Pages

Tuesday, March 19, 2013

~Bimbang Tergelincir..

 
 
Teringat kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 
"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga  kita semua dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah. . al-Imam al-A'dzam ini...
 
insyaAllah..
 
 
Read more...

Friday, March 8, 2013

Ibrah Musafir Pembinaan Mufakkir

Setiap kali laman sesawang 'blogger' yang aku buka.
Aku memang mewajibkan diri untuk singgah ke satu blog ini
Silent reader kepada blognya..
Dia 'seorang teman yang aku kagumi'

Membaca setiap monolog kalamnya tanpa penuh jemu.
Dan meletakkan harapan agar totalitas kefahaman dapat diperolehi olehnya^^  allahumma amin

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 hari lepas,menyempatkan diri untuk bersama teman seperjuangan meredah 3 muhafazah (negeri) yang berbeza di Kaherah bersama pegawai HEP Selangor yang baru.Nikmat sakit yang diuji pada awalnya membuatkan ku menolak untuk pergi,tetapi semua itu hanya alasan.Ternyata permusafiran itu membuatkan aku sihat dan antibodi yang semakin pulih.Bersama teman menuju matlamat itu lebih mengubat kesakitan sebenarnya.

Ibarat luka yang baru beransur pulih,tercalar kembali.Di dalam perjalanan menerima pula khabar musibah daripada ibu tercinta.Ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa,kata-kata semangat sahabat2 tidak putus-putus memasuki ruang pesanan ringkas.Wajah asal suram terpaksa berhias senyuman dan keriangan.Kata-kata hikmah ada menyebut "BerSABARlah sehingga SABAR itu tidak SABAR dengan keSABARanmu".

Firman ALLAH s.w.t :
"Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan Allah." dia Telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman
 (Surah Al-An’am: 11-12)

Setiap muhafazah yang dilewati banyak memberi ibrah.Bertemu dengan seluruh anak-anak Selangor yang menuntut di Iskandariah,Tanta,Mansoura dan Zagazig baik pengajian Islam mahupun Perubatan.Sesuatu yang aku belajar adalah daripada semangat mereka untuk mendalami ilmu di bidang masing-masing di samping bekerja di dalam jemaah.Kami saling bertukar kalam semangat.Kehadiran kami pula dirai dengan baik.Subhanallah,melihat ketenangan laut dan kehijauan bendang menambah seri ketenangan.ALLAH itu Maha Baik diciptakan segala keindahan alam untuk dihayati buat mereka yang tahu menghayati.

Posisi yang berlainan,menuju matlamat dan hadaf yang satu iaitu mencapai mardhatillah.Di saat anda merasakan diri anda yang paling sakit,ternyata ada yang lebih sakit.Di saat anda merasakan kesibukan melanda,sebenarnya ada yang lebih sibuk.Bilamana anda meletakkan keutamaan sebagai da'i,maka bersedialah menanggung risiko.

Pejuang tidak boleh cepat melatah,terima teguran dengan baik tanpa menyimpan sebarang dendam,malah berterima kasih kepada yang menegur.
Pejuang tidak boleh merajuk dan melayan orang merajuk kerana banyak masa akan dihabiskan sedang kerja dakwah belum terusik.
Pejuang tidak boleh selalu bersedih,kelak futur akan sering menyinggah
Pejuang kena tahan lasak dan jangan layan sakit,kerana qowiyul jismi adlah syarat seorang individu muslim.Jagalah kesihatan.
Rindu itu bermusim tetapi janganlah melemahkan semangatmu.

Malu sebenarnya mengaku pejuang,diri sendiri belum terurus dengan baik.Tetapi sampai bila ingin menolak title ini..kita sedang menuju kebangkitan Islam.Pilihlah anda mahu berdiam diri sehingga islam menang atau anda membantu proses kemenangan itu. 

Ya nasihat ini,sebenarnya untuk diri.Manfaatnya boleh dikongsi bersama.Teruslah bersama jemaah,bekerja untuk Islam.
 

NASYID PERANTAU

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah 

 Lagu kegemaran saat letih,saat sedih,saat rindu pada ibu dan ayah.
Pesan seorang ukhti "bilamana badan jadi kurus,mata kuyu layu akibat kepenatan.Disitulah bukti kita bekerja." Bukan bermakna kita x mnampu mengurus kehidupan seharian,tetapi itulah hakikatnya yang hanya diri dia shj yang tahu

SATU FIKRAH SATU AMAL
Itqan Zawwini
Cairo

Read more...