Pages

Friday, January 29, 2010

Bahaya 'Kegilaan' Hedonisme



Firman Allah ta'ala..

"Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani;kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur .Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNYA .Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu"
(al-hadid:20)

Bismillahirrahmanirrahim..

post ana kali ini berkaitan dengan suatu penyakit umat di akhir zaman yang mana telah menular,sedang merajai dan masih berterusan menguasai belia di Malaysia..sdh tntu org yg mendpt tarbiah ruhiah mngrti hakikat 'Hedonisme' itu sendiri.
Secara ringkasnya istilah Hedonisme itu ialah hiburan yang melampau tnpa menghiraukan syariat dan ikhtilat.Tak perlu kita lihat negara barat..Malaysia(negara islam) s'diri sudah terang lg nyata..x payah suluh2 lg..pnyakit Hedonisme sdg menguasai seluruh umat melayu yang islam.Konsert hiburan penuh sesak dgn remaja..percampuran confirm2 la t'jadi.Waktu solat dilanggar.Apa semua ini?Dimana org cina dan india?Mengapa msti melayu...ISLAM plak tu.
Org barat yg dengki akan Islam..senyum lebar melihat keruntuhan akhlak islam.Kita pula terkinja-kinja 'mcm' org gila.Hiburan seolah-olah makanan utama dlm diri..tiket nak masuk konsert 'sold out'..tp saff dkt masjid tinggal sebaris je.Huh!lihat bahana konsert.Ana bkn nk boycott atau sabotaj mana2 pihak..cume ajak berfikir.Remaja dahagakan hiburan..ana nk tnye..adakah islam mengharamkan hiburan?Islam itu syumul(menyeluruh)..sudah tentulah tidak.Tapi,kta perlu tahu hiburan yg kita dgr dan lihat mesti kmbali pdNYA..bukan lg jauhkn kita pdNYA.
Memang benar..kehidupan dunia ini adlh permainan dan tipu daya.Ana t'ingat pljrn yg ana belajar tntg sastera arab(ustaz yusof b yahya).Ni antara subjk yg ana suka.Syair yg ditulis oleh Syeikh Al-barudi tajuknya 'khida'uddunia'..tipu daya dunia.Beliau menggambarkan dunia ini hnyalah suatu permainan..kita semua kan kembali pdNYA.Tapi,itulah..bkn semua yg mengerti hakikat ini,cuma segelintir shj


'Hedonisme' akan terus b'laku..sekiranya tiada usaha da'wah yg dilakukan.Benarkah?Usaha da'wah sudah bnyak dilakukn oleh para da'ie,namun ada hati2 yg reput di luar sana yg tidak menerima seruan da'wah itu.Al-kuliyyah,al-hidayah,halaqah..bukankah itu da'wah melalui media.Islam semakin asing..kembali m'jadi dagang.Hatta org yg m'amalkan cara hidup islam,dan menghidup sunnah rasulullah dianggap pelik walaupun di negara Islam.Ana sudah lihat s'diri..dan ana pasti antum semua sudah maklum tentang itu.Kekadang org yg memakai jilbab dipandang serong,org yg seksi meksi dianggap biasa.Itulah dia umat akhir zaman.Tentu Rasulullah sedih melihat keadaan kita yg berpecah belah..dgn org bukan islam kita bersatu..tetapi sesama islam s'diri kita b'pecah..
Sebelum akhir,ana yg punyai bnyak khilaf ini..mengajak antum berfikir sedalmnya..adakah kita akan terus begini?Sampai bila2 pun,islam dianggap mundur sekiranya kita x m'ubah persepsi mereka.Lihat pada surah (13:11)..sungguh benar kalamNYA itu..
Read more...

