Pages

Sunday, May 15, 2011

Guruku...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Sehingga saat ini,kita semua masih dapat menjalani kehidupan yang sementara ini,masih diberi helaan nafas yang tiada henti oleh Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya yakni ALLAH Subhanahu wa Taala. Tidak cukup hanya dengan puji dan puja bahkan,kita hendaklah mengabdikan diri kita hanya kepada-NYA sebagai tanda syukur kita ke hadrat Ilahi. { إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ } "Hanya kepada Engkau(ALLAH)lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."-surah Al-Fatihah,ayat 5. Perkataan "عبد"-mengabdikan diri kepada ALLAH Subhanahu wa Taala. =)

Pada entry kali ini,ana tergerak untuk mencoretkan tentang murobbi-murobbi ana,lebih tepat lagi,mutiara-mutiara ilmu yang ana dapat daripada mereka. Mungkin tidak semua murobbi yang akan ana nukilkan,tetapi jasa mereka dan setiap titik peluh mereka dicatat oleh ALLAH Subhanahu wa Taala,mudah-mudahan amal soleh mereka ini diberkati,diredhai dan memberatkan lagi timbangan pahala mereka di akhirat kelak,Amin. ^_^

Dahulu,ana sangat lemah dalam pelajaran Matematik. Semasa darjah 4,keputusan Matematik selalu dapat B (maksudnya tak pernah capai A). Namun alhamdulillah,semasa ana darjah 5, asbab cara cikgu Syarifah mengajar,ana mula minat Matematik dan selalu dapat A sehinggalah di alam sekolah menengah. Bayangkan,dengan anak murid yang bercambah minatnya dalam sesuatu pelajaran,dan anak murid tersebut mengamalkan ajaran cikgu itu dalam hidupnya, berapa banyakkah pahala si guru itu bakal terima? Subhanallah..

Di alam sekolah menengah pula,ana menyambung pelajaran di Sekolah Agama Menengah Rawang(SAMER),sama sekolah dengan admin blog ini,iaitu itqan. Alhamdulillah,penerapan tarbiyyah agama seiring dengan akademik melahirkan remaja-remaja harapan islam,permata-permata islam,tinggal individu itu MAHU ATAU TIDAK untuk ditarbiyyah..

Alhamdulillah,melalui ustaz Azri,ana meminati subjek Sejarah. Melalui Ustaz Haider,ana merasai pentingnya mempelajari ilmu fiqah,memperdalam ilmu tauhid,aqidah kita,juga penguasaan Bahasa Arab,dan keseimbangan hidup antara dunia dan akhirat.. Terngiang-ngiang di fikiran ana akan salah satu daripada isi ceramahnya suatu waktu dulu,
"Kita,bila nak makan,jangan makan kerana lapar,tapi kita nak makan kerana itu adalah fitrah kita sebagai manusia.."-nak makan pun ada kaitan dengan tauhid tau! ^_^
Dan,ana teringat juga akan nasihat ayah ana,
"Bila kita rasa lapar atau haus,jangan terus ingat makanan atau minuman tapi,ingatlah ALLAH.. kerana hakikatnya ALLAH yang beri kita kenyang,bukan makanan atau minuman itu yang bagi kenyang. Namun janganlah kerana itu,kita tidak berusaha untuk mencari makanan dan minuman,kena ada usaha juga! ^^, "

Ustazah Noraini pula,selalu berpesan, "Jadikanlah ALLAH dan malaikat itu sebagai pengawas kita,pentingnya taqwa..". Sebenarnya,ramai lagi murobbi ana..sejak dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah hinggalah menempuh alam pra-universiti cuma,ana yang tidak dapat ungkapkan tetapi,malaikat ALLAH pastinya mencatit amal soleh mereka ini dan bakal diadili oleh ALLAH dengan sebaik-baik pembalasan. ^_^-sayang ALLAH dan Rasul-NYA..

