Pages

Friday, July 29, 2011

Puasa Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH..atas segala kurnia dan nikmat-NYA yang tidak terhitung ke atas kita =) Selawat dan salam, allahumma solli 'ala muhammad, ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wasallam (",)

Apabila Ramadhan makin dihampiri..ana terfikir, apa ye yang aku nak buat bila Ramadhan nak dekat ni?-dialog hati. Tiba-tiba ana teringat..NIAT PUASA! Ana takut ana terlupa niat puasa Ramadhan macam mana, jadi ana nak kongsikan di sini..


Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Ertinya: "Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "

Rujukan : Jabatan Agama Islam Selangor

.:Puasa di bulan Ramadhan termasuk di antara 5 rukun islam:.


Wallahua'lam, janganlah putus asa dalam menuntut ilmu. Rajin-rajinlah menghadiri,mencari atau mendengar majlis ilmu..pesanan untuk ana dan sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH ^_^

Asifah 'ala kulli hal~


Read more...

Sunday, July 24, 2011

اللهم بلغنا رمضان



اَللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. (bunyi tanda mesej masuk handphone)

"Salam! Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anak mereka iaitu Sahur dan Iftar(berbuka puasa). Mereka juga akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Maghfirah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda, insya-Allah. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!"

Buat sahabat-sahabat samada yang pernah atau tidak pernah menerima sms ini, anggaplah ana hantar sms ini kepada kalian! ^_^

Semenjak di bulan Rejab lagi, ana dapat merasakan kemeriahan Ramadhan apabila ana berkunjung ke beberapa buah blog..sahabat-sahabat rasa begitu? =)

Pada 17 Julai yang lepas, bertempat di surau Akademi Pengajian Islam UM, ana dan sahabat-sahabat berpeluang mendengar pengisian daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, berkaitan Ramadhan. Ana rasa rugi jika pengisian tersebut ana tidak sampaikan..apatah lagi diamalkan..

Point pertama yang ana dapat adalah, WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET! Bagaimana kita melihat Ramadhan, itulah yang kita akan dapat. Sebagai contoh, ada yang melihat/menganggap ramadhan sebagai medan KESIHATAN. Ada juga yang melihat Ramadhan sebagai peluang PERNIAGAAN/REZEKI. Dan ada juga yang melihat Ramadhan sebagai medan untuk menambah PAHALA. Tetapi apa yang ingin ustaz tekankan adalah, bulan Ramadhan sebagai satu PROSES. Proses apa?

Ustaz berkongsi satu analogi.. Katalah kita nak buat kuih bahulu, perlu ada BAHAN-BAHANnya, CARA NAK BUAT/PROSES, dan akhir sekali adalah HASILnya..

A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Ustaz hightlightkan perkataan;

Wahai orang-orang yang BERIMAN! - iman diibaratkan sebagai bahan-bahan nak buat bahulu;
Kamu diwajibkan BERPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, -puasa sebagai cara nak buat/proses kuih bahulu;
supaya kamu BERTAQWA. -taqwa sabagai kuih bahulu,yakni hasilnya..

Kalau bahan-bahannya baik, dengan cara proses yang betul, insyaALLAH akan terhasillah kuih bahulu yang sedap, cantik acuannya, dan menyelerakan.. Jikalau sebaliknya? Renung-renungkanlah..dan mari kita sama-sama amalkan dalam kehidupan insyaALLAH! (",)

Seterusnya, ustaz ulas tentang taqwa.. Ustaz datangkan analogi para sahabat iaitu perbualan antara Umar Al-Khattab dengan Ubay Bin Ka'ab r.a..

