Pages

Tuesday, September 14, 2010

Bangun Malam..


Kali ni,ana nak bercerita satu kisah..
Suatu hari,kami ada kelas bahasa Arab. Seperti biasa,tanpa jemunya ustaz Nor Hazrul mengajar kami bahasa Arab.. Panggilan ustaz dan ustazah adalah sinonim bagi gelaran profesor di APIUMNP,Klntn,mahupun profesor madya(^_^). Bagi pelajar2 yg ingin mendapatkan khidmat nasihat,ustaz Hazrul lah antara pilihan pelajar.. Selain belajar bahasa Arab,ustaz sering menyelitkan kisah2,motivasi di dalam pembelajaran beliau..inilah antara aset yg disenangi pelajar..
Satu perkongsian yg menarik,ustaz Hazrul menyentuh ttg bangun dari tidur.. fokus pada bgn waktu malam..sbb tu tajuk saya 'Bangun Malam'..Nak tau ceritanya? Alkisahnya begini..
"Kita tidur di malam hari,dan kemudian,kita bangun..biasanya kita akan rasa ngantuk lagi..kan? Lagi2 klu kita bgn dlm 3 atau 4 pagi.. dan biasanya,kita ni akan sambung tidur,disebabkan rasa mengantuk tu.. TAPI sebenarnya,kita ni dah ditipu!"
"Ha??",terkejut kami mendengarnya.. Apa maksud ustaz dgn kita ni ditipu?? Adakah sbb kita x bgn tidur,n qiam..??
"Ustaz kata gitu,sbb..ye la,kita kan DAH tidur..kenapa ada rasa mengantuk lagi?? Secara logiknya,kata la kita dah buat sesuatu perkara,cth,kita dah siapkan tugasan kerja kita,xkan la tugasan kerja kita tu x siap lagi..kan2? Begitu juga tidur,klu kita dah tidur,patutnya xda dah rasa ngantuk tu.."
"Hermm..",udah faham..memikir2 akan kebenaran kata2 ustaz..
"Jadi,org yg sambung tidur tu,seolah2 dia menipu dirinya sendiri,x gitu? Sbb dia ditipu dgn rasa ngantuk tu.."
"Betul tu..ada benarnya kata2 ustaz..",monolog hatiku.
Ana paparkan kisah ni sbg motivasi utk kita..sama2 mujahadah nafs dalam bangun malam..dan pastinya,bgn malam ini utk tujuan yg baik la,spt qiam.. dan tujuan2 baik yg lain..
Selain ibadah fardhu,ibadah secara UMUMnya terbahagi kpd 4 jenis(yg kita blh buat tiap2 hari) iaitu:
  1. Sembahyang sunat
  2. Membaca Al-Quran
  3. Doa
  4. Zikir

Jadi,bagi yg ma'zurah,tiada halangan baginya utk qiam dan beribadah..iaitu dgn berdoa dan berzikir.. Keempat2 perkara tersebut blh kita lakukan tiap2 hari,n x perlukan wang pun..betul x? Banyak lagi ibadah2 lain spt sedekah,puasa n lain2..tp keempat2 perkara ini adalah yg umum..yg semua org blh buat..katalah klu sedekah,org miskin x blh nak bersedekah..kan?

Setelah kita dpt bgn malam,n qiam..jgn pula terlepas solat subuh! Ye la,kdg2 tu dah habis qiam,kata la ada masa lagi,kita mungkin tertidur..atau tidur sebentar.. Pastikanlah kita bukan setakat dpt buat yg sunat,malah yg fardhu tetap terjaga! Maksudnya,qiam pun kita dpt buat..solat subuh pun kita dpt laksanakan di awal waktu..klu dpt berjemaah,laaagi bagus..bg muslimin,mereka hendaklah melaksanakan solat di tempat azan diazankan,iaitu berjemaah sama ada di surau mahupun masjid..

Satu lagi perkongsian dari ustaz..sbnrnya banyak yg ustaz dah kongsikan tp,ini antara yg ana ingat.. Amalan sunat yg Nabi hampir2 tak tinggalkan adalah solat sunat witir dan solat sunat sblm subuh!