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Az-Zalzalah 99:ayat 7-8)

Sahabat-sahabat tahu tentang zarah kan? Kecil,halus..tengoklah,betapa telitinya ALLAH,walau sekecil-kecil amalan kita,yang baik mahupun yang jahat,ALLAH akan hisab..dan kita akan terima balasannya..walau sekecil-kecil perkara.. Bicara tentang sekecil-kecil amal,ana teringat akan nasihat ustazah Mustazzila, "Buang sampah di dalam tong sampah pun dikira amal soleh tau." Benda baik kan..dan tak menyusahkan orang lain juga..kebersihan pun terjaga,maka bersihlah alam kita ini..dapat hirup udara yang segar^^,

Ana sempat belajar STAM di SAMT KKB bersama itqan,tetapi ana tidak teruskan..kerana ana memilih untuk sambung pelajaran di APIUM Nilam Puri,Kelantan dalam bidang Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Murobbi-murobbi ketika ana belajar STAM,sahabat-sahabat boleh rujuk entry yang dicoret oleh itqan, http://syumuldeen.blogspot.com/2010/11/pengorbanan.html

Apabila ana mengorak langkah di APIUM Nilam Puri pula,Subhanallah.. Murobbi-murobbinya bukan sahaja punya ilmu yang tinggi bahkan menterjemahkannya(ilmu) dalam kehidupan mereka..sama seperti murobbi-murobbi ana di alam persekolahan. Bertuah kami pelajar asasi kerana kebanyakan profesor yang mengajar kami adalah berpangkat 'Prof Madya' atau 'PhD'.
Bukanlah status itu yang perlu dibanggakan tetapi ilmu di dada dan di dalam amalan kita lah yang menentukan keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH Subhanahu wa Taala.

Ana mendapati,murobbi-murobbi yang tulus ikhlas ini masing-masing mempunyai ujian dan dugaan hidup yang hebat. Ustaz Nawi yang mengajar ana subjek Aqidah di semester 1,gagah melangkah menuju ke bilik-bilik kuliah walaupun bertongkat,kerana kecacatan kaki sedari beliau kecil. Ustaz Syed,tetap mencurahkan ilmunya walaupun mengalami masalah suara. Tidaklah ana mencoretkan kisah ini untuk saja-saja tetapi untuk diambil iktibarnya. Maafkan ku murobbi-murobbi,ana hanya hendak mengambil iktibar daripada ketabahan dan pengorbanan kalian.. Hanya ALLAH yang bisa membalas jasamu itu,amin.. (",)

Terkesan dengan pesanan ustaz Mahyudin, "Ingatlah,apa-apa pun,di mana pun kita berada,segala yang kita lakukan di muka bumi ini akan dipersembahkan dan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH kelak..Ingatlah,kita ini hamba-NYA..". Ustazah Seripah Zin yang mengajar ana Ulum Quran sering mengingatkan, "Dekatlah dengan Al-Quran,hayati makna-maknanya dan bumikan ia di dalam kehidupan kita.." ^^,

Suara hatiku, "Murobbi,ku dambakan redha dan doa kalian atas anak muridmu ini.. Mudah-mudahan ilmu yang kalian sebarkan dapat diserap oleh hati ini,difahami,dikuasai dan diamalkan serta disampaikan kepada orang lain,amin.." InsyaALLAH,moga ALLAH permudahkan..jangan lupa untuk niat hanya kerana-NYA,berazam,berusaha bersungguh-sungguh,berdoa,dan bertawakkal pada-NYA.. Hanya kepada ALLAH kita bergantung dan mengabdikan diri.. ALLAHUAKBAR! ^_^

Dengarkan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh salah seorang murobbi ana di APIUM NP. Ustaz Mahyudin bin Daud mengajar ana subjek Kemahiran Quran sewaktu semester 2. Ustaz kata,waktu ini ustaz sakit tekak tapi sahabat-sahabat ustaz nak juga dengar suara ustaz ^_^ Sahabat-sahabat boleh pause sebentar lagu di blog ini yang terletak di penjuru kanan bawah blog^^,


Jazakumullah. Ana minta maaf atas segala hal,jika ada salah dan silap,silalah memperingatkan diri ini..^_^

Yang menulis entry ini,
MUJTAHIDAH SOLEHAH.

p/s: Sesiapa yang meminati novel thriller tulisan Ramlee Awang Murshid,ana menyatakan bahawa novel Takdir:Cahaya Yang Tidak Terpadam tulisan Hilal Asyraf setara dengan novel trilogi Bagaikan Puteri serta Cinta Sufi oleh Ramlee Awang Murshid (pandangan ana) ^_^
Read more...