Sunday, January 10, 2010

~SAKITNYA PERJUANGAN INDAHNYA GANJARAN~







Sedikit perkongsian dgn semua..SHAH RIZUL AYUNI..nama yg sgt dikenali di MPMUM.Seorg muslimah yg bg ana sgt kental jiwanya..pertemuan itu sudah pasti diatur oleh ALLAH.Ana keluar dgn seorg akhawat yg ana baru kenal di camp better mu'min(kak farhah) skdr untk menemaninya brtemu seorg rakan dan beli beg kuliahnya.Rindu sesangt kat kak farhah.
Sesampai di mid valley,ana,shbt ana dan kak farhah trs menuju ke domino's pizza.Kami b'bual bbrp ketika..b'tnya khabar..b'taaruf dgn lebih dkt.Ana tahu yg akn ada seorg lg brsama kami dlm pertemuan ni,cuma ana x knl siapa orgnya.
Selng bbrp minit..masuk seorg gadis ayu brtudung labuh b'jilbab lengkap lalu m'hampiri kami.Senyumannya cukup m'gambrkn dirinya seorg yg peramah.
Sekejap shj kemesraan tjalin..beliau m'prkenalkn diri sbg kak uni..Prbualan t'jurus pd skop dakwah kontemporari..Tinggi ilmunya,halus peribadinya..pndi b'lawak orgnya.Apbila berbicara tntg perang uhud,nadanya pnuh keazaman.Ana x lpskn peluang brtanya kemusykilan ana s'diri..jwpnnya sgt lengkap b'hujahkn ayat al-qur'an.
1 jam kemudian..prpisahan antara kami trjadi.ops lupa nk bgtau..kak uni lah yg blnja kami semua pizza tu..tenkiu ye=)
Dari saat awal prtemuan lg,ana dpt merasakn aura pdnya..trdetik dlm hati ana 'pasti hebat akak ni'.Pulgnya ke rumah..ana bukk intrnet.Memg ana brtuah dpt mngenalinya..memg ana x smpt brta'aruf dgnnya sgt.Skdr tahu nama sgkatan,bljr kat mane dan course apa..tp ana hmpir shj menitis air mata pabila buka blog akhawat wannur syuhada..ana ni memg suka usha2 blog org lain..kutip ilmu yg ada..t'utama blog PMI..apatah lg qudwah yg mrk tunjukkn sgt b'tptn dgn syara'.Dan ana terbaca satu post dr blog ini..
"SHAH RIZUL AYUNI GADIS KONTROVERSI"
trkejut mula2..tp ana menatap bait demi bait yg ditulis..