Ana petik tulisan ustaz Amaluddin Mohd Napiah,di dalam mjlh Anis keluaran jun 2010...

...Daripada (Ummul Mukminin) Aisyah r.ha.,beliau berkata:"...Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah meninggalkan empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh." (Riwayat al-Bukhari)

Apakah maksud Nabi SAW 'tidak pernah meninggalkan'? Ia membawa pengertian yg solat sunat Subuh telah menjadi kebiasaan baginda SAW,bahkan sentiasa dilakukan oleh baginda dan (hampir) tidak pernah ditinggalkan......

Sabda Nabi,"Dua rakaat Fajar lebih baik daripada dunia dan segala apa yang ada di dalamnya." Dalam riwayat lain:"Lebih aku suka daripada dunia seisinya." (Riwayat Imam Muslim daripada Aisyah r.ha.)

Di sini,ana tidaklah menekankan hanya kpd solat sunat qabliyyah Subuh.. Seorang Muslim itu dianjurkan supaya mengerjakan solat-solat sunat,dan di antara solat-solat yg disunatkan ke atas umat islam ialah solat sunat Rawatib. Ana cuma hendak menyampaikan fadhilat(kelebihan) dan keutamaan solat sunat Fajar ini sehingga dihukumkan Muakad yakni 'sangat dituntut'.

Wahai hati2 yang lunak,dalamilah mutiara kata ini sbg penutup kalamku..,

"Jika ALLAH bersamamu di hatimu,tiada siapa dan apa2 yang patut kau gusarkan. Sesungguhnya segala sesuatu yang menimpamu tatkala berjuang di jalanNYA penebus dosa2mu. Bergembiralah kerana kini dirimu terpilih untukNYA. Ikhlaskan jiwamu.. Selagi hayat dikandung badan,selagi sihat seluruh jasad,selagi ajal belum mengundang,wakafkanlah dirimu,jiwamu serta hayatmu FI SABILILLAH.. Sungguh hidupmu & nyawamu hanya sekali cuma. Jadikan ia ladang pelaburan terbaik buat membeli al-Jannah....(^_^)"

Read more...

Friday, September 10, 2010

~puasa enam~

Hari ini raya kedua..

Ana sekeluarga x kemana.Cuma tunggu maksu yang nak dtg petang ni dan akan bermalam di rumah selayang.Esok abang Hafiz dan isteri dah plan nak pergi ulu yam..mandi mande smbil wat BBQ..kire mcm family day la kot.Huhu ana x merancang nk mandi..maybe bawak homework g sne..Yelah exam dah dekat,oh ye jgn lupe bdak2 stam,ust fatimah nak wat ujian saringan hadith..so,kena hafal satu buku 33 hadith skali dgn mustolahnya..

Raya pertama semalam semua orang berkumpul kat rumah maksu sbb tok ada kat sana..meriah sgt2.Hari raya pertama,mak ayah berbaju purple..kitorg 3 beradik brbaju serba oren..Bersalaman lah sesama sedara(yg pompuan)hehe..x smpi petang lagi duit raya sudah mencecah rm90.Wah masyuk!walaupun bukan itu bukan sebenarnya yang kita rai di bulan syawal ini,kalau dah ada org bagi..amik je la..
alhamdulillah


Harapnya kita semua dpt mera'ikan dgn besederhana.Biarlah kesan Ramadhan terhadap diri kita ini,berterusan sehingga Ramadhan akan dtg.Makan jgn berlebihan dan hari ni dah boleh mula untuk puasa enam..

"Abu ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w
di dlm menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya:"sesiapa yang puasa Ramadhan,kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun" (Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya,juga dikeluarkan oleh sekelian ramai ulama' hadith seperti Imam Tirmizi,An-nasa'ie dan Ibn Majah).Imam Syafie' menjelaskan hadith ini adalah hadith sahih.

Pendapat Imam Syafi'e..untuk melakukan puasa enam ini,sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan secara berturut-turut.Tetapi bukanlah bermakna puasa yang dilakukan scr terputus(awal,tgh dan akhir) tidak mendapat pahala,ia juga dikira sbg ibadah.