Saturday, May 7, 2011

Orang-orang yang ALLAH beri nikmat kepadanya..^_^


Situasi: Di dalam bilik kuliah.

Ustazah: .....(memberi nasihat) .....seperti mana yang ALLAH terangkan di dalam surah An-Nisa', siapakah orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH..

Ana: (dalam hati) A'aa la, slama ni aku baca Surah Al-Fatihah, (dlm sehari, kita umat islam baca surah Al-Fatihah 2+4+4+3+4 = 17 kali dlm solat fardhu) tak perasan yang ayat terakhir surah Al-Fatihah seperti ada huraiannya..

Ustazah: iaitu para Nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid & orang-orang soleh =)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Baiklah, seperti yang sahabat-sahabat lihat(baca), ana mulakan entry kali ini dengan sebuah perbualan..(tukar style sikit ^_~)
Memandangkan blog ini mempunyai 3 org penulis, ana(yg menulis entry ini) memperkenalkan diri sebagai mujtahidah solehah(author 1),
Ana nak teruskan mengulas entry ini...STOP!!
Sahabat-sahabat faham tak apa yang ana nak sampaikan dalam situasi di atas??

Pertama sekali, Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH kerana ana dapat ilmu ini..(credit to my profesor@murobbi di APIUM Nilam Puri, ustazah Seripah Zin-mengajar subjek Ulum Quran)


Dari kiri: ustazah Wan Rohani & ustazah Seripah Zin ^_^


Keduanya, ana nak sama-sama berkongsi apa yang ana dapat, sahabat-sahabat yang mengetahui tentang perkongsian ini, nak tambah@perbaiki apa-apa,silakan..istikmal wastakmil insyaALLAH =)

Baiklah,ana teruskan..
Sebenarnya ana merujuk ayat 7 dari surah Al-Fatihah;
Sukacitanya, ana nak menyertakan sekali ayat ke-6 dari surah yg sama..

"Tunjukilah kami jalan yang lurus,"
"(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat."
(Al-Fatihah 1:ayat 6-7)

Sahabat-sahabat boleh rujuk makna 'jalan yang lurus' dan 'mereka yang dimurkai,mereka yang sesat' pada entry sebelum ini (Allah beli dari jiwa dan harta org2 mukmin dgn syurga.._^), insyaALLAH =)

Baiklah, cuba kita lihat makna ayat ke-7 itu..pada ayat "(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau(ALLAH) beri nikmat kepadanya..."
Kemudian, ALLAH terus sambung "...bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat."
Siapa orang-orang yang ALLAH beri nikmat kepadanya??
Satu persoalan...

Dan..ALLAH beritahu siapakah orang-orang yang telah ALLAH beri nikmat itu..dlm surah An-Nisa',
surah An-Nisa' surah ke berapa dlm Al-Quran??
Surah ke-4..

"Dan barangsiapa mentaati ALLAH dan Rasul(Muhammad SAW), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh ALLAH,(iaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (An-Nisa' 4:ayat 69)

Nah!
Bait-bait cinta dari ALLAH..^_^
Mari kita berusaha untuk bersama-sama@berada di dalam golongan orang-orang yang ALLAH beri nikmat itu!
TAATILAH ALLAH dan RASUL-NYA.. ALLAH akan tunjukkan kita JALAN YG LURUS.. ^_^
Beruntungnya kita orang-orang mukmin..orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat..

"Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji(ALLAH), mengembara(demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum ALLAH. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." (Surah At-Taubah 9:ayat 111-112)

Wallahu'alam ^_^
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~
Read more...

Sunday, May 1, 2011

Allah beli dari jiwa dan harta org2 mukmin dgn syurga.._^


Assalamualaikum w.b.t. =)

Sudah agak lama ana(mujtahidah) x menulis di sini..
Hmm,ana,klu nak menulis,suka mengajak diri ana n antum antunna semua berfikir..
but,dlm berfikir tu,kita kena jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sbg kayu ukur kita..pedoman kita dlm berfikir la kiranya..

