Pages

Friday, November 23, 2012

Semoga kutemui..



وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها " .
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana[1], di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”.[2]
Di pagi yang hening...
 seorang teman datang menghampiriku sambil termengah-mengah
"Itqan,barang ana hilang..!"jelas kerutan di dahinya.Tak keruan sekali.Dia melabuhkan kedudukan di tangga asrama.
Langkahan terhenti.Aku yang baru berhajat hendak ke kuliah menangguhkan dahulu urusan tersebut,barangkali boleh membantu.
"apa yang hilang??"aku mengambil tempat di sebelahnya.Tangan memaut bahunya.
Dia menceritakan segala yang berlaku..dari A sehingga Z.Tekun mendengar,sesekali menggeleng kepala tanda simpati.Air mata bergenang di tubir matanya.
"Ok tenang,cuba enti kol semua orang yang enti rasa mungkin jumpa barang tu."cadang ku
Alhamdulillah buat sanawi(panggilan percuma setahun).Satu persatu nombor di dail,semuanya mengecewakan,tiada yang tahu ke mana barang itu pergi...Berharga,cecah ribuan ringgit.
Buntu..
Selang 30 minit.Jam menunjukkan 8.45 pagi,lima belas minit lagi kelas akan bermula.
"Ok macam nilah,enti ingat lagi tak mana tempat tu?Ingat tak dewan yang guna semalam dan kat mana kedudukan meja enti?"tanyaku sambil memandang tepat ke arahnya.
"Ingat..."
"Jom pergi sekarang..!"aku bingkas berdiri.Huh semangat!macam nak pergi kuliah
...........................................................................
Pintu mall sudah terbuka..
Dua orang ammu (gelaran pakcik) sedang berkawal..
Pelik je memandang malizi datang pagi-pagi.Keduanya terpinga-pinga sebentar.
"Assalamualaik...ammu.Kana bil ams haflah limaziyyin huna?? (pakcik,semalam ada majlis orang2 malaysia dekat sini kan?)"tanyaku
"ooo..(ya.. {style bahsa arab pasar})"jawab ammu
"Fein qo'ah..?hiya matruk syei' taht elmaktab (dewan yang mana?dia tertinggal sesuatu kat bawah meja)" Aku menunjukkan ke arah temanku..
"'Ala tul min hena,ba'd khusy yamin..(terus dari arah sini,kemudian belok kanan)"dia memberi penerangan sambil membuat isyarat tangan.
"walakin man ma'ahu miftah musy maugud dilwakti.Mumkin bitirgi' ba'd el-'asr?? (tapi orang yang pegang kunci dewan tu tak ada sekarang.Kau datang lagi lepas asar ni boleh?)" sambungnya lagi.dan begitulah perbualan kami.
Temanku itu semakin resah..aku memberi harapan padanya.
"Tak pe,balik kuliah kita cuba lagi.Ada tu..insya ALLAH..ada! "
Sepanjang perjalanan ke kuliah....
"Mesti tak tenang harini..."ngomelnya sendiri..
Aku senyum sahaja.
"Ada...pasti kita akan jumpa balik barang tu.(aku betul2 yakin)"air kotak dikongsi hadiah sekadar untuk menceriakannya..
.........................................................................................................
Selepas asar..
Kembali ke mall tersebut..namun tiada ammu yang berkawal.

2 pasang kaki,laju menapak ke dewan tersebut.Gah dan mewah..

Di sebalik pintu yang terbuka separuh kelihatan seorang pemuda misri yang sedang membasuh pinggan mangkuk..

Kami mengetuk pintu.."Lau samaht..lau samaht "

Dia menoleh..

"Assalamualaik.Bil ams maugud haflah hena? (semalam ada majlis dekat sini kan?)"


"Aiwah.."

"Sodiqati,hia matruk syei' taht el-maktab.Minal mumkin ihna binibhith ?" (kawan aku,dia tertinggal sesuatu dekat bawah meja,boleh kami cari?)

"Oh...bita'iki enti ?'aroftu2,hua ma'al mudir. Tirgi'i hena ba'd maghrib..hua gayya  (milik kau?aku tahu2..barang tu ada pada mudir,kau datang selepas maghrib,nanti dia {mudir} datang)"Bersinar wajah temanku..hamdalah laju mengukir bibir.Pulang dengan senyuman,aku juga puas melihat kegembiraannya.

 Ok..sekali lagi kami kena pulang,dapatkan muyrif.

Malam,kami sendiri yang berjumpa mudir tersebut ditemani musyrif..

Saat dia manghulurkan barang berharga itu,riak gembira jelas terpancar di wajah temanku..Kami pun pulang dengan seribu satu hikmah..barang yang hilang bila ditemui.Walau berulang kali berusaha mendapatkannya...tidak pernah letih dan penat..kerana ia terlalu berharga!

-ITQAN ZAWWINI-
........................................................................................


DP FB BKASM BERSATU BERBAKTI

AL-AQSA...
AL-QUDS
PALESTINE
ISLAM
AQIDAH

Semakin hilang...
Dipijak dihinjak
Maka apakah usaha kita mendapatkannya
Menggemilangkannya???