Jadi apa lagi..hayya2!fastabiqul khairat..berlumba-lumba kita ke arah kebaikan.
Read more...

Wednesday, September 8, 2010

~Salam Eidul Fitri~


*Alhamdulillah..kita sudah sampai di penghujung Ramadhan.Pastinya perasaan masing2 bercampur antara sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita,dan ada juga yang gembira menunggu ketibaan hari kemenangan di bulan Syawal.
Bagaimana kita beramal ibadah di bulan Ramadhan..hendaklah begitu juga di bulan2 yang lain.Ramadhan hanyalah suatu perhentian,untuk kita mencari bekal demi menyambung perjalanan di bulan2 seterusnya..
*Disini ana ingin mengucapkan salam eidul fitri..mga2 kita kembali pada fitrah..dan ingin mohon maaf atas segala khilaf.Khusus buat shbt2 sek rendah SKSJ dan Sar ummul qura,SAM rawang dan SAMtkkb..shbt2 yang kenal diri ini di SAM2 lain..juga buat shbt2 yang akan fly ke mesir untuk bidang medic(amalina,yatt,hani sofea) dan dentistry(azka pauzi)..akak2 STAM yang akan ke mesir dlm bidang syari'ah,lughoh dan usuluddin (kak ama,kak syamin,kak naili,kak azimah,kak afni,kak farhana dan yang lain2).Mga thabit di perantauan menuntut ilmuNYA.
*Buat pengetahuan semua,blog ana kali ini juga menampilkn perkongsian drpd seorg sahabat ana Nurul Munirah Munir yang kini penuntut di UM,Nilam Puri.Beliau sbg author ke-2 di blog ini..Mga2 kita semua mendapat manfaat bersama..
Read more...
MINAL AIDIN WAL FAIZIN!

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum buat pejuang2 islam sekalian.. Alhamdulillah,ana diajak shbt baik ana utk berkongsi ilmu,peringatan,kisah2 dan pengalaman dgn antum antunna sekalian.. Segala puji bagi Allah atas kesempatan dan ruang ini.. Tapi yg pastinya,apa yg ana tulis ini adalah utk peringatan diri ana khususnya. Mungkin gaya penulisan ana berlainan dr sahabat ana,harap antum semua dptlah menerima seadanya..ana hanya mampu utk berusaha bg menegakkan syiar islam di dlm diri kita,individu muslim. Sedikit perkongsian dari ana..


Pada tarikh 9 september ini..30 Ramadhan 1431 H,Ramadhan bakal melabuhkan tirainya sebentar lagi..1 Syawal bakal menjelang tatkala terbenamnya matahari pd hari ini..apakah perasaan kita? Apa yg kita fikirkan? Mungkin ramai yg sedang dalam perjalanan utk balik ke kampung..begitu juga ana..namun,persoalan ini berlegar2 di fikiran,menyelaputi segenap emosi diri ana..


Momentumkan pecutan terakhir Ramadhan! Ana ada terbaca di blog Hilal Asyraf yg tidak asing lagi di pengetahuan kita..Langit Ilahi..lebih kurang begini kata2nya..antum blh merujuk blognya,dia terfikir..adakah aidilfitri ini layak buat dirinya? Bila ana terbaca kata2nya itu..ana baru terfikir..hrmm..sedih kan nak tinggalkan Ramadhan? Entah kita ketemu lagi ke tidak Ramadhan yg akan datang..sama ada kita yg xkan ketemu dgn Ramadhan lagi atau Ramadhan sendiri yg xkan mengunjungi kita..


Namun begitu,sambutlah aidilfitri dgn kesyukuran,kan? Sbb ALLAH yg menghadiahkannya kpd kita..cuma jgn dilupakan Ramadhan yg bakal pergi,dan tetaplah istiqamah dgn amal2 kebaikan,amal soleh yg telah kita perbaiki,yg telah kita pertingkatkan di dlm bln Ramadhan ke bulan2 hijrah yang lain,insyaALLAH.. Mudah2an,kita tidak menjadi org yg rugi..