Baiklah,skrg ni ana tgh baca novel 'Matahari' dan 'Remaja Harapan' by Hilal Asyraf.
Rata2 shbt kenal kan penulis ni?
Pd pendapat peribadi ana,saudara Hilal slalu menekankan ttg 'menjadi spt matahari' dlm stp karyanya..
Dan..bg ana,dia berjaya membuktikan yg dia 'dah menjadi matahari',buktinya? Penulisannya kini yg menembusi pasaran buku dan hati2 kita..
Jadi,ana nak mengajak kita sama2 berfikir,klu dia dah berjaya 'menjadi spt matahari',bagaimana pula dgn kita?
Adakah dah berubah kpd yg lebih baik? Utk Islam? Kerana cintakan ALLAH & Rasul-NYA..

Baiklah,alhamdulillah,sejak akhir2 ini,perkara yg inspiring ana adlh kalam ALLAH yg berikut:

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At-Taubah: ayat 111)

Allah beli dari kita..(org2 mukmin)..jiwa n harta..dgn SYURGA!
Tidakkah itu satu tawaran n ganjaran yg hebat dari PENCIPTA kita??
Kita perlu memilih kehidupan yg kita nak di akhirat kelak..dan apa choice yg ada?
cuma SYURGA dan NERAKA je!
Jadi,kita kena pilih dari skrg..

Kita boleh ambil ibrah dari Surah Al-Fatihah..
ayat ke-6, "Tunjukilah kami jalan yang lurus,"
..:Jln yg lurus iaitu jln hidup yg benar, yg dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat:..
ayat ke-7, "(jalan yg lurus iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat."
..:Mereka yg dimurkai adlh mereka yg sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yg sesat adlh mereka yg sengaja mengambil jalan lain selain ajaran Islam:..

Tafsir 'jln yg lurus' dan 'mereka yg dimurkai n sesat' tu ana petik dari Al-Quran & Terjemahan(Resm Uthmani) terbitan Al-Quran Darul Iman.



Ana ingat ayat ni(At-Taubah:111) terhenti di situ saja tp rupa2nya..
Semasa ana wat blogwalking,ana ada terjumpa satu blog ni..tp minta maaf,ana x ingat blog mane..
yg m'buatkan ana teruja ttg blog 'ni' adlh ayat Al-Quran yg terdapat di header blognye..

"Mereka(yang dibeli jiwa dan harta oleh Allah dengan syurga) itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji(Allah), mengembara(demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." (At-Taubah: ayat 112)

Tadabbur..hayati..n amalkan! InsyaALLAH lillah..^_^ Yakin dgn janji ALLAH..

Ana nak sentuh ckit ibrah yg ana dpt drpd novel 'Matahari' dan 'Remaja Harapan'...
1- Bina hbgn yg kuat dgn Allah(m'abdikan diri kpd Allah dlm hidup), kita akan jadi kuat!
2- Iman adlh asas kpd kehidupan dan perjuangan.
.......klu xde iman, x percaya kpd Allah, kita x dptlah bertahan dgn ujian. Ble xdpt tahan ujian, x dptlah nak jadi kuat. Bila x kuat, mcm mana nak teruskan kehidupan?.......
3- Tidak berputus asa spt matahari,
......"Matahari bersinar stp hari, m'berikan cahaya kpd semua kehidupan. Walau ada yg m'cacinya kerana teriknya ia, walau ada yg tidak menyukainya kerana ia m'hapus malam, walau ada yg merungut krn dia mewujudkan bahang, dia tetap bersinar dan tidak pernah merajuk."......
4- Kita(remaja Islam,umat Islam) adalah harapan Islam!

Wallahua'alam. Berusaha mencontohi sifat2 Rasulullah ^_^

Buku2 yg ana beli di book fair dgn itqan! ^_^

Read more...

Tuesday, April 26, 2011

Tempe....Oh Tempe....

Assalamualaikum..w.b.t.. semua..

apa khabar iman hari ni...??? semoga kite ni sentiasa berusaha tuk tambah mknn rohani kite..InsyaAllah...kdg2 jasmani kite cukup sihat...sampai kite terlupa rohani kita tgh lapar...
sama2 kita muhasabah diri......penuhkan hati2 mu dgn ayat2 suci Al-Quran...
hanya dgn cara itu...HATI KITA AKAN TENANG..dan dekat dgn ALLAH..InsyaAllah..


jadi hr ni....suka untuk ana kongsi satu kisah yg ana dgr dr radio IKIM F.M...
(hehe..promote plak) slot motivasi pagi..pkul 7.30 pg...