Ubay bin Ka’ab umpamanya, telah memberi satu analogi yang sangat jelas bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!” (ana rujuk Genta Rasa- Pesan Taqwa)

Ustaz menjelaskan beza antara muslim yang reaktif dengan muslim yang proaktif. Apa bezanya? Reaktif, dia bertindak pada rangsangan, yakni kalau gembira, dia gembira.. kalau marah, dia marah.. Tetapi jika proaktif, dia akan berfikir sebelum bertindak, sebelum mengekspresikan tindakannya..mengikut kesesuaian dan keadaan. Mana yang lebih baik? ^^

Puasa juga, mengajar kita UPAYA MENGAWAL DIRI. Kita ada makanan, minuman, tapi kita memilih untuk tidak makan dan minum kerana mentaati perintah ALLAH =) Mengajar kita untuk mengatakan TIDAK pada sesetengah keinginan kita..kerana mentaati ALLAH! (",) Akhir sekali, ustaz memberikan kami assignment.. Wah, ada tugasan tu.. Begini, ustaz kata, bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan, belilah makanan yang kamu nak (tapi jangan berlebih-lebih), kemudian, kamu nampak 1 makanan yang kamu suka sangat! Tetapi nak beli, kamu dah ada makanan.. Jadi, tahan diri kamu, dan pulanglah dengan membawa KEKECEWAAN YANG DISENGAJAKAN! Bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan lagi, buatlah tugasan itu lagi..insyaALLAH kamu akan dapati kamu mempunyai kawalan diri yang baik! ^_^

Ada banyak lagi yang ustaz kongsikan, tetapi ana terlupa..asifah ye. Sahabat-sahabat dijemput membaca salah satu buku ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Transformasi Ramadhan'.



Ana pernah baca tulisan ustaz Zul Ramli, penulis buku 'U-Turn Ke Jalan Lurus' (ana sangat suka baca buku tersebut) di sebuah majalah Anis, ana sangat-sangat berharap dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat tulisannya yang berkaitan tentang Ramadhan..sangat-sangat inspiring(bagi ana). Sahabat-sahabat bolehlah ikuti pengisiannya di Ramadhan- Pelampung Ajaib!

Wallahua'lam, moga bermanfaat untuk kita semua! =)
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Read more...

Friday, July 22, 2011

نشيد لتعليم الحروف الهجائية


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Aha, video di atas tentang apa ye? ^_~
Tengok jangan tak tengok, hee..

Alhamdulillah, sebenarnya tadi, ana baru je menerima panggilan telefon..dari siapa agak-agaknya? Sahabat baik ana iaitu itqan-admin blog ini, telefon ana.. Sekarang ini, itqan dan yusra(penulis di blog ini juga) sedang berkursus..sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran ke universiti al-Azhar,Mesir.. InsyaALLAH, kursus mereka (itqan dan yusra) selama sebulan.. Mereka start kursus sejak 18 Julai-hari Isnin lepas =)

Jadinya, tinggallah ana seorang untuk mengendalikan blog ini sepanjang mereka berkursus. Moga ALLAH memberi ana dan sahabat-sahabat kekuatan dalam bertinta dakwah ini, dan dalam beramal..amin..sangat-sangat mengharapkan doa sahabat-sahabat lillah (",)

Dan, itqan minta ana untuk carikan nasyid huruf hijaiyah. Moga bermanfaat untuk kita semua =)

Rindu Bahasa Arab! ^_^ Bahasa Arab bahasa Al-Quran..bahasa syurga..

Wallahua'lam. Wabillahi taufiq wal hidayah, ilal liqa' insyaAllah! ^_^
Read more...

Thursday, July 7, 2011

Hikayat ku @_@ long version

"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla..."Ya ALLAH tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah ENGKAU mudahkan...'"

Hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan ini..8 Julai 2011 bersamaan 7 shaaban saya mulakan dengan doa yang indah.Benar...kalau kita rasa sesuatu perkara itu mudah,sebenarnya semua itu telah dimudahkan ALLAH..:D kerana apa?? DIA berhak atas segala sesuatu..

Saban hari kita berdoa juga..'rabbi yassir wala tu'assir' wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah sukarkan...Kalau boleh semua benda kita nak mudah...tapi x segala yang kita nak tu,kita akan dapat..btul x?ALLAH bukan x nak beri,DIA cuma menyimpan kemudahan itu buat satu masa yang kita sgt2 perlukan..

