Pages

Friday, August 15, 2014

Mood MAWAR



Alhamdulillah selesai sudah MAWAR (Majlis Walimatul Urus) sepasang mempelai ahli BKASM Ustaz Sufi dan Kak Shazwani.Mubarak alaikuma.Meriahnya walimah di Mesir kalah walimah Malaysia.Pengantin lelaki salah seorang senior di sekolah SAMER dan pengantin perempuan pula naqibah usrah saya,memang sepadan sungguh.Selalu je kak wani kena usik,dan Alhamdulillah ke jinjang pelamin juga.Sama2 kita doakan agar baitulmuslim yang mereka bina terlakar sehingga ke syurga.

Sesuai dengan MAWAR yang berlangsung dalam masa dua hari ini,sempatlah saya membelek kitab yang dibeli di Ma’rodh (pesta buku) dua tahun lalu.Kitab yang sangat berguna untuk menambah thaqafah mengenai hukum hakam dan perbahasan ilmiah mengenai nikah,khitbah,asas pemilihan pasangan,dan pendapat ulama’ mengenai walimah. 




Kitab 6 jilid yang dikarang oleh Fadhilah Syeikh Dr Atiyyah Saqr mantan mufti Mesir.Berguna juga buku ini walau jarang-jarang sekali dibuka.Sekali dibuka waktu nak exam ahwal syakhsiah sebagai rujukan,sekali waktu join pertandingan hasilkan kertas kerja ilmiah Humaira’ dan sekali dibuka masa MAWAR ini (haha kira oklah kan..dari berhabuk seinci).

Sedikitlah pengenalan yang boleh dikongsi dengan semua pembaca blog

Marhalah pembinaan keluarga
Antara point yang disebut oleh al-Fadhil Syeikh Dr Atiyyah Saqr adalah

1.Pernikahan
2.Hubungan antara pasangan dan keluarga
3.Tugasan keluarga
4.Asal perkembangan keluarga
5.Faktor2 yang memberi kesan terhadap keluarga
6.Jenis2 keluarga



Bab yang kedua pula menceritakan tentang kedudukan keluarga di dalam Islam.Bagaimana pula kedudukan keluarga menurut yahudi,masihi dan qanun wadh’i

Antara hikmah pensyariatan zawaj (pernikahan)
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)
  
-Tanasul (meramaikan keturunan)
-Ta’awun (saling tolong menolong)

Banyak lagi ilmu2 yang boleh diperolehi dengan membaca kitab ini.Berat juga perbahasannya,dan berat lagi pelaksanaannya.Teringat kata seseorang,apabila kita sendiri memilih untuk berenang di sebuah tasik amat mudah..namun jika kita ditolak masuk tasik susah macam mana pun,maka harungi lah sebelum kita mati kelemasan.Begitu rencam kehidupan.

Tersangat ramai manusia yang bicara mengenai nikah..
Tapi berapa ramai yang bicara itu hanya sekadar bicara tanpa usaha.
Bacalah juga sesekali mengenai ilmu munakahat,walau di celah kesibukan kerja.

Sapa nak pinjam kitab boleh datang bilik jumpa..keh3 :p
Ahlan nak bagi pinjam sebab takut tak terbaca
Nak bagi hadiah kitab kat pengantinlah :)

Mood:MAWAR
Sambil membalut hadiah untuk pengantin @ pejabat AJKT
Esok kenduri,family BKASM
Read more...

Monday, August 11, 2014

كيف حالك مع ربك ؟



الحدلله ثم الحمدلله على كل نعمه التي لا تُعد ولا تُحصى, والصلاة والسلام على رسول الله المبعوث رحمة للعالمين,سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وسار على نهجه إلى يوم الدين , أما بعد

من زمان ما كتبتٌ شيئاً بالكتابة العربية , وكِدْتُ أنْ أتَوقَّف من صعوبة هذه الكتابة.فعندما تذكرْتُ عن مواعدنا ثلاث سنوات الماضية,كيف أجري أن أخلفها .لستُ أهلا ولكن سأشارك معكم ما استفدْت من قراءة الكتاب الذي ألّفه الدكتور مجدي الهلالي تحت الموضوع "هيا بنا نؤمن ساعة" .الحمد لله انتهيت من قراءته بعد الكتاب "فلنبدأ بأنفسنا" وكلاهما من أروع الكتب التي وجدت في المكتبة.

فإن من اهتم بالأخذ الاستفادة من كتب المؤلّف ولو لم يكن مؤلف شهيراً أو صاحب المنصب في المجتمع.

كيف حالك مع ربك؟ لا سيما بعد رمضان..
كيف إيمانك؟ كيف قيامك؟ و كيف صيامك؟
وقبل أن أسألكم فطبْعا مفروض عليّ أن أسئل نفسي "كيف حالي مع ربي؟؟"
 تقبّل الله منَّا ومنكم


نقطة مهمة الأولى : نور القلب*
(CAHAYA HATI) 

كما أن للعين نور تبصر به وترى ما حولها, فإذا ما غاب عنها عميت , كذلك فإن للقلب نور يبصر به , ويرى حقائق الأمور فإذا ما غاب عنه ذلك النور عمي

 ((وَمَنْ كَانَ فِي هذه أَعْمَى فَهُوَ فِي الآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلّ سَبيْلاً))  سورة الإسراء : 72

 ونور القلب هو أهم مظهر لحياته,فبدونه يصير القلب مظلما,قاسيا ضيقا موحشاً

 نقطة مهمة الثانية : القلب الحي
(HATI YANG HIDUP)

القلب الحي لا يمكن الوصول إليه إلا باستمرار تزويد القلب بالإيمان بعد تمكّن اليقظة منه

 والمقصود بالقلب الحي أي تحرره من أسر الهوى وانفصال عنه. أو بمعنى آخر : انقطاع الحبل الذي يجمع العلائق التي كان القلب متعلقا بها من دون الله كالمال والجاه والناس, التي تحول بينه وبين التعلق التام بالله عز وجل , والالتزام به , والتوجه الدائم .