kisah tentang seorg mk ck yg mencari rezeki dgn tempenye....
tempe ni..sprti yg kte tahu ye..tuan2..puan2...kene diperam sampai masak...br blh mkn...

kebiasaannya...mk ck ni..hanya mengambil masa satu malam...
tempenye itu diperam satu malam...esoknye...mesti masak dan blh dijual...

namun....suatu hari...UJIAN ALLAH mungkin..
tika mkck itu jual sperti biasa...dtg seorg kakk nk beli tempe..
kakk itu tanya dulu sblm beli.."boleh saya tengok dulu isinya...nk pastikan tempe ni dh masak ke belum..??"

mak cik tu pun...benarkan...
bile dibuka bungkusan tempenye...rupa2 nya..tempenye belum masak lagi...
jadi kakk tu pun xjadi la nk beli tempe tu...

sepanjang hari mkc k tu jual...tiada la org yg membeli dek krn tempenye pd hr itu xmasak..
tp..
mak ck td..xputus asa...malam tu...mk ck tu pun..peram la tempenye sperti biasa...
sambil berdoa.."ya ALLAH..mungkin ujian aku hari ni..tempeku xlaku krn x masak..Kau masakkan la tempeku..untuk ku jual esok hari..."

keesokan harinya....mkck tu pn..jual sperti rutin hariannya..
dtg seorg pakcik ingin membeli tempenye...namun meminta izin tuk melihat isinya dahulu...
akhirnya...
xjadi jugak pakcik tu beli krn tempe tersebut juga belum masak...
maka xlaku lg la...tempe mk ck tu...

sedih hati mak cik tu...namun xputus asa..mengharap pertolongn ALLAH...
mlm tu..sperti rutin hariannya...peram tempenya..dan sgt2 mengharap dan berdoa agar tempenya masak..

keesokan harinya juga...jadi seperti hari sebelum2 ni...
tempenya xlaku...

namun...mk ck tu xputus asa...berdoa..
"YA ALLAH....bagila tempe ni masak....krn ini sumber rezeki ku...dah tiga hari tempeku xlaku..tiada sorang pun yg beli....sedih hati ini ya ALLAH...Kau bantulah hambaMU ini...
Kau masakkan lah tempeku...supaya ada org membelinya esok hari....."

keesokan harinya...mk ck tu pun..jual tempenye sperti biasa...
tiba...dtg seorg pelanggan...bertanya..
"mak cik...kat sini ada dak jual tempe yg xmasak...????"

terkejut mak cik tu apbl mendengar p'tanyaan tersebut...maka.. kata mk ck tu..
"dik cuba bukak bungkusan tempe tu...dan tgk la sendiri isinya...."

apbl dibuka...akhirnya didapati..tempenye memang belum masak lagi...
maka pelanggan tersebut...membeli semua tempe2nye yg belum masak tersebut...
habis..semua diangkutnye....maka mk ck tu pun tanya..
"kenapa nk tempe yg belum masak..???"
maka di jwbnya..
"anak saya suka sgt dgn tempe...sy nk beli tuk anak sy yg skrng kat luar negara....jd..dlm perjalann ke negara dye tu..sempatla tempe ni nk betul2 masak..."

mk ck td..rasa sgt2 bersyukur...ALHAMDULILLAH YA ALLAH....

*************************************************

kdg2..kite xdpt ape yg kite doakan..kite xdpt sebijik ape yg kite hajatkan...kite xdpt ape yg kite hendakkan..
tp ALLAH sentiasa tahu ape yg kite perlukan...

kdg2..cara ALLAH nk beri rezeki tu..pelbagai bentuk..
rezeki ALLAH dtg dlm keadaan yg kita xakan sangka2....

oleh itu...jika ujian dtg...apa bentuk ujian pun yg hadir..singgah dlm kehidupan kite..
kuncinya..BERSABARLAH...
SABAR..SABAR...dan SABAR...
pasti ada hikmahnya...ALLAH sedang rancang sesuatu yg TERBAIK tuk kita....

dan jgn berputus asa dr RAHMAT ALLAH..jgn berhenti BERDOA dan MENGHARAP dr Yang Maha Esa...

wallahua'lam....
Read more...

