya..
kemudian..lepas makan..mereka pun menonton televisyen bersama-sama...
macam2 cerita mereka tonton...seronok betul anak td..!!
dah lama benar xtgk tv katanya.....

cuti yg singkat tp cukup menyeronokkan hati si anak td....bersama ibu bapa angkatnya..

kemudian diringkaskan cerita...abis cuti..mrk pun menghantar semula..anak td ke maahad tahfiznya...

tiba2...malam esoknya..ustz dari mahaad tersebut..menelefon ibu bapa angkatnya...
mcm2 ustz tu tanya...cuti buat apa..ape yg dh dimakan..dan sbgainya...
rupa2nya..ustz tu nampak...anak td tu..dh lain dh..
susah je nk menghafal...xsama seperti sebelum ni......

ternyata...cuti yg singkat sgt2 memberi kesan kpd anak td....!!!!!

jadi agak2..ape pengajaran kite blh amil dr cerita ni..

kadang2 kite xsedar...bnde sekeliling kite bnyk melekakan hati kite..
mcm ana ckp mula2 tadi...iman letaknya dimana...?? HATI...

ALLAH..susah sbnrnya nk jaga HATI ni...!!!

jom sama2 muhasabah...

ape yg dh kite jamu mata kite...( tgk tv cite ape..?? bile on internet..lama2 ape yg kite dapat...
adakah kite spenuhnya..menggunakan masa depan kompter dgn bnde2 yg bermanfaat...??
~kalau jalan2 cari ilmu..singgah di blog2 alhamdulillah..teruskan..isi rohani anda...
kadang2 kite xsedar..rohani kite ni lapar dan dahaga...perlukan pengisian...~


seterusnya..
antara tips nak hafal quran..ana dpt dr seorang shbt..katanya...
`JAGA PEMAKANAN..~
Allahuakbar...yg ni..keliling kite diuji dgn mcm2 mknn yg sedap2 belaka...yg tanpa kite sedar..
memberi kesan..dalam HATI kite juga...
mcmmane blh kite usaha...yg mmg xde halal..@ syubhah..sama2 kite elakkan..
yg lain..kita TAWAKAL..tp jgn lupe bce doa..mntk ALLAH lindung..

mcm ustz ana pernah cerita..katanya..ustz kalau sblm mkn..mmg akn doa..ya ALLAH moga mknn ni selamat untuk dimakan..kalau xselamat maka Engkau keluarkanlah ya ALLAH...
yela mknn skrng ni..ALLAH..mcm2 jenis...yg kite pun xtau..kite blh tawakal je..ustz dh doa..tawakal...biasanya..kalau mkn kat certain2 kedai..lps ustz mkn..kdg2 mesti muntah balik..perut ustz xleh terima...ustz rasa..ada la tu yg xkene...ape2 pun ustz yakin dgn pertolongn ALLAH...bnde mcm ni luar kawalan kite..luar kemampuan kite..
kita dh usaha..doa..tawakal...InsyaAllah selamat...

demikian cerita ustz ana..

_______________________________________
k....jadi ana ambil kesempatan tuk mengucapkan selamat menyambut bulan REJAB...

jom..kite sama2...memeriahkan bulan yg mulia ni...dgn BANYAKKAN AMALAN..
dan kalau boleh..kurangkan facebook...
ye ada kebaikan fb tu...tp ape yg ana lihat..lbh bnyk keburukannya..
yg kadang2 kite x sedar....@ terlepas pandang..

jom sama2 bnykkan bace Quran..."sesungguhnya hanya dgn mengingati ALLAH hati akan tenang" jom sama2 kite kejar CINTA ALLAH...ingat!! xcukup hanya meniti di bibir...!!
BUKTIKAN KITE CINTA PENCIPTA kite..InsyaAllah...
cinta memerlukan PENGORBANAN...pasti akn terasa manisnya....
ya ALLAH..pasti indah bile dpt merasai manisnya beribadah...SUBHANALLAH..!!

banyakkan BERPUASA..!!!
cube tanamkan azam...nk puasa bnyk hari dlm bulan yg mulia ni....(tanya diri..letakkan target nk puasa brape hari..) InsyaAllah..niat nk buat dgn keazaman yg kuat dh dpt pahala...InsyaAllah..:)

ha...lgi satu...!! tanamkan azam..dan cuba..cuba..cuba..usaha sebaiknya..
untuk jumpa kekasih hati kite pd waktu yg plg afdhal...
maksud ana.." TAHAJJUD"..

jgn tangguh2...!! fikir2kan la..kalau bukan sekarang bile lagi...??

beribadahlah seperti ini ibadah terakhir kite....
jom sama2 kite bnyakkan amalan...meriahkan bulan yg mulia ini..!!
semoga tahun ni..lbh baik dr thn lps...
hari ini lbh baik dr semalam....

ana mntk maaf..salah dan silap..harap ditegur...
ana juga sedang ingatkan diri ana yg lemah ini...
sama2 kite abdikan sepenuh jiwa raga kita untuk ALLAH yg Esa...
xrugi,,!!! malah sgt2 beruntung....InsyaAllah sama2 kite nikmati kemanisannya....
cube la...xcube xtau...xrasa...!!!
moga kite semua semakin hampir dgn ALLAH..dari hari ke hari..InsyaALLAH..

selamat beramal...:)
Read more...

Wednesday, June 1, 2011

Aduhai hati...

Sejak akhir-akhir ni,mmg saya tiada idea nak menulis entry apa.Setiap hari berblogwalking membaca entry sahabat-sahabat,itu sudah cukup memuaskan.Bila difikir kembali,blog ini juga satu amanah..

2 minggu lepas di program Malam munajat di stadium selayang,teringat kata sorg sahabat saya sue;

'Bila dah ada blog...tapi x diupdate dgn sengaja..dikira satu dosa taw..'

'what????uish...dahsyat tu..'

Banyak hujah yang diberi..hujah yang logik la..Saya mendengar,sesekali mencelah.Terfikir kembali sejenak,dua jenak,tiga jenak..hmm betul juga.Seolah-olah kita menghentikan usaha dakwah.Even kita tahu kadang2 berapa sangtlah pelawat dalam blog kita sendiri,tetapi nak katanya..kita perlu amanah dgn diri kita.Apabila kita yang memilih untuk buat blog,jadi penuhilah ia dgn seruan dakwah,nasihat,cadangan,dan sbgnya yg mendatangkan manfaat.Jangan lah sampai berbulan-bulan,dua tiga tahun pun x berupdate..kecewa hati pelawat.Lari sudah mad'u.

'Kalau betul2 busy??dosa jugakkah?'tanya saya...

'Busy bagaimana sangt lah kamu ni..set kan seminggu satu entry,itu pun sudah memadai.'Sengih2 saya..hehe..mana busy nye.Cuti kat umah..cuma bband saja yang bermasalah sbnrnye.Lainlah pakai P1wimax ke....ada wifi kat uma hehe ^^,

Terasa macam beban dan berat pula...sebenarnya langsung tidak.IN'ALLAH..Kehadiran bnyk blog berbentuk islami terasa semarak berdakwah dlm blog ini.Walau kita x pernah jumpa,x pernah dengar suara.Hanya berkongsi ilmu,pengalaman...hati yang x bersemangat jadi bangkit semula...


*counting 4 the imtihan qabul
*hoping for the chance to win the 'jemputan umrah' >.<
*UNPATIENT waiting RAJAB,SYA'BAN N RAMADHAN!!! (esok...yeay yeay)
Read more...