Ini adalah lebih berharga dari segalanya
Saat jeritan itu bergema
Saat darah itu mengalir
Saat bumi digegarkan dengan rocket2 musuh
Apakah usaha kita??

Palestin..Al-aqsa
Pernah terlakar dalam sejarah
Sebagai kiblat pertama umat Islam
Tapi izzahnya hilang
Hilang...dan hilang

Semoga yang hilang itu
Kita temui kembali.

-ITQAN ZAWWINI-
CAIRO
09 MUHARRAM 1434H
2315PM

p/s:video palestin semalam benar2 mengetuk dan mengisi ruang fikiranku...tak akan ku lupa sampai mati..wallahi
Read more...

Monday, November 12, 2012

DIA Maha Baik

Bismillahi wal hamdulillah..
Segala pujian hanya buat ALLAH s.w.t sang penguasa alam,selawat serta salam buat Nabi Muhammad sayyiduna Rasulullah,keluarga baginda dan para sahabatnya yang mulia dan salam juang kepada para pejuang agama ALLAH sekalian.

Sekali lagi dapat mencoret sedikit untuk kesekian kali ini..
Sibuk sibuk juga,tetapi sudah menjadi kemestian..menulis tetap menulis.


Baru-baru ini ana dikhabarkan dengan satu berita yang mengejutkan iaitu  ibu saudara (kakak kepada emak) telah kembali ke rahmatullah.

Beliau bernama Zaitun binti Shafie.Alfatihah buat beliau.

Setahun lebih berlalu,aku di Mesir,bumi kinanah.Tekad dan azam masih kuat dipegang.Walau apa pun yang berlaku,aku mesti tabah.Ayah pernah berpesan..

"Adik,apapun yang berlaku di Malaysia,jangan sesekali rasa lemah.Jangan cepat melatah nak balik.Teruskan perjuangan menuntut ilmu."

"Yang pergi,tetap pergi,kita tak ada kuasa menahan kehendak ALLAH"

Ketika itu jam 4 pagi,perjalanan menghantarku ke airport buat pertama kali untuk menyambung pelajaran di Mesir.Sebaknya aku dibelakang,menyeka airmata tanpa disedari mak dan ayah.


Arwah makteh sangat banyak membantu urusan ketika emak beriya hendak buat sedikit majlis doa selamat sempena aku ke Mesir,beliau sangat rapat dengan keluargaku.Memandangkan rumah kami tidak jauh,hanya 10 minit perjalanan.

2011,ketika majlis pertunangan kak long secara kecil-kecilan pun makteh la yang banyak bantu masak-masak.Teringat semua kenangan bersamanya.Kami rapat.Tok (gelaran org kedah untuk nenek ) sekarang menetap di rumahku.,kami yang jaga.Jadi setiap kali hari raya semua akan berkumpul di selayang.

"Makteh suka ada keluarga kita dapat sambung azhar" katanya"Belajar rajin-rajin,balik nanti berdakwah dekat masyarakat"..
Pelukan eratnya sehari sebelum aku ke Mesir,masih hangat terasa..

"Makteh x dapat ikut hantar liana..."ada sendu di hujung suaranya...

....................................................................................................

Ketika aku berada di kuliah..sedang beratur di tengah kepanasan dalam kesesakan untuk membeli kitab.Henset ku berbunyi

Calling:Kak syuhada

Nombor Malaysia..pastilah ada urusan penting,masakan nak telefon jauh2..mahal.

Sejurus selepas aku angkat
"Assalamualaikum..liana."

"Waalaikumussalam,sada.kenapa telefon?kan jauh..mahal la."

"Sebab ada benda penting nak bagitau.Makteh dah meninggal" berderau darah saat itu,hanya ALLAH yang tahu,Terduduk di celah keramaian,mujur ada teman2.

"Sedekahkan alfatihah,minta kawan2 bacakan yasin."suaranya juga berubah,

"Akak pun kat uia,minta excuse dari lecturer..tabah ye."

...............................................................................................................................

 Seminggu sudah berlalu..pemergiannya.Moga ALLAH kasih akannya,akan aku suburkan pembaringannya dengan doa.

YA ALLAH,ujian ini tidak lah terlalu berat hendak dibandingkan dengan orang lain,apatah lagi ujian yang kau timpakan pada kekasihmu Rasulullah s.a.w,kehilangan ibu ayah,datuk,isteri,anak dan bapa saudara yang dicintai dan dalam masa yang sama beberapa orang keluarga menentang perjuangannya.

Skype dengan mak dan ayah,melihat wajah2 yang dikasihi meredakan rasa hati..<3 nbsp="nbsp" p="p">
Kekuatan disini tidak lain tidak bukan kerana doa mereka.Berjuang tak pernah senang,ombak derita tiada henti,tenang resah silih berganti...SUNNAH ORANG BERJUANG.

Salam Hijrah..Hijrah menuju ALLAH.
Read more...