Pages

Tuesday, October 28, 2014

Likulli da'in dawa'in : Minyak Zaitun

Alhamdulillah..pada bulan lepas berkesempatan mengikuti jaulah ke Matrouh Siwa anjuran HEWI PMRAM dan Siwa merupakan pengeluar utama minyak zaitun.Beli bukan main banyak,tapi disebabkan jarang-jarang tahu apakah khasiat sebenar minyak zaitun jadi nak x nak kenalah kaji.Sampai harini belum buka lagi minyak2 tu.Insya ALLAH bila dah tahu ni boleh la amalkan.


Dalam surah at-tiin Allah ada bersumpah dengan buah zaitun.Ma sya Allah.Pasti besar khasiat dan manfaatnya pada manusia.

Malik dan Syu’bah meriwayatkan dari ‘Adi bin Tsabit dari al-Barra’ bin ‘Azid: “Nabi saw. Dalam suatu perjalanannya pernah membaca surat ati-Tiin wazzaituun dalam satu dari dua rakaat shalat yang beliau kerjakan. Dan aku tidak pernah mendengar seorangpun suara atau bacaan yang lebih bagus dari beliau.” Diriwayatkan oleh al-Jama’ah di dalam kitab mereka masing-masing.

“1. demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,
 2. dan demi bukit Sinai,
 3. dan demi kota (Mekah) ini yang aman,
 4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya . 
5. kemudian Kami kembalikan Dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
 6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
 7. Maka Apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
 8. Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya?” (at-Tiin: 1-8)

Disini para ahli tafsir masih berbeza pendapat dengan pendapat yang cukup banyak. Ada yang mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan at-tiin  adalah masjid Damaskus(Damsyik). Ada juga yang berpendapat, ia merupakan buah tin itu  sendiri. Juga ada yang menyatakan bahwa ia adalah gunung yang terdapat di sana.

 Sedangkan al-Qurthubi  mengatakan: “At-Tiin adalah masjid  Ashabul Kahfi.” Dan diriwayatkan oleh al-‘Aufi dari Ibnu ‘Abbas bahwa at-tiin adalah masjid Nuh yang terdapat di bukit al-Judi. Mujahid mengatakan: “Ia adalah at-tiin kalian ini"

.” Wazzaituun (“Dan demi zaitun”) Ka’ab al ahbar, Qatadah, Ibnu Zaid, dan lain-lain mengatakan: “iaitu masjid Baitul Maqdis. Mujahid dan ‘Ikrimah mengatakan: “iaitu buah zaitun yang kalian perah.”

Rujukan:Tafsir Ibn Kathir


Search mr google "khasiat minyak zaitun".Jom kita baca

Minyak zaitun membantu;
> Penghadaman
> Menyerap Kalsium
> Penyerapan Khasiat
> Tekanan Darah Tinggi
> Kawalan Gula Dalam Darah


Minyak Zaitun mencegah;
> Tumor
> Fibroid
> Kanser
> Sembelit
> Senggugut
> Kitaran Haid Tak Menentu
> Diabetes
> Batu Karang
> Hilang Ingatan
> Pereputan Tulang
> Serangan Jantung
> Pembekuan Darah
> Penyerapan Kolestrol

Minyak zaitun baik untuk;
> Artritis
> Obesiti
> Sakit Tua
> Ibu Menyusu
> Rasa Makanan
> Kesihatan Kulit
> Masalah Jantung
> Sistem Imunisasi
> Perkembangan Janin
> Kaya dengan Antioxidant
 

Macam mana cara menggunakan ??

 Minum 2 sudu besar setiap hari semasa perut kosong.
Boleh juga disapu pada kulit, rambut dan sebagainya.

ok selamat mengamalkan.Faktor kesihatan adalah penentu untuk kita sentiasa beribadah kepada Allah.Duduk jauh dari keluarga,pandai2lah jaga kesihatan.Faktor pemakanan terutamanya adalah faktor terbesar dan selalu menjadi punca seseorang itu sakit.Ada disebut dalam hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah : Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ˜kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. 

Allahu a'lam
ITQAN

Read more...

Thursday, October 16, 2014

KERANA KETINGGIAN NILAI ILMU




Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak cecah ke dasar
Ditimba tak luak setitis
 
Lirik lagu yang cukup memberi maksud besar kepada seorang tolibul ilmi.Bismillahi walhamdulillah,setelah sekian lama penulisan ini ditinggalkan,hari ini kerana sesuatu aku menulis.

2 bulan blog tidak diupdate.Namun situasi di kelas tempohari cukup meninggalkan kesan dalam diri.Hari kedua kuliah,madah pertama Usul Feqh yang diajar oleh seorang Dukturah Mesir yang bernama Drh Nabilah.Berusia lingkungan 40-an berkaca mata dan sangat tegas orangnya.