"Pengalaman itu cukup mengharukan,ujian demi ujian mengingatkanku akan kehebatan dan kebesaranMU.Aku menjadi saksi peritnya penderitaan itu.Tangisan demi tangisan pengubat luka.Semoga terus diberikan ketabahan olehNYA kepadamu wahai sahabat"
Hati ana semakin ingin tahu...ana teruskn mmbaca
"Shah Rizul Ayuni..dialah gadis yang saya kenali tidak kurang sebulan yang lalu.Saya sudah mengenali nama ini sejak semester pertama pengajian di uni perdana ini.Al-maklumlah,dia merupakan figure penting di kolej kediaman keempat.Tambahan pula ,kami berada dalam kursus pendidikan yang memaksa saya belajar dalam satu atau dua kelas yang sama dengannya.
Di awal pertemuan kami,tidak pernah terdetik di hati saya untuk kenal rapat dengannya.Tiada komunikasi yang penting.Namun,pentas pilihanraya kampus jua yang mengeratkan kami.Tiada apa yang dapat dibanggakan untuk menjadi seorang wakil kepada calon pilihan raya kampus.
Keunikannya ialah apabila calon tersebut menerima cabaran yang maha hebat.Cukup menguji.Dari saat penamaan calon,sehinggalah tibanya hari pengundian,ada sahaja penganiayaan ke atasnya.Daripada sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara.Ya,semuanya benar belaka.Surat rasuah beserta 2 keping duit rm50,sms2 cacian,makian dan ugutan,panggilan2 telefon daripada insan2 yang dirahsiakn identiti mereka,pengkhianatan drpd sahabat yang menjadi org kepercayaannya dan pelbagai lagi onak dan duri yang terpaksa beliau tempuhi."
Di saat ini..air mata ana sudah pstila bergenang...aduh!kita yg mmbaca turut rasa sakitnya..apatah lg tuan empunya diri yg merasai hakikat ini.Ana teruskn p'bacaan..
"Sehingga saat kemenangan itu dirai,dirinya masih tidak lepas daripada pemerhatian pihak polis.Sehingga saat ini Ayuni masih perlu berhadapan dgn mereka untuk membuat kenyataan demi kenyataan.Ujian lagi.Bersabarlah sahabat,setiap kesusahan itu pasti ada ganjaran yang menanti.Yakinlah,kesabaran itu sememangnya pahit..namun buahnya manis."
"Biarpun sejuta badai melanda,Ayuni masih mampu melemparkan senyuman ikhlasnya kpd sesiapa sahaja tidak kira bangsa,agama mahupun usia.Ramah bicaranya cukup sopan dan berbudi.Tiada siapa tahu keperitan disebalik lakonan itu melainkan sahabat sebilik atau seakidah dan sudah tentu sahabat2 wakil calonnya yang hampir setiap masa berada disisi,depan atau dibelakang beliau"
"kpd sahabat2 wakil calon kempen Shah Rizul Ayuni(Zulkamal,Muzamil,Fariza,Hidayah dan Syahida) teruskanlah memberi semangat dan dorongan yang jitu kpd beliau dalam menghadapi
saat2 sukar di sebalik kemenangannya"
Ana lap air mata dulu..Ya Allah.benarlah perjuangan itu sgt sukar.Kak Ayuni s'diri sdh alaminya..sahabat s'diri meninggalkannya dlm perjuangan ini.Namun,bg ana..kak Ayuni tdk akan slhkan shbtnya itu..apatah lg menyalahkn ALLAH.Inilah hakikat sebuah perjuangan.
FirmanNYA dlm surah al-ankabut ayat ke 2
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akn dibiarkan hanya dgn mengatakan,"kami telah beriman"dan mereka tidak diuji?"
Hanya jiwa yang kuat boleh tempuhinya.Tiada jaln pintas menuju syurgaNYA.Kekadang ana s'diri x faham dgn segelintir mereka yg sudah fhm erti perjuangan,namun mereka x sanggup..sdgkn ganjarannya lebih besar dr apa yg kita fikirkan.Kisah kak Ayuni..ini di thun 2009..dn baru2 ini..ana jumpa beliau.Masih sama..sgt hebat wataknya,malah membimbing pimpinan muslimat yg akan bertanding di pilhanraya kampus UM 2010.Dimana lagi generasi Rabbani yg x gentar dicaci,x takut mati?di mana lagi..
Anak2 muda kini lalai..alpa..terdedah character sbnr mereka di luar,di facebook,my space dan sbgnya..tiada lg yg saling ingat mengingati.Ana sedih dan kecewa..namun siapa kita untk menghukum mereka sdgkn diri kita s'diri masih blm diperbaiki.Mereka x prnah menyedari hakikat perjuangan ini..Apabila memegang sesuatu jawatan..bangga..disebut-sebut.Adakah mereka diuji sprti kak Ayuni.
Namun ana di sini ttp menyokong prjuangan demi menegakkn KHILAFAH ISLAMIAH!!BIAR KITA TERLUKA...bilakah giliran ana?ana perlu bersedia!
Read more...

Friday, January 8, 2010

Percutian Usrah di Port Dickson



Assalamualaikum..kpd semua yg melawati blog ini.Gambar di atas adalah gambar yg sempat ukhti syue ambil swktu hari pertama kami sekeluarga tiba di Tiara Beach Resort.Nampak x kolam tu..huhu ana memg x sabar nak berendam tatkala trpandangkn ia.

2 jan 2010

2 ptg:
Alhamdulillah Allah tlh prmudahkn sgl urusn kami sekeluarga dan kami selamat tiba di Tiara Beach Resort,Melaka.Seorg lelaki mnghampiri kami dan m'persilakn kami check in.Wah..mcm nak smbut ape je..Hmm mmndgkan ana dan adik-beradik susah nk brkumpul disbbkn kami mnuntut ilmu di tmpat yg berbeza,jadi apabila sekali semua dah ada..kami x lpskn peluang untk bercuti.
Syukur pdNYA..kami dpt brsua sekeluarga.Ukhti ana yg sulong sudahpun graduate masternya dlm bidang science mathematic di USM penang pd bulan ogos 2009.Kini beliau akn bekerja sbg lecturer di uitm,Melaka..mga2 kak long thabit di sana.
Ukhti yg kedua pula blajar di UIAM,Gombak dlm bidang ICT.Br first year..Ana pula br menamatkn zmn skolah menengah yg sgt m'cabar..hehe x lah m'cbr sgt.Pasti kehidupn di kampus lbh m'cabar.

