Pages

Monday, February 23, 2015

Dua titisan & kesan yang Allah suka :)

Membelek-belek kitab Riadussolihin syarah Nuzhatul Muttaqin yang dibeli di ma'radh tempohari.Dari kulit sehingga ke kulit..Dalam hati terdetik 'Cantik memang cantik,sekadar tersidai di rak..bilalah boleh baca sungguh2 ni..' Pengajian Syeikh Rifaat isnin malam pun jarang sekali memboloskan diri.

Dalam banyak2 bab di dalam kitab Riadussolihin,mata terhenti untuk membaca sebuah hadith pada bab ke 54.

Bab yang bertajuk "Kelebihan menangis kerana takutkan Allah dan merindukannya"

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ؛ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ قَالَ
"لَيْسَ شَيْءٌ أَحَب إِلَى اللهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ، وَأَثَرَيْنِ:

قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللهِ!
وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللهِ!
وَأَمَّا الأَثَرَانِ:
فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللهِ!
وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللهِ!"

Indah sungguh sabda Nabi 

"Dari Abi Umamah  daripada Nabi sallallahu alaihi wasallam,baginda bersabda :"Tidak ada satu perkara yang paling Allah sukai melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan Allah dan titisan darah yang tumpah pada jalan ALLAH. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah swt." (Riwayat Tarmizi)

Di dalam syarahan perkara yang paling Allah sukai bermaksud perkara yang paling banyak pahala.Iaitu yang pertama menangis kerana ALLAH kerana terlalu merinduiNYA..dan luka yang berdarah pada jalan Allah

Titisan air mata & Titisan darah.

Kenapa manusia menangis?
Ada banyak sebab

Kanak-kanak menangis kerana ketakutan
Ibu bapa menangis kehilangan anak
Manusia menangis kerana dunia

Cuma itu sia-sia belaka
Hanya tangisan kerana merindukan ALLAH akan benar2 bernilai disisiNYA

Cek diri..berapa banyak air mata aku yang mengalir kerana NYA??atau lebih banyak dihabiskan menangisi dunia?



Titisan darah..

Luka akibat berperang dalam mengalahkan musuh
Luka akibat perang menegakkan Islam
Luka akibat mempertahankan diri dan negara Islam
Berharga sebenarnya..

Semakin banyak luka,semakin banyak titisan darah semakin Allah sukai
Maka bertuahlah bumi palestin,bertuahlah bumi Syria

Kita harini,jangankan titisan darah,bahkan luka kerana mempertahankan Islam pun tidak pernah.

Ya Allah,hadis ini benar memberi semangat pada pembacanya,agar berebut-rebut menjadi insan yang paling disukai Allah.

Mata terlalu penat menangis kerana dunia
Otak terlalu letih memikirkan masalah
Badan terlalu lesu menempuh dugaan yang kecil cuma
Sesekali kembalikanlah sepenuhnya fikiranmu pada Allah
Perolehilah ketenangan
Menangislah di kala manusia lena..
Menangislah semahumu kepada Yang Maha Esa
Kerana hanya DIA yang mendengar..
Sedangkan manusia buta,pekak dan tuli untuk merasa..

Dalam kita memerhatikan soal hati dan tarbiah ruhiah..janganlah kedekut mewakafkan diri untuk melaksanakan kerja2 Islam.Kerana disitu pula ada tarbiah jasadiah.Allah mendidik dengan banyak cara.Kerja Islam bukan pilihan bahkan ia satu kewajipan.

Aku hairan melihat manusia yang terlalu sibuk dengan urusan dunianya..
sedangkan dia tahu akhirat juga destinasi terakhirnya..

Dia tahu dunia tempat persinggahan
Tetapi dia terlalu selesa singgah di sana
Sehingga lupakan pencipta dan asal usul penciptaannya

Mudah2an aku terpelihara ya Allah
Peliharalah juga insan2 yang aku sayang keranaMu Ya Allah
Jangan KAU jauhkan kami dariMU

ITQAN
CAIRO
0210






Read more...

Saturday, February 7, 2015

Mood Mawar 2 : Fiqh

MAWAR 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya.Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamaa bainakuma fi khair kepada pasangan mempelai Ustaz Meor & Along Azimah serta Ustaz Farid & Farhana.

Di Mesir,inilah adikberadik kami.Apabila salah seorang adikberadik melangsungkan perkahwinan,semangat adikberadik yang lain menjayakannya,even rasa nak tumbang bangkit semula.Digagahkan juga kudrat tulang 4 kerat demi  sunnah yang mulia ini.Rugi rasanya jika kita tidak mencedok sedikit ilmu sempena Mawar 2015.