فهكذا خلاصة القول هو تنمية و تقوية الإيمان في قلوبنا.لذلك أدعو نفسي و أدعوك أخي و أختي وقبل أن أنتهي كتابتي هيَّ بنا نؤمن ساعة أين الله في قلوبنا؟ و أعتذركم على كل أخطاءي من حيث ضعف أسلوبي و التعبيري 
أو من حيث النحو والصرف 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah lama tidak buat karangan di dalam bahasa Arab.Rupanya bukan mudah nak susun ayat balik,buka kamus sini sana.Practice make perfect.Walaupun tak berapa nak praktis sangat melainkan khattul Arab masa jawab dalam imtihan sahaja

Ala kulli hal semoga mendapat istifadah dari kitab Hayya Bina Nukmin Sa’ah karangan Dr Majdi al-Hilali.Alhamdulillah kitab kedua yang baru nak khatamkan bacaan dengan masa yang lamanya setelah kitab falnabda’ bainfusina.Oh setahun dapat habiskan dua kitab pun jadilah.Cemburu melihat orang lain boleh bertobaq-tobaq dalam setahun diri ini hanya mampu dua sahaja.Cabar diri untuk lebih

 ITQAN ZAWWINI
 11082014
Read more...

Tuesday, August 5, 2014

Ayah Hero Kami



5 Ogos 1957-5 Ogos 2014

Usianya sudah menginjak 57 tahun
Jelas di rambutnya uban
Jelas didahinya kedutan
Namun dialah satu-satunya lelaki dalam hidupku
Heroku Ayah


*Bersama cucu sulong kesayangan Mohd Amsyar*



Hari ini ulangtahunnya yang ke-57
Sanah Helwah Ayah
Insan yang mengiqamatkan di telingaku ketika lahir
Insan yang memimpin tanganku saat ku menjejakkan kaki ke tadika
Insan yang melihatku membesar dengan baik

Ayah dilahirkan dalam keluarga yang susah
Anak ke-7 dari 8 orang adikberadik
Ayah sudah biasa hidup susah dan kami juga tidak dididik dalam kemewahan
Ala kadar sahaja

Apa yang aku mengerti
Ayah ketika usia mudanya seorang pelajar yang cemerlang
Orang kata budak skema
Spek besar dengan menjinjit buku ke sana ke mari
Pernah sekali mak menunjukkan slip peperiksaan ayah yang sudah berwarna kekuningan dengan kesan taip mesin taip lama
Menakjubkan dengan sebaris subjek hampir kesemuanya gred 1

*1970 an*


Mak tergelak kecil,macam mana lah ayah yang pandai boleh berkahwin dengan mak yang kurang dari segi akademiknya..
Aku kata,sudah jodoh mak
Kerana mak seorang yang aktif sukan dan power  bahagian lukisan J (masa sekolah rendah mak yang selalu buatkan kerja sekolah subjek lukisan..hehe)
Gandingan yang ok lah tu

Ala kulli hal.
Terima kasih ayah kerana memberiku seorang emak yang penyayang.Emak yang merupakan muallimah pertamaku.
Terima kasih juga emak kerana menerima ayah,kerana beliau seorang yang bertanggungjawab dan menunaikan hak seorang ayah dengan baik.

Walaupun emak dan ayah bukanlah ustaz dan ustazah
Mereka mendidik kita adikberadik menjadi protazah (professional ustazah)
Kita kesemuanya disekolahkan di sekolah agama
Maka kitalah yang bertanggungjawab membawa mak dan ayah ke syurga

Masa mudanya banyak kursus di luar negara.
Orang kata jika sayang tinggal-tinggalkan.
Kerjanya berpindah-pindah
Dari satu hospital ke hospital lain
HKL,HTAR,Hosp Selayang,Hosp Ampang
On call sudah menjadi kebiasaan
Selalu menjadi petugas tabung haji ketika musim haji demi menjaga kesihatan para jemaah Haji
Hidupnya selalu dengan istilah MRI,CT Scan dan sbgnya

*Ketika kursus di australia*



Ayah sudah bersara
Ketika aku di tahun kedua di Mesir
Ayah seorang yang punctual ..sebelum matahari terbit beliau akan keluar ke tempat kerja
Ayah seorang yang sangat berhati-hati ketika memandu
Ayah sangat menjaga kesihatan kami
Dilarang sama sekali membaca dalam keadaan gelap
Dilarang sama sekali mengangkat yang berat2


Semoga Allah merahmatimu ayah
Kalau dahulu engkau menjaga kesihatan kami
Maka kamilah kini penasihat mu
Kamilah doktormu dan nursemu
Sakit sihatmu tanggungjawab kami



Kalau dahulu engkau menanggung perbelanjaan kami
Sudah sampai masanya,engkau berehat
Kamilah yang perlu membalas semuanya..
Tidak berhak lagi kami meminta macam2 darimu..

Pagi syawal itu
Satu pesanan aku terima dari ayah
Sepanjang 3 muka
Menahan sebak pada hari kegembiraan umat Islam
Akan ku ingat pesananmu ayah..

Doakan anakmu berjaya  
Semoga kita bertemu semula di syurgaNYA 


Read more...