Sunday, April 24, 2011

~Walau sesibuk mana~

Salam tarbiyyah buat semua blogger,semua pengunjung,semua pembaca yang ALLAH kasihi sekalian.Minggu ini minggu yang paling sibuk pada ana (itqan).Ditambah dengan TMJ simptom yang pelik2 ni..mulanya rasa sgt2 x selesa namun..alhamdulillah atas nikmat tarbiyyah ini,simptom TMJ yang dialami dah semakin sebati dalam diri.Sakit itu tarbiyyah..sihat juga tarbiyyah..credit to sahabat ana yusra (mumtazah) yang mengingatkan ana hakikat ini.Syukran ukhti.ALLAH jualah penyembuh segala kesakitan..kan3.Perancangan seharian mesti diteruskan. =)

Sebut tentang perancangan,teringat ayat ni..Maksud FirmanNYA:

"Kita merancang,ALLAH juga merancang,namun ALLAH adalah sebaik-baik perancang" surah al-anfal ayat 30 kalau x silap ana,tapi itu tentang rancangan org musyrik untuk lakukan tipudaya.Yang ana maksudkan perancangan kat cni adalah perancangan aktiviti kita sewaktu cuti..heh..boleh faham kan?maksud ana..contohnya kita rancang nak bercuti..tiba2..kita sakit masuk hospital..itu rancangan ALLAH..dan sudah tentu rancangan Yang Maha Esa itu lebih baik.




OK..straight forward saja,lepasan STAM macam ana ni cuti dgn bahagianya selama 9 bulan di rumah..kalau x ada apa2 aktiviti sudah tentu sgt2 membosankan.Oleh itu..banyak saja perancangan dalam kepala.Terlebih kerja pulak..hehe.Kadang2 dalam sehari,urusan lebih banyak dari masa 24 jam,bak kata pepatah siapa ntah 'alwajibat aktharu minal awqat' ya'ni kewajipan itu lebih banyak dari masa yang ada.Syukurlah semuanya tersusun.Planner untuk april inilah yang paling padat.Nak uruskan borang2 untuk ke mesir bersama sahabat2 stam,study untuk imtihan qabul,menguruskan perniagaan dadih..cenderamata dan buku,menyambung cerpen yang dah tergendala beberapa hari,mengemaskini blog..menguruskan program di sekolah,ngaja tuisyen dan bantu mak dalam kerja2 rumah.Huhu macamlah ana sorang je yang busy..(mega je).Padahal x delah susah mana kerja2 tu.Jadinya ana nak muhasabah kembali..nak ajak sahabt2 pun sama2 bermuhasabah.Rasulullah lagi banyak tugas..seorang Rasul,seorang pemimpin,seorang suami,seorang sahabat,seorang bapa..dan macam2 lagilah.X ada mengeluh2..isk3.Nak dibandingkan dengan kita,sgt2 kecil pengorbanan.

Persoalannya dalam kesibukan kita semua dalam aktiviti seharian..misalnya study untuk exam bagi sahabt2 yang bergelar pelajar,bekerja mencari rezeki sama ada office worker atau bussinessman,pekedai runcit dan sebagainya.Bilakah masa kita mengingati DIA,selain waktu2 khusus contohnya solat??Koreksi kembali...Bila kita sibuk dan ada perancangan..maka selalunya ALLAH jarang2 kita ingat.Masa di ting 5 dulu,ana sekolah SAMER,seorang naqibah ana dari UPM bagi nasihat,ana ingat sampai hari ni.

"Bila kita sibuk,kita nak masuk kuliah,nak pergi kerja.Aktiviti berlambak.Banyak muttaba'ah(amalan sunat seharian) yang tertinggal.Jadi akak mengambil jalan,lakukan muttaba'ah waktu kita bekerja,waktu kita study,waktu kita beraktiviti.."

"macam mana?contohnye??"nakkan penjelasan

"Akak ke kuliah naik motor,masa betul2 lepas subuh,waktu dhuha tyme tu..ma'thurat pun x sempat baca..Jadinya,ma'thurat dibaca waktu tgh drive motor.Sampai2 di tempat kuliah masih ada wudhu' terus hampar kain,solat di ruang kosong.."