Fiqh munakahat antara fokus utama penuntut kuliah Syariah Islamiah tahun 2.Teori dipraktikalkan itu lebih lekat di ingatan,masih tergambar suasana malam akad nikah kedua mempelai.Rukun dan syarat dipatuhi.Satu pasangan berwalikan bapa pengantin perempuan,satu pasangan lagi mewakilkan wali iaitu Syeikh sendiri.

Rukun Nikah ada 5..back to the basic.Siapa x lepas ni jangan harapla nak kahwin.

1.Suami
2.Isteri
3.Wali
4.2 orang saksi
5.Sighah (Ijab qabul)

Setiap satu rukun juga ada syarah nya.

**SUAMI
1.Suami mestilah yang halal dikahwini (means bukan dari kalangan mahram misalnya ayah,abang dsbg )
2.Suami yang معين (x boleh wali sebut "aku nikahkan salah seorang dari kamu dengan anak perempuanku") sebab tidak ditentukan siapa yang akan jadi suami
3.Bukan dalam ihram haji atau umrah

**ISTERI
1.Bukan dalam keadaan yang dihalang untuk nikah (muharramah sama ada muabbad atau muaqqot contoh abang ipar nak jadikan adik ipar sebagai isteri sedangkan isterinya adalah adikberadik dengan wanita tersebut)
Haram yang selamanya dinikahi 
-Qarabah iaitu keturunan
-Musoharoh pertalian melalui perkahwinan
-Radha'ah susuan

Haram yang sementara
-Berhimpun mahram (kes seperti di atas)
-Berbeza agama samawi ,bila masuk  islam boleh menikahinya
-Cukup kuota (dah ada 4 isteri) jika salah seorang meninggal atau diceraikan maka boleh nikah lagi.
-Wanita dalam iddah ,setelah tamat iddah boleh menikah

2.sama seperti syarat suami

**WALI

Jenis-jenis wali

1.  Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
2.      Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
3.    Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
4.   Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

 **2 ORANG SAKSI

1.      Islam
2.      Lelaki
3.      Baligh
4.      Berakal
5.      Merdeka
6.      Sekurang-kurangya dua orang
7.      Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
8.      Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
9.      Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
10.  Bukan tertentu yang menjadi wali


**SIGHAH

Ijab dari wali contoh : (Aku nikahkan dikau....)
Qabul dari suami : (Aku terima nikahnya...)

Inilah rukun asas dalam akad nikah.Nak nikah kena ada fiqh..iaitu Faham :) Selamat beramal.

Seorang madam pernah sebut,perkara yang perlu perempuan belajar sebelum kahwin ada 2 iaitu Menjahit dan Memasak.Kalau lelaki pula,dia kena tahu bab Fiqh Mar'ah sekurang-kurangnya bab haidh kerana dia yang memimpin anak perempuan dan isterinya dalam permasalahan ini.

Simple tapi penting..seriously.



Hikmah yang besar yang dapat kita belajar dari sebuah perkahwinan adalah :

1)Indahnya Islam,perempuan sentiasa dilindungi..
Sebelum dia bernikah,dia adalah milik ayahnya..tapi selepas bertukar ijab dan
qabul..amanah itu digalas pula oleh suami.Tidak ada satu saat pun wanita itu diabaikan
sebenarnya..subhanallah..

2)Seorang lelaki,ketaatannya terletak pada ibunya,meskipun sebelum dia bernikah
mahupun selepas bernikah kerana di situlah syurga nya.Besar tugas seorang wanita untuk
mengingatkan pasangannya bahawa  tolong taati ibumu sekalipun kamu sudah punyai
keluarga sendiri.Salah faham yang sering berlaku adalah pengabaian hak ibu bapa setelah
berumahtangga.

Banyak lagi hikmah yang dapat kita singkap,yang mungkin tidak terfikir dek akal yang cetek ini.Walimah bukan seronok saja2 melainkan Islam menggariskan hikmah yang amat besar.Ala kulli hal,marilah sama2 kita mendoakan kedua pasangan mendapat keberkatan dalam perkahwinan.Berkat itu penting,biar tidak kaya tetapi cukup rezekinya,biar tidak tampan atau cantik tapi sedap dipandang mata,biar dan biar apa orang kata,asal dalam redha dan pandangan Allah swt.Itu lebih utama..selamat bercinta :)

Buat yang bujang..selamat pergi ke kuliah.Strive for mardhatillah.
Moga najah kabir aminn

Rujukan:Buku kuliah tahun 2 (ahwal syakhsiah)
Read more...