Kami check in di aprtment yg b'nombor 27.Kemudian solat zuhur dan kemudian makan bekal yg mak masak dari rumah.Nasi b'laukkn ayam mask merah..nyam2 'mums cook is the best'.Selepas berehat bbrp minit,kami brsiap turun bawah..plan ape ye..
BERENANG!!!

Tengoklah..huhu org yg mandi manda kat cni.Agak ramai,tp kami cr 'port' sendiri..bia lebih privacy.Nak buat kuak lentang ke..nak berenang ala-ala itik ke..xde org nampak.Ana pun baru je blajar berenang..so kalo nk practice tu..bia la sorg2.xde sape yg nk gelak.Walaupn xde ombak,kira oklah tu..mak ana risau sgt nk lepaskn kami ke dalam air laut..

Inilah 'port' yg ana mksudkn..huhu kosong.Yg ada kt cni..cuma ana dan 2 org kakak ana.Apalagi kitorg buat mcm kolam ni..kami yg punye.Aksi tembak mnembak pun trjadi..huhu mcm budak kecik.. Ayah dgn mak ana..duduk kat tepi..cuma geleng2 kepala.Suka ati je..kitorg ingat kitorg ni still bdak2 lg..kembali 10 tahun yg lalu.huhu.Dah nk masuk asar baru kitorg naik ke darat..huhu habis kecut kulit..ye la berendam hmpir 2 jam.

6 ptg:
Petang itu kami keluar mkn malam di restoran ummi.Terletak kira2 2 km dari pantai Teluk Kemang..Suasana nyaman..bayu laut tiup bersepoi-sepoi.Subhanallah.Sudahlah brsama org yg ana sayang..memg susah nk gmbarkan keindahan waktu itu.

Nak tahu apa makanan yg kami order..steamboat dgn kerang bakar.Mcm tu ke eja steamboat?hehe macm boat dipnskn plak.Ape2 pun memg sedap..fresh seafood lah katakn.Nasi sorg sepinggan..campur tomyam..seafood dye memg sedap.Ada sotong,ikan,udang,ketam..Kesian la pulak dkt ukhti syue..alah dgn udang.Nmpaknye kitorg la yg mkn udang2 besar tu. .sori ye.nyami nyami =p

Yang ni belum masak lg..bile periuk dah panas..baru masukkn.Memg puas makan kat sini.Harga pun berpatutn..restoran ummi the best!
Ok lah..smpai di sini shj entry kali ini..sbnrnya masih ada cerita yg blum diceritakan..hari pertama pun sudah bnyk kenangan..Jadi ana brhenti smpi di sini dulu..terima kasih kpd tukg amik gambar..ukhti syue.Photographer x brtauliah pun..huhu
Read more...

Monday, January 4, 2010

Selamat Tinggal SAMER..


Selamat Berjuang
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran

Bersama teman – teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina

Iakan selamanya
O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan

Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan
kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita


Read more...

Friday, January 1, 2010

JAMBOREE NISA' SELANGOR



Setinggi-tinggi ucapan tahniah ana ucapkan kepada semua mt nisa' selangor,urusetia,barisan fasilitator serta ajk2 yang terlibat dalam program 'Jamboree nisa' pada tahun ini.Ana sebagai peserta merasa bertuah kerana dapat menyertai program nisa' kali ni.Pengisian serta aktiviti yg dilakukan mmg sesuai dgn tema program ni 'I'm a super muslim'.Program ni b'langsung selama 3 hari 2 malam..peserta seramai 300 lebih.Tapi 300 org ni diseparate kpd 2 team,team A t'diri drpd umo 13,14 ngan 15..team B plak t'diri drpd umo 16,17 ngan 18.Ana dkt team B lah..

Secara x langsung,nisa' selangor dpt kumpulkn semua barisan nisa' daerah masing2.Antara yg join adlh nisa' kapar,nisa' gombak,nisa' selayang,nisa' serdang,nisa' kuala langat,nisa' hulu selangor dan bnyk lg.Kitorg dpt kenal antr satu sama lain,brkongsi ilmu dan fikrah yang sama.