Nampak??settle x?sejenak memori masa usrah tu menerjah di benak ana.Tiada alasan muttaba'ah lompong sana sini dengan tugas dunia yang kita sendiri lambakkan.So,sambil menulis blog boleh berzikir..boleh tasbih.Sambil meniaga boleh ulang hafalan,2 kerja dalam satu masa.Mampukan??in'ALLAH..walau sesibuk mana pun dengan urusan dunia..kalau kita x sertakan niat untuk beribadah..penat saja kita dapat.Kan indah kalau semua aktiviti untuk islam..niat untuk redha ALLAH,kemudian masa jalankan aktiviti seharian sambil memuji ALLAH..ingat ALLAH.Cantik kan susunan hidup macam tu??cantik3..=) jom kita lakukan sama2.

mmori bersama team nisa' dan unit amal dalam xpdc dakwah malam tahun baru 2011

p/s:KLIBF11 a.k.a Kuala Lumpur International Book Fair sudah bermula sejak 22 april dan akan berakhir pada 1 mei 2011.Jadi jomla kita pakat2 ke sana..menjenguk,memilih buku2 islami.Ana nak kesana bersama shbt2 tersayang.munirah munir(mujtahidah) dan lain2.Sudah tentunya ana akan ke GISB dan Telaga biru.:)

29april-1mei:bersama syifaq ke unisel in'ALLAH..'comparative religion'..

Mohon doa sahabt2 blogger sekalian agar ana(itqan sbg admin) dan yusra (mumtazah author 2) blog ini dpt menyambung pelajaran ke mesir.Menanti senarai nama terpilih dgn penuh debaran..ALLAH tahu yang terbaik buat kami.
Read more...

Tuesday, April 19, 2011

Am I Truly Muslimah ii

Alhamdulillah 3x..bersyukur sgt2 kepada ALLAH.Program AM I TRULY MUSLIMAH yang kedua telah selamat berlangsung pada 15-17 April di SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG (SAMER).Seramai 134 peserta dari kalangan pelajar perempuan ting 4 dan ting 5 baik pelajar asrama mahupun pelajar luar telah mengikuti program tersebut.Fasilitator seramai 22 orang diimport dari Kelab Fasi Darul Qur'an.Urusetia dari kalangan team nisa' templer dan selayang dan juga bantuan dari beberapa orang sahabat dari gen22 SAMER.


AM I TRULY MUSLIMAH yang kedua ini adalah rentetan dari AM I TRULY MUSLIMAH yang pertama pada tahun 2006.Susulan program2 lain di SAMER seperti 'TAUTAN UKHWAH' pada 2005,'BIAH IBADAH 1'pada 2006 dan 'BIAH IBADAH 2' pada 2007,dan 'TITIAN MAHABBAH' pada 2009 hanya menyasarkan pelajar f1,f2 dan f3 sahaja.Program seperti 'PESONA' pada tahun 2008 dan 2009 pula hanya mengambil masa 2 hari yang mungkin tidak cukup untuk memfokuskan objektif.Justeru program AM I TRULY MUSLIMAH yang kedua ini telah dirancang dgn sgt2 teliti melalui modul2nya,taujih yang akan disampaikan,serta games yang mempunyai ibrah yang besar pada adik2 SAMER ini.



Sebilangan kecil pelajar ting 5



Sebagai urusetia..ana(itqan),saidah husna,fatimah roslan dan sumaiyyah najihah bertungkus lumus menyiapkan bahan2 modul,bahan2 untuk games serta soalan2 yang berupa soalan berkaitan penghayatan islam dan isu semasa.Ana kehulu hilir dgn first aid kit,husna plak sbg camerawoman unggul hehe.Program santai2 sahaja..tapi kesibukan kami x kira masa.Kiranya setiap hari tidur pukul 2 pagi.Xpe..rindu di SAMER,ahli2nya,warden2nya punya pasal,x kisah la.=)



Banyak perubahan besar yg positif pada adik2 ni..pertamanya bila berjumpa pada hari pertama lagi..mereka pasti akan memberi salam atau pun mesti tegur dan senyum.X sempat ana nak mula..aish malu alah.Sampai la last program..even berselisih dua tiga kali,x penat2 beri salam.Perubahan yang dtg dari diri sendiri.Bagus2..ni ana pulak nak praktik kat luar in'ALLAH.Hari pertama lagi,ana cuba ingat kembali semua nama adik2 ni..134 orang..sebilangan besarnya memang ana kenal.Ada juga pelajar baru yang ambil kelas sains kat SAMER.Ukhuwah itu serumpun..baru atau lama..sayang krn ALLAH itu tetap utama.=)