Haa..kali ni nak cerita pengalaman ckit..nk kongsi detik2 sepanjang minggu ni,apa yang saya dan shbt2 dah lalui..agak panjang..bacalah pelan2 ye.Sekadar perkongsian..


Nampak x,menara bangunan tu??agak2 sapa penah tgok..cewah..Hmm itu sebenarnya menara utama Universiti Al-Azhar,Mesir.Kenapa??!! Saya dah smpi sanakah??huhu..isk3,belum lagi lah..cuma inspirasi sgt bila tgok menara tu.Universiti impianku selama ini,kalau dulu kecik2...

'nak jadi apa???' jawabku yakin 'doktor!!'
'nak belajar kat mana???' 'universiti al-azhar!!'

semangat giler...hehe..Apakan daya..nak tempuh cita2 tu..result bio,physics dan chem dalam spm kurang memberangsangkan..huhu ALLAH lebih faham kemampuanku di mana..Ramai jugak kwn2 yg dah amik medic kat sana..ALLAH yusahhilukunna.. :D
Tapi dalam doa sering diselitkan,mudah2an dapat la jejak kaki kat sana,dapat bertemu..berbicara..mengutip ilmu dengan ulama' kat sana.Jadi,saya pun ambil STAM.Alhamdulillah,dah dpt keputusan STAM dan dah mohon biasiswa ke Al-Azhar...

Sabar dan tawakkallah menunggu tawaran.Dalam berkira-kira itu..Syukur lillah 4 julai yang lepas,insan2 yang ALLAH pilih untuk ke mesir dipanggil untuk taklimat persediaan,termasuklah saya.Ma sya ALLAH!!yang sgt2 menggembirakan..Yusra sahabat saya yang juga author blog ini sama2 dapat tawaran.Kitorg berjumpa setelah sekian lama cuma berhubung dalam alam maya ni..ce wah...jejak kasih.Subhanallah..!Perancangan ALLAH sgt2 teliti...

bunga2 riang jumpa Yusra..rasa bahagia macam main buaian kat pelangi...hehe

Dalam taklimat 4 julai tu,kami diberi masa seminggu untuk isi borang,siapkan dokumen,buat passport,terjemah surat beranak,cop dan sebagainya.Fuh..ayah saya pun terpaksa ambil cuti emergency,untuk bantu anak bongsunye ni (hehe mesti bgtau ke?) =p..Ya ALLAH,Engkaulah saksi kebaikan ayah ku.Ulang-alik dari shah alam,wangsamaju,putrajaya di pejabat wisma putra untuk urusan ni...Inilah pengalaman pertama pada saya =) Yela dalam adik beradik,xpenah sorang pun blaja luar dari m'sia..

Calon2 bawah tajaan lembaga zakat selangor,MAIS..ada seramai 110 orang.Sahabat2 saya dari SAMTKKB ada seramai 13 orang..banin+banat..dan ramailah sahabat2 baru dari SAMT lain..After taklimat,semua bergegas untuk lakukan cabutan sijil lahir.Kata pegawai tu,sijil lahir yg asal x laku kat sana,yg akan dibawa cabutan sijil lahir.Berpusu-pusu la ke plaza masalam kat shah alam tu..menunggu giliran sijil lahir dicabut (macam pelik je ayat)..Wah,dah jadi macam explorace,masing2 nk jadi yang terawal sampai..takut beratur panjang.Alhamdulillah,ALLAH mudahkan urusan,tapi ada sikit masalah bagi sesiapa yang lahir selain negeri selangor..saya lah tu.Saya lahir kat KL,jadi even smpi awal kat situ,tggu punyelah lama semata-mata nak link dengan JPN kat KL..sabar jelah..Memang menguji betul..sian kat shbt2 yang lahir kat negeri selain Selangor,patutnye cabut sijil tu boleh dapat sejam...alih2 berjam-jam pulak.