Paling ana x boleh lupa,tyme night walk..fuh hutan belantara kitorg redah tgh2 mlm buta.Mula masuk trek pukul 1 lebih n smpi kat tpk kem pukul 4.30 pg.Memang best!tergolek,tergelincir dah x kisah sebab ukhwah antr kami memudhkn prjalanan.Walaupun x qiamullail haritu,tp malam2 kami tyme di hutan penuh dgn zikrullah.Ucapan takbir srta merta trpacul di bibir bile terjatuh.Alhamdulillah sume muslimat..lelaki cuma ranger yg tlg kawal je.Ada jgak sahabat2 yg ana kenal mcm balkis,munirah,aqilah dgn kak ama..kitorg berpecah,masing2 b'kenaln dgn org baru.Kalau kita rujuk balik al-qur'an surah al-hujurat ayat ke 13

firman ALLAH,maksudNYA:

"Wahai manusia!sungguh,Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan,kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh,yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh,ALLAH Maha Mengetahui,Maha Teliti"

Makan dlm dulang m'eratkan lg silah antara kami semua..tolak2 makanan kat org kiri kanan..bnyk dan sedap plak tu.Saje je ek..nk bg kitorg gemuk2 bile balik kem.huhu ape2 pun tyme mkn masing2 akn b'tnye nama,rumah,skolah kat mana..rupe2 nya tmpt tinggal brdekatan je..masya ALLAH,kecilnya dunia ni.Petang sabtu hujan lebat mencurah-curah..aktiviti explorace t'paksa ditukar dgn aktiviti indoor.Ada 5 checkpoint dlm dewan tu..yang ana nak kongsi dkt checkpoint yang mana ada 2 org kakak fasi sdg memgang belon.Satu belon berisi air,dan satu lg x berisi air.Ada sebatang lilin yang menyala dkt dpn diorang...

'ok..dpn akak ada sebiji belon yang berisi angin..apa akn terjadi jika belon ni diletakkan atas lilin ni?'

'pecah!'separuh dr ahli kump ana jwb mcm tu..

'kecut kot..'separuh lg mnjawab..

kemudian akk fasi tu letak belon yg x berisi air ke atas lilin..'pop!'Meletuplah ia..

'apa pulak akn terjadi kalo akk gantikan dgn belon yg berisi air ni?'

'pecah jugak..'semua serentak m'jwb

Tunggu punye tunggu..x meletup-letup pun.Masing2 pelik.2 org kakak fasi td tersenyum..tahu kitorg pening kepala dan nakkan p'jelasan.

Bayangkan..belon itu ibarat hati kita..air itu adalah ilmu dan iman.Jadi belon yg berisi air itu adalah org yg berilmu dan beriman..belon yg x berisi air tu plak,ibarat mcm org yg xde ilmu dan iman.Apabila org yang xde ilmu dan iman diuji dgn sesuatu..maka akn hancurlah ia.Hehe suka ati je ana ni..maknenye mudah terpedaya dan xde pendirian dlm hidup.Perisai xde,jd senanglah anasir luar yg jahat nk musnahkan..btol x?

Orang yg berilmu dan beriman pula..perisainya utuh.Setiap ujian ditangkis dgn kesabaran,setiap mehnah dan tribulasi org yg dengki t'hadapnya ditangkis dgn hujah dan qudwah.Sbb tu lah x pecah2..Ilmu perlu diganding dgn iman..Ilmu tnp iman,jadilah fahaman mu'tazilah dan sbginya..iman tnpa ilmu pulak..jadi fitnah pada agama.Andainya org kafir cuba menipu kita dgn teknologi mereka,iman shj x cukup untk kita serang balas.Kita perlu ada ilmu..ilmu akan jga iman kita..
Semua ahli kumpulan ana..terangguk-angguk..oh..baru paham

Itulah sedikit yg ana nak kongsi tntg program JNS09 ni..so,buat mereka yg sygkan rohani..jomlah kita join NISA!..jihad adalah jalan juang kita..


Ni gambar sume teamB..try cari ana..
Read more...