“Ana gayya sa’ah tis’ah wa mafrudh alaikunna badri syuwayya minni.”
“Aku datang pukul Sembilan dan sepatutnya kamu datang lebih awal dari aku”

Garang.Noktah.Pantang jika anak didiknya lewat walau seminit.Seorang pelajar arab minum air lalu ditegur

“Irfa’ aidik,wa afdhal Bisti’zan”
“Angkat tangan dan lebih baik dengan meminta izin”

Sebagai seorang penuntut ilmu,maka belajarlah adab sebelum memulakan belajar subjek tersebut,kerana disitu letaknya keberkatan.Setepek kena dekat muka.Allah..

Awal perkuliahan,kitab masih belum ada,jadi Dukturah hanya akan menyentuh pengenalan,maka kami penuntut di kuliah Syariah Islamiah Tahun 3,Kampus Banat Kaherah diajarkan dengan konsep mujmal dan mubayyan.

Disisi Imam Hanafi lafaz dibahagikan kepada dua iaitu lafaz Zuhur dan Khofa’ dan setiap bahagian ada martabatnya.Lafaz zuhur mempunyai  empat martabat iaitu Zohir,Nas,Mufassol dan Muhkam manakala martabat lafaz Khofa’ juga ada empat iaitu Khofiy,Musykal,Mujmal dan Mutasyabih.

Namun disisi Imam Syafie,Lafaz Zuhur hanya mempunyai dua martabat iaitu Zohir dan Nas,manakala lafaz Khofa’ disisi Imam Syafie hanyalah Mujmal.

Penjelasan dukturah panjang lebar,dalam setiap martabat diterangkan nas-nas dari al-Quran.Mencelah seorang  pelajar Arab yang duduk dihadapanku.

“Ya Dukturah,Ihna min mazhab syafi’iyyah,leyh bi tisyrah ‘an hanafiah??”
“Dukturah,kita ni kan mazhab Syafie kenapa engkau terangkan pasal mazhab Hanafi?”

Ringkas tapi cukup memberi kesan jawapan dukturah
“Ya Binti da ‘ilm”
“Anakku,kan ini ilmu”



Ya,aku setuju.Biarpun masa kami diambil hanya untuk mengetahui martabat lafaz disisi Imam Hanafi,bukanlah masalah besar jika kita benar memahami konsep tolibul ilmi.Ilmu itu mahal,di mana kamu dapatinya secara percuma ataupun berbayar maka ambillah.Sesetengah pelajar arab nak cepat habis syllabus,muqorror diambil,hafaz dan jawab exam kholas.Tiada kenikmatan menjadi penuntut ilmu.
Apabila dukturah mensyarahkan mengenai lafaz khofiy,tentang ayat yang mutasyabih..beliau memberi contoh ayat al-Quran

الرحمن على العرش استوىى

Kalimah استوى yang diterangkan sbg lafaz yang khofiy,habis gamat satu kelas.Masing-masing tak setuju dengan dukturah.Kami yang melayu terkulat-kulat,perdebatan apakah ini?Ingat ini parlimen ?

Sahabat-sahabat misriyyah ada yang sependapat dengan Dukturah dan sebahagian lagi menolak pandangan tersebut.Kata mereka sepatutnya Dukturah memberi kefahaman yang betul dan bukan yang salah.Persoalan yang ditimbulkan sehingga mewujudkan perbahasan mazhab Aqidah.

Hanya menjadi pemerhati perdebatan tersebut.Tersentak dengan ketenangan Dukturah

“Hal Azhar asy-Syarif a’llim al-kufr?Azhar ‘allimkum mazahib.
“Adakah al-Azhar mengajarkan kekufuran?bahkan Azhar mengajarkan kamu mazhab2”

Namun persoalan tersebut terus diabaikan,hingar bingar arab melenting marah-marah Dukturah.
Kelas berakhir di situ.Rasa stress x dapat habiskan perbahasan lafaz di sisi Imam Syafie dek ketidaksabaran arab-arab dalam mendengar apa yang ingin disampaikan Dukturah.

Marhalah kini adalah marhalah belajar,maka terimalah pendapat mazhab lain.Inikan baru Usul Fiqh ghoir Hanafi (bukan hanafi) jika belajar di tahap yang lebih tinggi,kita akan berjumpa subjek Usul Fiqh Muqoron (perbandingan semua mazhab).Maka adakah dengan sikap tidak sabar ini akan membawa keberuntungan dalam diri.?

Nilailah dengan mata hati,sekalipun tidak bersetuju dengan Dukturah,dengarlah terlebih dahulu,buatlah kajian,dan berlepas diri dari pandangan yang tidak dipersetujui,di samping mengambil apa yang baik darinya.Bukankah itu lebih baik?

Kerana tingginya nilai ilmu tersebut..
Ilmu manzur yang diperolehi akan menjadi ibrah buat diri.

Itqan Zawwini
Read more...