bangunan ITNM,Setapak..WangsaMaju

Esoknya 5 Julai,lepas subuh dah bertolak ke Wangsa Maju bgi urusan menterjemah..saya,ikah dan timah.Ikah dan timah dari kuala kubu bharu bertolak seawal jam 5.30 pagi.Subhanallah bayangkan.Solat subuh di amaniah,kami bergerak dgn kereta ayah saya ke ITNM,institut terjemah negara.Nak kena terjemah dalam bhs arab cabutan sijil lahir yg semalam tu.Nak menuju ke sana,banyak kali tanya orang..yelah slalu pergi kat setapak tu,tapi x pernah tau ada institut terjemah negara.Sampai di ITNM pukul 7.45,padahal ofis bukak pukul 9.Dalam hati 'lambatnye dorang masuk keje'.Ayah suruh kami pi makan dulu..makan2,sembang2..sambil dengar cite best timah..hek9..=p Jam pun menunjukkan 8.30pagi.Masuk lah kami ber3 kat ruang lobi,mula2 kena ambil nombor...haha saya dapat nombor 1001..means jadi orang pertama! ye la,xde sapa datang seawal tu..

Selang beberapa minit,barulah ramai shbt2 dtg nak buat urusan yang sama,jumpa azzahra,izati,ulfa,amira..meriah ITNM tu dibuatnye..hehe.Dalam merungut-rungut,saya asik kata x sempatlah seminggu masa yang jais bagi,tetiba ALLAH nak suruh rasa bersyukur,saya ta'aruf la dgn sorg sahabat namanya hafizah..saya jumpa di ITNM masa pagi tu,dia pergi mesir under tajaan MAIWP..lagila kesian,allah rabbi...maiwp hanya bagi masa 2 hari settlekan dokumen2 ni.Rasa nak sujud syukur masa tu..yela mula2 ingtkan nak minx tajaan maiwp sbb saya lahir kat wilayah..Istighfar panjang,tgok mukanya tertekan saja..bantulah sahabtku itu Ya ALLAH.Urusan terjemah sepatutnya mengambil masa 3 hari,tapi kes2 ni terpaksa meminta (bak kata cik bibah mak tikah..hehe),mmg kena slowtalk ckp kat akak kat kaunter..kami nak siapkan hari ni kalau boleh.Alhamdulillah,cuma tambah rm15 untuk kes2 mcm ni.Saya punye terjemahan cabutan sijil lahir siap pukul 11.30 pagi..terima kasih kepada tuan/puan penterjemah..:D



Sementara menunggu sijil diterjemah,saya dan shbt2 naik kereta ke Jabatan Imigresen di setapak.Dekat je dgn ITNM,x sampai seminit naik kereta.Urusan buat passport.Teruja jap,sebab x pernah buat passport.Kui3..buat passport ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi,Tgok manusia dalam jabatan imigresen pun dah buatkan saya garu kepala 'bila boleh siap passport kalo ramai cenggini??' aish..Segera dmatikan andaian tu,redah je lah.Saya nak bgtau pada sapa2 yang nak buat passport,pastikan anda membawa salinan i/c dan 2 keping gambar passport.Kalau x,alamatnya kena tipu la kat kedai luar2 tu..huhu bukan nak sangka buruk tapi x elok gunakan pelanggan yg sgt2 memerlukan khidmat fotostat dan amik gambar.Ada ke patut fotostat sekeping 4o sen??ya ALLAH,dorg ni betul2 cekik darah.Memang kena prepare awal2.Masuk dalam,mula2 kena isi borang bagi sapa2 yang baru nak buat passport,nnt dekat kaunter amik number.Macam saya dapat potongan setengah harga,sbb ada surat sokongan dari JAIS.Kalau yg hakikinya buat passport rm300,bila dah ada surat sokongan jadi rm150..syukur Ya Rabb