Tidak salah utk kita bergembira di hari raya..pastikanlah kita isi aidilfitri kita dgn perkara2 yg tidak melanggar syariat ALLAH dan sunnah Nabi.. Islam tu kan cara hidup kita?


Univesity of Ramadhan@Madrasah Ramadhan,Bonus of Lailatul Qadr and Bachelor of Taqwa!

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah:ayat 183)

Akhir kalam,syukran a'la kulli hal wa afwan a'la kulli syarri..minal aidin wal faizin,selamat hari raya aidilfitri..dan jgn lupa mendoakan saudara seislam kita di palestin..saya rindu sahabat2 saya,APIUMNP..
Read more...

Ust Rizal b. Mokhter AL-hafiz


Sedang bersiap-siap menuju ke madrasah al-ikhwan,Selayang(blkg rumah)..untuk tarawih.Yang istimewanya,selepas solat tarawih akan ada ceramah oleh guru ana semasa menuntut di SAMER (sekolah agama menengah Rawang).X sangka ust jadi penceramah jemputan smpi ke selayang..


Hebat orgnya..di SAMER dulu,ust Rizal merangkap guru BADAR dan guru disiplin.Boleh dikatakan sifar disiplin..senang kerja kami BKP nak bereskan budak2 nakal nih..ust sekali cakap je,budak nakal terus jadi baik.Itulah kekuatan Qudwah Qabla Dakwah..Ustaz ngaja ana Al-qur'an tyme f1-f5..tapi menjadi rapat sejak f4,f5 yang melibatkan organisasi badar,asrama dan Bkp sekolah..Ust is da best!


Ustaz kini terus menjadi pendidik di SAMER sejak zaman kak long ana lagi(yg skang umo 25),selain itu..menjadi imam 1 di masjid Amaniah,batu caves..dulu ust menuntut di Al-azhar kalo x silap dlm bidang qiraat.


X segan untuk ana bicara bhw ust Rizal adalah uswah yang cukup baik dlm masy kini..ana pernah lihat bgmana beliau melayani telatah anak2 beliau sbb ana prnah jadi fasi di masjid Amaniah(kuarter ust dkat situ jugak) dan sudah tentu cara beliau yang sgt berhikmah bersama dgn pelajar bermasalah.Ana yakin bukan semua org dpt mengaplikasi dlm kehidupan mereka cara hidup Rasulullah..ape2 pun ana dah nak g surau..sape2 yg tinggal brdekatan,baru terbaca post ini..hayya ma'iya..!masih belum terlambat..=)ceramah biasa stat kol 10mlm..
Read more...

Tuesday, September 7, 2010

~Beruntung jadi gharib~



Rasanya tidak lengkap dlm kamus seorang da'ie tanpa mengetahui akan hadith ini..Sewaktu ana memegang tampuk pimpinan badar dan asrama,paling ana tidak lupa untuk ingatkan shbt2 dan adik2 tntg hadith ini..tatkala hati dirundung kecewa dan masalah..melihat keadaan muslim di luar yang tidak faham perjuangan kami menegakkan kalimahNYA.Pabila dijamin oleh Rasulullah dan ALLAH..sgt beruntung org2 yang gharib..(asing) maka hati yang kecewa semakin bersemangat meneruskan kerja2 dakwah sama ada dakwah fardiyyah atau jama'ie..


















klik video untuk dgr lagu ghurabaa'(asing)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan,Rasulullah s.a.w bersabda:"ISLAM bermula sbg sesuatu yang ASING,dan akan kembali seperti permulaannya iaitu ASING,maka beruntunglah orang2 yang ASING" ~Hadith Muslim no 145~





ISLAM itu asalnya dagang(asing).Lihatlah bgmana RASULULLAH memperjuangkan seruan ISLAM,pada permulaannya hanya segelintir yang benar2 komited dgn dakwah RASULULLAH..masy arab jahiliah di ketika itu memandang serong terhadap RASULULLAH,ISLAM dan MUSLIM dipulaukan.Pengikut yang hanya sedikit..Setelah itu,mukjizat demi mukjizat dan bantuan dari ALLAH,dakwah dan perundangan ISLAM semakin diterima oleh org ramai.