Teruskan berjuang adik2 ku.Setkan matlamat itu yang utama.Muslimah harus aktif!!Mujahidah yang concern dgn isu semasa...mujahidah yang alert dengan masalah ummat..mujahidah yang tunduk di hadapan ALLAH..Mujahidah yang malamnya tidak lekang dengan qiam..siangnya pula berbakti di jalan ALLAH..cakapnya diiring dgn mengingati ALLAH..diamnya juga mengingati ALLAH..tingkahlaku dan jalannya penuh penghambaan..memang sukar untuk menjadi sempurna..kita cuba pelan2..sama2 ye :) wallahua'lam


p/s:gambar program terlalu besar untuk diupload..

Read more...

Thursday, April 7, 2011

Ma li hazal kitab!!!!

Assalamualaikum..kepada semua sahabt2 blogger yang dikasihi..sahabat2 seislam,seiman seaqidah.Alhamdulillah..syukur lillah,ana dpt tulis satu post.Agak2 lebih kurang seminggu juga ana (itqan) x merancakkan jemari ni melakarkan entry hehe..kesibukan melanda.cewah..hmm x lah sesibuk mana sebenarnya.=p



Ma li hazal kitab!!!ma ma'nahu?apa maknanya?what is the meaning of this sentence???Tahu x?hehe mesti tahu kn..antum antunna semua lebih arif dari diri ni..cuma ana nk refresh kembali tentang hakikat org2 yang berdosa pabila di mahsyar nanti.Iya..ayat inilah ayat yang kita x mahu ucapkan di mahsyar nanti..insya'ALLAH...sama2 kita realisasikan. sebenarnya ayat itu,ana ambil dari sepotong kalam suciNYA..

Maksud Firman ALLAH:" Dan diletakkan kitab(catatan amal),lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa (yang tertulis) di dlmnya,dan mereka berkata,"Betapa celaka kami,kitab apakah ini??,tidak ada yang tertinggal,yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya,"dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis).Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun" (al-kahfi:49)

Nampak kan..yang ana bold kan tu..?ma li hazal kitab maksudnya...'kitab apakah ini'??apa perasaan kita pabila membaca ayat ni?biasa saja ke,atau meremang je ke,atau takut...awas..berhati-hati dgn segala perbuatan kita..?pilihlah..kalau kita org bijak..kita jadikan ALLAH sbg pengawas dlm hidup.Pengawas itu satu istilah sahaja.Pengawas sekolah itu lain..pengawas penjara itu pun lain,mereka cuma makhluk sbb tu kita selalu buat salah dekat sekolah,x heran pun dgn pengawas kn3..?..tapi PENGAWAS TINGKAHLAKU kita,PENGAWAS TERAGUNG kita adalah DIA,ALLAH!!malaikat pencatit amalan baik dan buruk pula tidak pernah lengah terhadap apa yang kita lakukan..hatta sekarang ini..kita diperhatikan oleh ALLAH!sedarkah kita...?mari kita sama bermuhasabah..

Bayangkan (jgn paksa jelmakan bayangan sudahla) kitab amal kita nanti..sewaktu di padang mahsyar.Dari arah manakah kita akan terima??depan kah,belakangkah,kiri atau kanankah atau dicampakkah?tangan mana yang akan kita terima??tgn kanan atau kiri??adakah ALLAH murka sewaktu itu..?bila kita buka untuk membaca..terkejutkah dengan perbuatan maksiat menimbun??atau tersenyum dengan amal yang menggunung??mari kita pilih jalan kita...



Selagi antum antunna boleh membaca entry ini..bermakna antum antunna masih hidup..dan ana sewaktu menulis en3 ini juga masih hidup..alhmdulillah kita masih hidup..kita masih boleh berpatah balik,mencorakkan mahmudah dalam buku amal kita..ayuh!jangan lengah..ana stopkan entry ini disini..Di mahsyar nanti..kita berjumpa..kita akan dipertontonkan amal masing2...fastabiqul khairat..berlumbalah!!sorokkan amalmu didunia untuk redhaNYA...diakhirat iakan terdedah jua,bersama layar keindahan menuju jannahNYA..wallahua'lam
Read more...