Dekat kaunter,isi borang lagi..kena ukur tinggi plak..wah2,baru tahu saya dah 157cm..(rendah ke tinggi??) =p.Ayah jadi peneman setia waktu tu..terima kasih ayah,nak nangis rasanya.Jumpa dengan sahabt baru wardah syifa' n sis nya kak naja waktu tu..sgt2 peramah orgnya..suka lah dapt jumpa shbt2 baru ni.Dia pun dari SAMTKKB,tapi masa STAM pindah ke sabak bernam,jadi amik STAM kat sana..x sempat kenal masa zaman sekolah tapi alih2 ALLAH pertemukan kami masa urusan2 ni dibuat.Hebat susunanMU =D k,lepas isi borang ada cop jari ckit..macam nak buat kad bank kecik2 dulu..hehe.Lepastu kena tggu giliran untuk bayar pula kat kaunter,masya ALLAH...lama sungguh tggu,sbb tu saya cakap,rasa2 nak test kesabaran menunggu,datanglah jabatan imigresen (unlogical)..tunggu punye tunggu...bayaran dah dibuat,kini masa mengambil passport!! alhamdulillah syukur..dapa je passport,belek x sudah2..mcm belek surat cinta (eceh,x penah ada surat cinta pun..jgn salah faham k)



Dekat sume passport ada tulis macam ni
'Passport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel'
this passport is valid for all countries except Israel

Nampak benor,Israel menumpang kat bumi ni.Tiada negara masih lagi nak rampas milik umat islam..!!Israel musuh islam!musuhku jua!

Last destination 5 hb tu,ke pejabat Wisma Putra di Presint2,Putrajaya.Mengecop terjemahan sijil lahir dan sijil stam (arab)..kat situ pun lama,alhamdulillah ada aircond dan orangnya x delah seramai kat jabatan imigresen.Sebelum tu kami solat di masjid UPM..a'jib besarnye masjid dye..tapi sayang x ramai jema'ah..manakah student2 UPM yg muslimin??alamak terlampau straight ke..nk wat camne??teguran harus diterima kan..Begitulah perjalanan yg sgt2 padat,saya yg cerita ni pun semput,apatah lagi yang membacanya.Maaf ye,saya nak coretkan pengalaman ni dalam blog,jadi,kalau rindu..baca balik..even 6-7 tahun akan datang..entry ni masih ada disini..hehe (suke aty je tuan punye blog ni )

Lastly,6 julai..saya,azzahra dan izzati ke SAMER..my beloved school.Jumpa dgn ustazah zaimah..Asalnya nk minx bantuan Ustazah N.aini,tapi beliau ada mesy kat jais..xpe,x kisah mana2..kerana mereka murobbi hebat!Ada part borang yang mmg kena guna kepakaran bahasa arab,jadi moleklah bertanya pada yang pakar.Bincang pasal borang ni kejap aje,yang lama lepak2 (haha istilah nakal) dgn ustazah,kitorang open table dalam tu.Bawak keropok pedas,kacang,air kotak..makan2 dan sembang2.Dari soal kuliah hinggalah bab baitul muslim ..hehe nyempat2 lagi.Dalam bersembang tu,ustzh cerita pengalaman beliau masa kat al-Azhar..segala nasihat dicurahkan.Sgt2 tersentuh dan terharu mendengar..

antara hikmah butir2 ustazah
-Jadilah orang yang tawadhu' di mana2 sahaja..jgn sombong dgn ilmu yang kita ada..
-Bantu sahabat2 yg kesusahan di sana nanti,kelak ALLAH akan membuka ruang kemudahan dan membantu kita saat kita susah
-Sabar dengan ujian,hati2lah dgn pertuturan krn ia boleh jadi satu bentuk ujian pada kita...

Ustzah doakan kami agar berjaya dunia akhirat...