Di zaman kita kini pula muslim nya ramai..namun,mereka hanya muslim pada nama.Sebab itulah ISLAM sekali lagi dianggap ASING..org yang mengamalkan ISLAM adalah pelik,ganjil bahkan dicerca dan dihina..walaupun mereka berada dlm negara ISLAM..



VS




Orang lebih gemar ke konsert Akademi Fantasia..meghabiskan kredit demi artis..

berbanding menghadiri Akademi Al-qur'an yang memperdengarkan ayat2 suci ALLAH..



vs


Lihatlah dua karakter berbeza antara barisan pelajar Akadami Al-qur'an
berbanding dengan pelajar Akademi Fantasia..attitude dan imej yang totally berbeza!



vs



Orang lebih gemar mengimarahkan konsert hiburan berbanding mengimarahkan
surau2 dan masjid.Tiket ke konsert sold out sedangkan saff di masjid hanya
suku saja..


GAMBAR2 sekadar perbandingan,tiada unsur provokasi dan konspirasi.Wahai pembaca renungkanlah.Kita ini negara ISLAM..dimana letaknya pengakuan itu???


*Orang x anggap pelik bila lihat muslimah x pakai tudung,baju ketat keluar
sana-sini berkepit dgn pakwe
tapi sgt pelik pabila lihat orang lengkap menutup aurat memakai tudung labuh siap berstokin kaki dan stokin tangan.


*Orang x anggap pelik lihat muslim memakai subang berseluar
pendek berambut perang
tapi sgt pelik bila lihat muslim memakai kopiah membela janggut ikut sunnah.
*Orang x anggap pelik kalau lihat org baca novel dan majalah di tempat awam
tapi sgt pelik bila lihat muslim o muslimah mmbaca Al-qur'an di dlm
bas atau tempat2 awam

*Bercouple org x anggap pelik..tapi bila seseorang x kapel dan hanya kata dia
cinta ALLAH..org itu dianggap pelik..

Orang beriman tahu SUNNAH berjuang,pasti akan ada banyak halangan dlm menempuh mereka yg tidak faham ISLAM dgn sepenuhnya.Namun jgn pernah rasa kecewa menjadi seorang yang ASING..kerana mereka yang ASING sprti yang disebut dlm hadith adalah org2 yang beruntung.Teruskan perjuangan menyebarkan kefahaman pada mereka,perjuangan menggapai cinta tertinggiNYA..

Pecutan terakhir RAMADHAN..pulun habis2..bnykkn beribadah dgn ikhlas dan diterima olehNYA..mga2 kesan Ramadhan kali ini memberi impak besar pada kehidupan kita sehingga bertemu Ramadhan 1432H..aminn
Read more...

Saturday, September 4, 2010

~Shh..sedekah diam-diam~


Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a yang bermaksud:"Tatkala ALLAH mencipta bumi,maka bumi pun bergetar.Maka ALLAH ciptakan gunung dgn kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi pun diam.Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut.Kemudian mereka pun bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu yang ENGKAU ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
ALLAH menjawab,"Ada iaitu besi."(kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat daripada besi)

Para malaikat pun kembali bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada besi?"
ALLAH yang Maha Suci menjawab:"Ada iaitu api."(Besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dgn api)

Malaikat kembali bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada api?".
ALLAH yang Agung menjawab:"Ada iaitu air."(Api yang membara mana pun akan padam setelah disimbah air)

"YA RABBI,adakah sesuatu yang lebih hebat daripada air?"tanya malaikat lagi
ALLAH yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab:"Ada iaitu angin"(Air di samudera akan segera terangkat,bergulung-gulung dan berombak,menghempas pantai dan batu karang,menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin)

Akhirnya para malaikat bertanya lagi:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada angin?"
ALLAH yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatanNYA menjawab:"Ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui"(Riwayat al-Tirmizi)

Subhanallah..hayya ma'iya..!shh sorokkan amalmu..
Read more...