Tahun Baru...Azam Baru

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah...harini dah masuk tahun masihi yang baru(2010).Jadi seperti biasalah..kalo ada tahun baru,sudah tentu ada azam yang baru.Gambar kucing yg kat atas tu macam x sesuai ckit dgn tajuk post ana kali ni.X kisahlah.. Brcakap tntang azam..apa2 azam skalipun,janji ia memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain.Bagi sesiapa yang bergelar muslim @ muslimah,azam kita mestilah membaiki hubungan kita dgn ALLAH..janji kita pdNYA perlu ditunaikan dari segi kesempurnaan dalam kefardhuan.Letak satu target tentang azam yang dibuat..dan kita mesti mampu melakukannya,bukan sekadar azam hangat2 tahi ayam saje..

Rasulullah bersabda shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Di antara baiknya keislaman seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat.”
(HR. At-Tirmidziy no.2318, Malik, Ahmad dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albaniy dalam Al-Misykaah 4839)

Hadith di atas adalah hadith ke-12 dari susunan Imam An-nawawi.Melalui hadith tersebut,jelas bagi muslim yang mu'min dan muslimah yang mu'minah untuk meninggalkan apa2 yg tidak bermanfaat dlm diri mereka.Azam yang kita buat juga mestilah suatu azam yang akan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.Contoh perkara yg tidak bermanfaat ialah bercakap kosong,berhibur yang melalaikan,melepak tanpa hala tuju,mengumpat,bergossip dan sbgnya.

Dengan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat,umat islam pasti mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.Itulah azam kita sebenarnya.Islam tidak boleh dianggap mundur,hukum ALLAH jgn dianggap ketinggalan zaman.Bangkitlah dari lena!kita perlu berazam memartabatkan Islam hingga ke puncak jayanya.Kita perlu bertindak kerana Allah tidak suka akan mereka yang mengatakan apa2 yang tidak mereka perbuat..(surah as-saff:2)

Apakah caranya?Teringat ana pada kata2 Imam Hassan Al-Hudaiby:"Tegakkan Islam dalam dirimu,nescaya akan tertegaklah Islam di negaramu".Tahun baru ini..tarbiyah dalam diri kita perlu mantap.Lakukanlah perubahan dalam diri kita dahulu..step by step dan istiqamah.Biarpun perubahan itu sedikit,ia perlu berterusan.Jgan pula berubah mendadak tetapi akhirnya tidak berkekalan kerana tak tahan ujian.

Stephen R Covey dalam bukunya '7 Habits Of Highly Effective People' ada mengatakan pada habit yang kedua adalah..'begin with the end in mind'.Maksud yang boleh kita fahami ialah mulakan sesuatu dgn mengingat matlamat akhir.Contoh praktikal ialah kita mulakan hidup kita di muka bumi ini dgn mengingati mati..Apabila kita ingat matlamat akhir tersebut,pasti kerja yang kita lakukan lebih bersemangat.Baru2 ini ana join program nisa' Selangor yang diadakan di Bukit Lagong selama 3 hari.Memang syabas sgt2 kpd nisa' krn prgram seumpama ini(Jamboree nisa') dijalankan dgn penuh jayanya.In'Allah matlamatnya tercapai.Slot pertama b'sama ust zamri juga ada menyentuh tntang perkara ini.Begin with the end in mind.



Sistem tarbawi dalam diri juga tidak boleh diabaikan,banyakkan mebaca buku2 ilmiah seperti majalah Solusi.Kalau minat novel sekalipun,pilihlah novel yang berunsurkan islami contohnya tautan hati,syabab musafir kasih karya fatimah syarha dan novel2 yang ditulis faisal tehrani.Sebelum ana mengenali dunia tarbiyah,ana juga sgt gemar m'baca novel cinta..hmm tanpa di sedari ia sebenarnya mengikis sedikit demi sedikit p'tarbiyahan dlm diri kita.Zaman itu tak nak ana ulangi..jahiliah.Indahnya tarbiyah tak dapat diungkap..kekalkan ia bersama.
Tahun baru..azam baru..pasakkan dalam jiwa kita,Islam perlu di bawa..biar kita terluka atau terjatuh dlm mempertahankannya.
Read more...