Sebelum saya akhiri long version cerita ini..jom sama2 hayati lirik lagu dari suhaimi,kembara ilmu.Saya muhasabah kembali,adakah niat saya ke sana untuk suka2..sudah tentu tidak,saya dan Yusra akan jejak bumi barakah itu,ardhul kinanah,lahirnya ulama' dan tokoh yg tersohor dalam abad ini..Al-azhar nantikan kami!!semangat ini x pernah pudar..dari dulu..Alhamdulillah3x KAU mudahkanlah langkahku,meskipun dulu,apa yang ku inginkan x dapat dicapai..tetapi KAU sering beri apa yang ku perlukan..syukur ya ALLAH T_T..luruskan hatiku...betulkan niatku..mudahkan langkahku..

Lirik lagu kembara ilmu...

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan
Read more...

Friday, July 1, 2011

Kelas Amali

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ^_^

Ana nak perkenalkan diri dulu boleh? Bukan apa..blog ni kan ada 3 orang penulis yang mempunyai pelbagai latar belakang ^_~ Yang menulis ni, nama penanya adalah Mujtahidah Solehah, sekolah menengah dulu Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER), Selangor. Lepasan SPM 2009. Menyambung pengajian dalam course Asasi Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS) selama 2 tahun. Tahun pertama belajar agama dan matematik di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (APIUMNP), Kelantan. Dan sekarang, sambung tahun kedua pengajian di Pusat Asasi Sains UM (PASUM), Kuala Lumpur - belajar subjek sains dan agama.

29 Jun 2011 yang lepas, pertama kali ana dan sahabat-sahabat buat amali Kimia. Setiap orang mendapat loker masing-masing, di dalamnya terdapat radas-radas makmal (maknanya, setiap orang ada peralatan makmal masing-masing ^_^). Untuk amali Kimia dan Biologi, kami diwajibkan memakai lab coat. Eksperimen Kimia yang pertama ini, kami diajar cara-cara menggunakan burette dan pipette, membersihkan radas makmal masing-masing, dan timbang berat filter paper..

penimbang elektronik

Rasa teruja, dan penat.. Doakan ye agar amali kami yang lain dipermudahkan urusan oleh ALLAH (",)

Selain itu, eksperimen Biologi pertama kami berkaitan dengan tajuk Light Microscope. There are 3 things that we observed under the light microscope; alphabet k that cut off from the newspaper, threads and cotton. Kalau ana, ini first time ana guna microscope, tu kot teruja sangat. Amali Fizik pula, dah buat 2 eksperimen setakat ni. Eksperimen pertama, ukur saiz guli, glass block dan benang menggunakan vernier calliper dan micrometer. Memandangkan dah setahun lebih kami meninggalkan subjek sains, jadi agak terkial-kial nak menggunakan vernier calliper dan micrometer tu.. Akhirnya, kami bertanya pada demonstrator cara nak gunakan ia (bagaimana nak ambil ukuran)..hee..

Kalau amali Fizik, ada group.. Jadi, bagi eksperimen kedua, kami buat amali ikut group masing-masing. Group ana, buat eksperimen 6, yakni tentang conservation of momentum. Bahan-bahan yang utama adalah steel ball, yang akan digelongsorkan dari chupet, berbeza ketinggian, dan kira jarak (distance) ia jatuh dari chupet.. Dan bagaimana pula jika steel ball itu berlanggar (collide) dengan steel ball yang lain, berapa pula jaraknya jatuh dari chupet.. Maaf ye jika tak dapat faham apa yang ana terangkan ini, ana pun tak tahu nak susun ayat macam mana..

Itulah sedikit perkongsian, yang lebih berupa pengalaman ana, untuk entri ini.. Kawan ana ada ceritakan sedikit tentang amali Kimia kami di link ini. Pesanan ana buat diri ana dan kalian, TUNTUTLAH ILMU KERANA ALLAH. Ilmu ALLAH itu memang tidak akan habis..tidak akan terputus..tiada spesifik masa..walau di mana kita berada..dalam pelbagai bentuk..

A109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (Al-Kahfi 18:109)
Read more...